Friday, May 17, 2013

Kami membela perlembagaan dan bukan raiss

Salah satu perenggan Minda Tajdid berkenaan mencintai tanah air dan penguasanya. Tapi mengapa rakyat dan Sultan Johor atau Sultan Pahang dengan rakyatnya.? Kenapa bukan sultan Kelantan.? yeala ianya sekadar perumpamaan. Tapi aku dapat memahami apa yang tersirat dalam hatinya.
Demikian orang Johor yang tidak sukakan Sultan Johor bukan bererti membenci Johor. Orang Pahang yang tidak sukakan Sultan Pahang bukan bererti membenci Pahang. Begitulah seterusnya. Mungkin yang rakyat tidak suka itu penyelewengan kuasa dan penyalahgunaan harta rakyat yang dibuat oleh mereka yang memegang tampok-tampok tersebut. Namun, sayang negeri dan negara tetap kekal. 
Aku faham ustaz menolak rasis kerana Islam tidak mengajar atau menyalahkan orang lain. Tapi kalau benar ustaz jujur, apa pandangan ustaz mengenai black 505.? Adakah misi Anwar itu adalah satu perjuangan ?


Adakah Ustaz mahu negara kuasa asing campur tangan dan seterusnya menjadikan negara dalam kucar kacir.? Jika negara hura-hara mungkin ustaz tidak menjadi masalah, ustaz berkemampuan untuk menyelamatkan diri, membawa keluarga ke tempat yang lebih selamat kerana itu tanggungjawab ustaz. Tapi bagaimana dengan saya ustaz.? orang yang kais pagi makan pagi.?

Antara Najib dan Anwar, siapa Ustaz pilih untuk menjadi Perdana Menteri.? 

Ustaz menolak rasis, tapi bagaimana dengan bangsa lain yang rasis terhadap kita.? Salah ke kita mempertahankan diri.? Kalau kami rasis, adakah rakyat palestin itu rasis sehingga Anwar Ibrahim sanggup menyokong keselamatan Israel. Kalau ustaz menyokong Anwar Ibrahim bermaksud ustaz sehaluan dengan beliau untuk menolak negara Palestin dan menyokong tuntutan Lina Joy dan perjuangan Ambiga.

Ini bukan soal pilihanraya atau politik tetapi ini soal mempertahankan hak dan perlembagaan. Kalau umno sering dituduh memfitnah adakah pakatan bersih seperti kain putih.? Adakah dakyah yang disebarkan dalam akhbar cina itu tidak rasis sementara apa yang diterbitkan oleh utusan adalah salah. Jika benar, inikah dikatakan keadilan dalam Islam.?

Umno tidak adil kerana semua media berpihak kepada BN sedangkan pakatan bagaikan tangan terkunci. Mungkin betul pendapat itu, tapi persoalan, jika pakatan berada di tempat BN maka pakatan akan berlaku adil.?

Kalau benar pakatan akan berlaku adil, mengapa kerajaan Selangor boikot utusan sedangkan berapa banyak kakitangan awam menjadi penyokong pakatan kerana melayari laman internet sewaktu berkerja. Kalau Harakah berjiwa besar, mengapa tidak sekelumit pun menyatakan kebaikan umno.?

Memang ustaz pakar hadith Nabi tapi apakah ertinya ilmu itu jika digunakan pada tempat yang salah. Memetik hadith hanya untuk memihak sesuatu kaum atau kelompok orang pun bukan ajaran Islam. Islam adalah adil.

Alangkah indahnya ilmu itu digunakan sebaik-baiknya kerana semua rakyat tidak mahu bersikap rasis atau pergaduhan. Tapi jika kaduk naik junjung, adakah kita harus membiarkan keadaan itu berlarutan.?

No comments:

Post a Comment