Thursday, May 9, 2013

GST

Isu panas sekarang ialah GST. Aku menghadap monitor sambil goyang-goyang kaki. Camni lagaknya bila orang tak pandai ekonomi. Terkial-kial mencari berita. 
Banyak negara sudah melaksanakannya cuma di Malaysia agak asing. Kenapa sekarang kita terasa atau  dibahaskan di kedai kopi sedangkan government tax sudah lama dilaksanakan.

Yang aku nampak ialah perlaksanaanya semakin diperluaskan. Kedua ialah kerana ada kenaikan cukai tersebut dari 5% ke 6% walaupun nilai ini adalah hampir paling rendah di dunia. Ketiga, kerajaan juga mengenakan cukai lain seperti tenaga diperbaharui pada bil elektrik walaupun ia dicajkan bukan kepada semua pengguna. Ia hanya merangkumi 30% dari keseluruhan pengguna elektrik.
Jadi… ini yang menyebabkan rakyat membahaskan dan menuding kepada kerajaan. Mengapa ia terjadi dikala suhu politik sedang mendidih. Jabatan mana yang menyediakan pendapat kepada kerajaan.?
Berdasarkan kepada lawan web GST kerajaan, semua pejabat gst ialah Kastam tapi jabatan mana yang mengusulkan idea tersebut.? Pemandu yang diketui Idris Jala.?
Dimana-mana negara pun kos hidup semakin meningkat dan rakyat juga disaran agar pandai berbelanja. Tetapi jika semua aspek dikenakan cukai rakyat ada sebab untuk marah.Parking kereta kena bayar, beli barang-barang kena bayar dan yang menyedihkan nak makan pun kena bayar.
Maksudnya siapa makan di kedai makan kena 2 kali tax. Pertama empunya kedai beli barang kena tax, iaitu cukai barangan dan makan di kedai kena tax kerana kedai menyediakan perkhidmatan jualan.? Yang menannggung tax2 ini ialah rakyat..?? Uols…
Bayaran itu untuk apa.? Pendapatan negara.? Uiks..
Di US ==>Jika dilihat daripada kelainan bentuk pelaksanaan GST atau VAT di Amerika Syarikat, kita boleh simpulkan bahawa pelbagai langkah dan insentif dikaji dan disesuaikan dengan keadaan komuniti atau rakyat setempat sama ada mengikut negeri, daerah ataupun kawasan perbandaran. Oleh itu, membolehkan kita bertanya adakah pelaksanan di negara kita kelak mengambil kira keadaan komuniti setempat ataupun dilaksanakan pada kadar yang sama diperingkat nasionalkltoday
Sepatutnya kerajaan mengambil kira pelbagai aspek termasuk kemampuan rakyat untuk menjadikan skim ini mencapai objektif. Rakyat sudah terbeban dengan pelbagai kenaikan jadi adalah tidak wajar kerajaan memperluaskan GST ini kepada semua produk dan perkhidmatan.
Jika mengikut idea Pemandu atau Idris Jala, kalau boleh nak berak pun kena tax. Indah water mesti kutip GST.? Jadi kalau semua kena tax, apa yang kerajaan bagi untuk rakyat.? Peruntukan kerajaan seperti jalan, sekolah and etc.?
Bagaiman dengan gaji rakyat..? adakah ia berbaloi untuk menyerap semua kenaikan ini..?

#kesan

Jika gaji seseorang itu RM 4000 maka gst yang sepatutnya ialah Rm240. Tapi ia tidak akan mencecah sebanyak itu. Bermungkinan ia sekadar 50-100 itupun bergantung kepada sejauh mana perluasan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Itu nilai kasar atau nilai yang kita bayar secara langsung, nilai yang tidak nampak@hidden cost bagaimana.? Jika kerajaan melaksanakan menyeluruh ke atas industri pembuatan dan perkhidmatan maka sebenarnya kita membayar semua urusan kehidupan kita.

Aku umpamakan ia seperti kerajaan menaikkan harga minyak.? Apa akan jadi.? Semua barangan akan naik secara mendadak dan inflasi akan meningkat. Ia tidak sama dengan dengan kenaikan harga gula, kerana gula tidak terlibat dalam semua sektor.
Bayangkan berapa banyak hidden cost yang perlu kita bayar. Kalau sektor perkhidmatan juga dikenakan gst, maka kalau kita pergi klinik juga kita harus membayar cukai.
Perkhidmatan dikenakan cukai, adakah nilai perkhidmatan yang diberikan itu ditahap yang memuaskan. Dengan mengambil contoh Astro. Bila hujan maka siaran tertutup. Adakah ini yang dikatakan perkhidmatan terbaik setelah kita membayar dengan nilai tinggi.?
Kesimpulanya, gst harus dilakukan secara berperingkat dan yang paling penting kerajaan perlu mengukuhkan ekonomi rakyat terlebih agar rakyat dapat menikmati nilai hidup yang tinggi.

No comments:

Post a Comment