Monday, May 20, 2013

Malaysia spring bukan pilihan rakyat malaysia

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) mempersoal penangkapan yang dibuat oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli di bawah Akta Hasutan kelmarin.
Ketua Peneranganya Riduan Mohd Nor berkata, tindakan itu dilihat sebagai zalim dan berat sebelah terhadap rakyat Malaysia yang bersuara menentang kebobrokan perjalanan pilihan raya di Malaysia.
Nak kata goblok tapi sekolah tinggi, nak kata bijak tapi kenyataan yang dikeluarkan tidak menandakan dia orang yang bijak. Bukankah pengertian antara hasutan dan rasis itu berbeza. Rasis memang boleh menjadi hasutan tetapi hasutan yang dibuat oleh budak sewel itu bukan berkenaan dengan rasis tetapi berkenaan hasutan untuk membuat kekacauan atau lebih tepat ialah agenda untuk menumbangkan kerajaan.


Bangla yang dikatakan pengundi hantu BN

Kalau benar sekalipun BN menipu dalam pilihanraya, bukankah keputusan pilihanraya itu boleh dicabar di makamah. Kalau menuduh makamah memihak kepada BN, takan la barisan peguam yang dilantik oleh pakatan semuanya tunggul.
Aku tak nak bercakap pasal rasis, sebab orang melayu yang menyokong Dap ini bila bersembang seperti mereka sudah berkawan dengan DAP 100 tahun. Walhal dahulu mereka juga yang kata berpakat dengan orang bukan Islam akan jadi kafir. Sekarang, bila mereka bersama dengan kafir, maka berdosen hadis di keluarkan semata-mata untuk menghalalkan apa yang mereka buat. Inilah sifat munafik.
Bila berperang jangan fikir kekuatan sendiri. Kalau pakatan ada sejuta orang, penyokong BN 50 orangkah..? harap je kopiah tebal tapi bercakap macam guna lutut.

No comments:

Post a Comment