Sunday, May 12, 2013

kebebasan atau mahu memberontak.?

SINGAPURA 11 Mei - Polis Singapura menahan 21 rakyat Malaysia hari ini kerana mengadakan demonstrasi haram di sini sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di Malaysia (PRU-13).
Hihihi… cina Malaysia lupa seburuk-buruk kebebasan negara ini Singapore lagi teruk. Di Malaysia, pemasangan speed trap dikecam kerana menyusahkan rakyat. Orang tahu tapi buat-buat tak tahu bahawa negara jiran lagi kejam dari negara ini.
Aku sebenarnya tidak puas hati dengan sikap kerajaan dan polis. Terlalu ramai orang membuat provokasi atau kesalahan seperti menghasut dibiarkan terlepas tanpa ada tindakan. Lihat bagaimana pemimpin pembangkang atau macai-macainya bebas berbuat apa sahaja.
Lihat video ini. Tidak cukup buktikah untuk mendakwa orang seperti ini.?



Kalau Singapore boleh mendakwa orang dengan sekecil-kecil membuang sampah mengapa negara kita susah untuk memberi untuk melaksanakan undang-undang.? Sekarang polis tidak dipandang tinggi, sesiapa sahaja boleh melontarkan pandangan walaupun ia lebih kepada hasutan.
Kalau la Tun Mahathir masih memerintah, Anwar tidak akan berani berbuat sesuka hati. Kalau setakat askar kacang, sudah lama kacang mati kena tanam.Tapi semenjak Pak Lah menjadi PM, keadaan sudah berubah. Kalau dulu perpaduan kaum boleh dikatakan baik, tapi sekarang ia seperti sudah di hujung tanduk. Tunggu masa sahaja rakyat akan memberontak.
Lembut perlu pada tempatnya, sopan tidak menandakan kita lemah jadi terpulanglah kepada Najib. Samada beliau terus membiarkan keadaan terus begini atau menamatkan keadaan yang semakin tidak terkawal.

No comments:

Post a Comment