Sunday, May 26, 2013

BN umpama jurassic park

Runtuhnya sesebuah kerajaan biasanya kerana beberapa perkara teras. Selain dari masalah dalaman, antara lain keruntuhan disebabkan kegagalan kerajaan membangunkan negara atau apabila rakyat sudah menikmati kemewahan.
Kemewahan biasanya akan mengubah corak kehidupan seseorang dan masyarakat. Ini kerana perubahan mental adalah selari dengan perubahan fizikal selaras dengan perkembangan teknologi dan perubahan persekitaran.
Pola pengundian yang lalu menunjukkan teori domino ini telah melanda parti kerajaan yang memerintah. Pada pru akan datang, pembangkang dijangka akan memperluaskan kemenangan mereka di luar bandar terutama kawasan yang telah mendapat maanfaat pembangunan dan mempunyai bilangan pengundi muda yang ramai.
Adalah sukar bagi umno dan sekutunya untuk mempertahankan kedudukan kerana kesilapan kepimpinan yang lalu diteruskan sehingga hari ini. Begitu juga pendekatan yang mereka lakukan adalah tidak seiring dengan tuntutan zaman.
Lihat portal selangorku. Walaupun ia dibiayai oleh kerajaan negeri, pengisian berita yang dipaparkan adalah dongeng politik yang bertujuan untuk menanam doktrin politik mereka. Inilah kelebihan pembangkang kerana jentera mereka banyak ditunjangi oleh orang muda. Sebaliknya umno masih mengekalkan pegawai bersara sebagai komander jentera.
#Mengapa BN ditolak.
Prestasi BN sebenarnya jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pembangkang. Tetapi persepsi telah menenggelamkan kebenaran akibat kelekaan kerajaan dalam menangani fitnah disamping kelonggaran dasar kerajaan melalui perlantikan menteri yang bertanggungjawab.
Jika melihat kehendak pengundi, walaupun umno atau BN berubah struktur ia tidak menjamin rakyat akan menyokong. Penolakkan rakyat bukan disebabkan dasar kerajaan tetapi lebih berkisar kepada kehendak, persepsi dan keinginan berkuasa.
Jika dasar menjadi alasan penolakan rakyat, kemajuan  dan kemakmuran negara menjadi bukti dasar yang diamalkan adalah terbaik malah ada dikalangan negara luar melihat Malaysia adalah model yang terbaik untuk dijadikan contoh.
Kehendak sebilangan rakyat aku kira begitu kronik. Kehendak mereka kekadang sukar untuk diterima akal. Mengambil contoh isu kos sara hidup - bayangkan jika seorang sijil SRP mahukan gaya hidup sebagai engineer.
Begitu juga kehendak seorang rakyat yang mahukan kerajaan bersikap maksum. Apa jua yang dilakukan kerajaan adalah salah, sebaliknya jika perkara yang sama dilakukan oleh negeri pembangkang adalah betul. Mengambil contoh, kerajaan Kelantan juga mengamalkan dasar rundingan terus.
Bagi aku inilah permainan persepsi atau ilusi yang dipamerkan oleh pembangkang. Kita tidak pernah mendengar kerajaan Kedah, Penang atau Selangor kerajaan persekutuan tidak membantu negeri pakatan, tapi agak aneh Nik Aziz sering berkata sedemikian. Bagi aku ia dicipta semata-mata untuk mengaburi kelemahan beliau dalam membangunkan negeri.
Semua yang berlaku adalah kerana kemahuan seseorang dan satu kumpulan kaum untuk berkuasa. Apa cukup yakin jika kerajaan mengubah dasar sehingga mengubah perlembagaan negara, BN tetap akan ditolak.
Hakikatnya bukan kerana dasar, kezaliman, korupsi atau kronisme yang menyebabkan rakyat menolak BN tetapi sebilangan rakyat telah dipalsukan dengan pelbagai harapan agar kuasa bertukar tangan dan dasar yang dibina akan menguntungkan sesuatu kaum.

No comments:

Post a Comment