Wednesday, May 22, 2013

Betul-betul samdol

KUANTAN – Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan.

Bagaimanapun, Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.

Katanya, tindakan untuk keluar mengundi kali kedua dilakukan tanpa disuruh dan dibayar mana-mana pihak sebaliknya dengan rela hati berikutan dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh selepas undi kali pertama.

“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya.

“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabbar dan Penasihat Undang-undang, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pas Malaysia, Mohd Aznel Azharudin.

Pelik dengan situasi itu, Mohd Fadhli dari Perkampungan Sungai Isap Damai terus membuat laporan polis berikutan dengan mudahnya  dia boleh mengundi dua kali.

Katanya, dia menggunakan peluntur untuk membersihkan dakwat kekal di jarinya selepas cuba membersihkannya dengan sabun dan ternyata hilang dalam tempoh itu juga.

“Jadi saya ambil keputusan untuk mengulangi proses pengundian sama seperti yang pertama dan mengikut segala prosedur dan ternyata saya melepasi setiap petugas sehingga menerima kertas undi,” katanya.

Sementara itu, Fuziah mendakwa, perkara itu mungkin berlaku di lokasi undi lain.

“Sekiranya perkara seperti ini banyak berlaku, lebih baik mereka SPR mengadakan PRU sekali lagi,” katanya. Sinar


Hahaha... agak-agak la kalau nak buat lawak, Kami bukan pertama kali mengundi macam ko. Adik2 ko boleh la nak temberang. Tak pun macai Pr.. mesti dorang pecaya.  Kalau setakat bawa kertas undi keluar bukan bermaksud boleh mengundi dua kali.

Mengundi 2 kali satu tempat maksudnya berapa ramai ko nak kawtim. Takan la semua kerani spr atau wakil parti tak potong nama. Oleh kerana dia ni org pakatan, masakan wakil umno berdiam diri.

Jika benar dia ada kertas undi maksud telah dia ni terang-terang menyalahi undang-undang pilihanraya dan boleh didakwa. Alang-alang dia dah report polis, maka sewajarnya kerajaan  siasat macam mana dia boleh membawa keluar kertas undi dan kalau boleh,  sabit kesalahan mandotori penjara. 

Pendapat aku, orang yang boleh bawa keluar kertas undi samada orang spr atau kerani yang ditugaskan mengoyak kertas undi. Orang lain agak sukar membuat kerja ini. Tak pun petugas media yang tidak mengeposkan kembali kertas undi.

Hanya orang-orang Pr je yang buat kerja ini untuk membuat isu. Terlalu ramai orang kerajaan yang jadi pembangkang. Jadi mereka inilah yang menjadi dalang merosakkan imej kerajaan. 

Umur 23 kata salarun 4. Tak tahu la aku kalau pengundi dun dia tak ramai. Setahu aku pengundi baru semua saluran 5.


Sumbat je budak ni dalam penjara




1 comment:

  1. Macamana nak undi 2 kali, nama pun dah dipotong oleh petugas SPR dan agen2 tempat mengundi bila nama pertama kali dipanggil utk mengundi....nak tipu agak2 lah sikit, BODOH!! Aku setuju, tangkap je budak ni, dan siasat macamana dia dapat kertas undi kali kedua tu sebagaimana di dakwa, mana tahu ada tali barut & gunting dalam lipatan dlm SPR. Jadi, pihak polis wajib siasat.... kan dia dah buat report.

    ReplyDelete