Sunday, April 28, 2013

ubah... ubah dan ubah lagi


Undi memang rahsia tapi tulisan dan reaksi yang ditunjukkan kepada rakan-rakan dokongan, Dr sepatutnya akan mengundi Pakatan atau setidak-tidaknya Dr adalah penyokong Pas. Tapi jangan pula Dr. kata hanya menyokong Pas dan tidak pada Anwar.

Ubah… ubah dan ubah lagi.

Itu saranan beliau untuk rakyat agar mengubah kerajaan dalam Pru akan datang. Itu pendapat beliau dan hak dia sebagai rakyat.

Boleh ke kita ubah.. ubah dan ubah lagi sehingga kita mendapat yang terbaik.?

Jepun, korea atau Us dijadikan contoh oleh penyokong pembangkang bagi membuktikan hujah mereka. Mereka hanya lihat dari fizikal kemajuan tetapi meninggalkan aspek budaya negara yang mereka sebutkan.

Untuk menjadi negara maju dan membina tamadun salah satu syarat wajib ialah pendidikan dan sikap rakyat. Adakah cara hidup rakyat kita setanding dengan negara-negara ini..?

Arab Spring mengambil pendekatan ini, ubah dan ubah lagi tetapi apa yang kita nampak konflik politik terus menghantui rakyat dan sehingga kini belum ada tanda ia akan reda. Thailand, setelah melalui politik yang panjang, ubah dan ubah lagi… tetapi akhirnya adik kepada Thaksin Shinawatra juga yang dipilih sebagai perdana menteri.


 Simbolik kepada perjuang Pr 
 “ air yang bertakung lama akan rosak dan mula dijangkiti kuman dan nyamuk..manusia ataupun kumpulan yang terlalu lama berkuasa akan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit politik dan penyelewengan harta..apabila kita nampak zahirnya kerakusan dan salahguna kuasa serta harta maka bersegeralah menukar dengan gantian yang lebih selamat..”

Mengapa ia terhad kepada BN sedangkan pemimpin BN silih berganti tetapi tidak pula kepada Pakatan.? Mengapa harus ubah jika muka pemimpin Pakatan tidak berubah dan yang lebih meloyakan, orang yang kita hendak ditabalkan sebagai ketua ialah manusia yang sama dengan Umno?

Memang benar, kita harus mencuba dan terus mencuba, ubah dan terus ubah untuk mendapat yang terbaik. Tapi kita harus ingat satu perkara, tidak semua perkara atau konsep tidak boleh diterapkan kepada semua keadaan.

Adakah satu perkhawinan, boleh ubah dan ubah lagi untuk mendapat yang terbaik.?



Pada sidang media calon permataung pauh, Dr Asri menekankan bahawa Pas tidak mungkin berjaya melaksanakan hudud dan hari ini  Mustaffa Ali menegaskan bahawa agar isu ini tidak dibincangkan agar ia tidak memudaratkan sokongan kepada Pr.

Ini membuktikan bahawa Pas berbohong kepada rakyat terutama kepada ahlinya bahawa Pas mahu mewujudkan negara Islam. Setiap kali muktamar berlangsung, Hudud akan dijadikan modal pemimpin mereka berucap, walhal bila mereka bersama dengan pemimpin pakatan Hudud ditolak tepi.
Dr. Asri sengaja mengeluarkan kenyataan sedemikian sebenarnya adalah menjaga kepentingan Pas dan memberi kelebihan kempen kepada umno. Mereka tidak mahu Pas terbelit dengan isu ini.
Kesimpulanya, adakah Dr. Haron Din menyalak bukit.?

No comments:

Post a Comment