Thursday, May 23, 2013

cara melajukan internet

Salam satu cara melajukan internet secara berkesan. Aku cuba cara ini. InsyAllah. 


Salam..entry kali ni aku post khas untuk Eszol a.k.a raar sebab dia yang request entry ni..
(kalau korang nak request kat aku pun tak ada masalah..janji jangan la malu-malu..)
enjoy ok!

Orait..jangan buang masa..mari kita mulakan! :)


# Buka Registry editor.
pergi ke Start -> Run dan taip regedit.

# Setelah tetingkap Registry Editor terbuka, pergi ke key:
HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ InternetSettings. (Perhatian..kalau korang takde forder InternetSettings tu, korang hanya perlu 'create new key' aje..)

# Sekarang klik kanan pada tetingkap di sebelah kanan anda dan tambah satu DWORD Value yang baru.
Tukar namanya kepada MaxConnectionsPerServer.
# Klik kanan pada MaxConnectionsPerServer untuk mengedit nilai Dword.
Pilih sebuah base. Jika Hexadecimal, letak nilainya menjadi 99. Jika korang memilih untuk Decimal, set kepada 153.

# Buat satu lagi DWORD dan beri nama MaxConnectionsPer1_0Server. (korang copy aje la dari sini)
Di sini juga, masukkan nilai yang disebutkan di atas.

# Restart Internet Explorer/Google Chrome/Firefox/dan lain-lain web browser lagi la..
selepas itu, perhatikan kelajuan internet korang..

TRIK UNTUK DNS:

Korang dapat meningkatkan cache DNS dengan Registry Tweak yang sederhana.

# Buka Notepad dan copy-paste
kod berikut dan simpan dengan nama fail dnscache.reg.

Ini adalah apa yang korang perlu salin:



Windows Registry Editor Version 5.00
[HKEY_LOCAL_MACHINE \ SYSTEM \ CurrentControlSet \ Services \ dnscache \ Parameters]
"CacheHashTableBucketSize" = dword: 00000001
"CacheHashTableSize" = dword: 00000180
"MaxCacheEntryTtlLimit" = dword: 0000fa00
"MaxSOACacheEntryTtlLimit" = dword: 0000012d



setelah korang savekan fail notepad tadi (.txt) kepada fail yang dinamakan sebagai dnscache.reg (.reg), fail notepad itu akan bertukar kepada fail registry..apa yang korang perlu lakukan ialah klik pada fail registry tersebut, dan kemudian akan keluar satu tetingkap yang meminta untuk korang sama ada mahu memasukkan registry tersebut ke dalam windows atau tidak..korang hanya perlu klik 'Yes'..semua masalah dah setel..ok? (apa yang penting korang perlu tukar extension fail txt kepada reg..kalau tak nampak extension, pergi dekat My Computer > Tools > Folder Options > View > Hidden files and folders > Klik pada Show hidden files and folders > Un-thick pada Hide extensions for known file types

itu aje..dah nampak extension? itu yang korang perlu tukar..daripada .txt kepada .reg
penting tu..nanti icon fail pun akan bertukar kepada fail registry..buat seperti yang aku bagitau kat atas, setel..omghackers

2 comments:

  1. makaceh...he3... mcm2 dah try.. akhirnya yg ni jugak berkesan... amin..

    ReplyDelete