Saturday, May 18, 2013

Antara undang-undang dan kemaafan



Sepatutnya kerajaan bertindak tegas terhadap segolongan orang yang menghalang rakyat untuk membuang undi. Mengundi adalah hak semua warganegara tanpa mengira umur, jantina atau kasta.

Kebanyakan kes penyokong pakatan menangkap mereka yang didakwa pengundi hantu hanya berdasarkan warna kulit dan paras rupa. Ini adalah diskriminasi yang tidak bertamadun dan salah disisi undang-undang.

Sepatutnya pihak polis mempunyai mekanisma yang berkesan agar perkara seperti ini tidak berulang. Semua orang termasuk didakwa pengundi hantu sepatutnya tidak boleh ditahan atau ditangkap selagi seseorang itu mempunyai kad pengenalan yang sah.

Aktiviti meminta menyerahkan atau melihat kad pengenalan seseorang tanpa ada sebab kewajaran berbuat demikian adalah salah disisi undang-undang negara. Akta hanya membenarkan pegawai beruniform seperti polis atau imergrisen sahaja boleh berbuat demikian. Oleh yang demikian, bukan sahaja orang awam malah pihak polis juga telah menghina undang-undang kerana membiarkan perkara ini terjadi di depan mata.

Permohonan maaf kerana menghalang seseorang warganegara itu mengundi sebenarnya tidak wujud. Jika benar Chua Lai Fatt ditahan dan lebih teruk jika dia TIDAK MENGUNDI kerana aktiviti seperti ini, maka beliau boleh menyaman kerajaan Malaysia kerana kegagalan kerajaan menyediakan perkhidmatan atau merampas haknya sebagai pengundi.

Ada sesetengah negara mengundi adalah diwajibkan dan kegagalan mengundi akan diberikan tunjuk sebab. Oleh yang demikian, kerajaan melalui pihak berkuasa sepatutnya menyiasat dakwaan ini kerana kesalahan ini adalah sesuatu kesalahan besar dan perlu di bawa ke makamah.

Rakyat harus faham hak mereka sementara kerajaan harus peka dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah. Tolak ansur perlu ada hadnya, tapi jika undang-undang diperlekehkan sewenang-wenangnya maka sewajarnya dalam hal ini kerajaan perlu dipersalahkan.


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dituduh sebagai pendatang asing oleh ahli parlimen pembangkang merupakan seorang pengundi berdaftar di Malaysia.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming kini mahu bertemu dengan Chua Lai Fatt secara peribadi dan memohon maaf kepada Chua dan keluarganya berhubung dakwaan yang dilemparkan itu.
Chua Lai Fatt mempunyai Mykad dan merupakan pengundi yang berdaftar
Chua, berketurunan India namun diambil menjadi anak angkat sebuah keluarga Cina di Klang serta memberikan nama kepadanya.
Ketika dihubungi The Star, Chua bagaimanapun enggan ditemubual.
"Saya tidak mahu menjadi tumpuan pihak media," katanya.
Dr Ong telah menggunakan nama Chua yang merupakan pengundi kali pertama sebagai contoh terhadap dakwaan bahawa Suruhnjaya Pilihan Raya telah mengeluarkan Mykad kepada pendatang asing pada 4, Mei, sehari sebelum pilihan raya umum berlangsung.
Beliau telah membuat permohonan maaf dalam akhbar Cina berhubung dakwaan tersebut.
Akhbar Cina memetik beliau memohon maaf atas kesilapannya menuduh Chua sebagai pendatang asing yang mengundi pada PRU-13.
"Saya akhirnya dapat mengenalpasti mengapa Chua mempunyai nama Cina. Saya mohon maaf sangat.
"Saya juga mohon maaf kepada Chua dan ahli keluarganya," kata wakil DAP itu sambil menambah dia mahu memanjangkan permohonan maafnya itu kepada pengundi dan keluarganya. mstar

No comments:

Post a Comment