Saturday, May 11, 2013

Bukti Anwar Bersara Kalah Kalah

Kalau janji sendiri pun tak mampu ditunaikan, inikan pula janji rakyat. 


Ini video Anwar Ibrahim, yang dirakamkan oleh portal media Selangorku. Video ini jelas menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim akan berundur dari politik Malaysia sekiranya beliau gagal menawan Putrajaya. Video ini mengesahkan beliau akan kembali ke Universiti menjadi Professor (CTS tidak tahu pula Ijazah Am Kelas Ketiga Bahasa boleh diangkat menjadi Professor?) dan menjalankan kerja-kerja amal. Itu dulu, sewaktu video berkenaan dirakam pada 17/08/2012. Hari ini, 11/05/2013, setelah beberapa hari keputusan PRU13 keluar, adakah beliau mengotakan janji beliau?  
Niat untuk bersara bukannya direka atau dibuat oleh pihak lain tetapi oleh Anwar Ibrahim sendiri. 04/072012, Anwar Ibrahim menyatakan demikian dalam blognya sendiri seperti di atas. 07/05/2013, Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan bersara dan tidak jadi bekerja sebagai tenaga pengajar. Ini satu lagi bukti, Anwar Ibrahim menipu dirinya sendiri. Ini bukti Anwar Ibrahim sekali lagi menipu kepada rakyat. Penipuan pertama Anwar Ibrahim selepas PRU13. Lihatlah nanti apa akan berlaku di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, sejauh mana janji janji yang ditaburkan akan dipenuhi? cts

No comments:

Post a Comment