Saturday, May 18, 2013

Karenah Menteri Najib

Perlantikan barisan kabinet adalah hak mutlak PM. Sebagai rakyat kita kena akur kerana rakyat secara umum menyokong beliau. Ada yang berbisik-bisik tidak berpuas hati dengan barisan yang dilantik. Itu lumrah, rumah siap tapi pahat masih berbunyi.

Apa maknanya Hindraf dibawa masuk ke dalam kabinet.? Malam tadi di Seremban, buta-buta je Anwar mempersendakan Najib. Kata pejuang melayu, tapi orang yang hendak memansuhkan  kepentingan melayu diserap ke dalam. bukankah itu bangang namanya. -anwar

Inilah untungnya apabila kita menjadi petualang, kita akan mendapat tempat dalam kerajaan. Bukan sahaja dalang diberi penghormatan, kubu kuat pembangkang juga dijadikan kawasan pembangunan. 
Inilah corak Bn berkerja. Meminggirkan kawasan sendiri dan membantu YB pakatan sepenuh hati. Andai konsep diteruskan, insyAllah BN akan tumbang Pru14.

Apapun adalah tidak munasabah mengadili perkara yang belum terjadi. Berikan mereka peluang untuk membuktikan kewibawaan mereka. 

Hari pertama menteri berkhidmat, kenyataan dua menteri berbeza pendapat. Menteri keselamatan memberi amaran dengan tegas sementara menteri muda membidas menteri kenyataan senior.

Menteri muda dikatakan membawa gagasan tranformasi, idea digembleng bagi membentuk kerukunan nasional.  "Ini adalah kementerian belia dan sukan Malaysia, bukan kementerian belia dan sukan Barisan Nasional,"

Aku harap ini bukan kenyataan retrotik, KJ kena buktikan visinya bukan hanya dibibir tetapi perlu diterjemahkan sehingga ke kertas undi. Bukan hos piala dunia dikejar tetapi belia harus dididik menghayati kemajuan negara.

Itu kisah menteri muda. Kisah menteri yang takde parlimen lagi menyayat hati. Kabinet tidak sampai 2 minggu sudah membuat sidang media, negara akan menjana 27b jika kerajaan melaksanakan skim korek duit rakyat. 

Kenapa la menteri Najib tidak sensetif langsung. Alangkah baiknya jika Idris Jala membuat laporan ini sebelum Pru. Kan senang rakyat menolak BN. Agak-agak la Idris oi... dah la Anwar dok giat perhangat rakyat tolak kerajaan, dia plak bagi bola lambung kat musuh.

Malas nak komen kerja menteri sorang ni. Yang dia tahu hanya korek duit rakyat. Sekarang ini hanya makcik pakcik di kg yang menyokong BN, pru14 mereka ini pun malu nak sokong.  So tinggallah Idris Jala dengan Pemandunya dan Najib ikut bontot Rosmah.

Apa nak dikata, inilah barisan terbaik kabinet Najib.

No comments:

Post a Comment