Wednesday, May 22, 2013

Kerana Zahid Pakatan Kepanasan

Zahid bukan menteri baru, tidak ada sebab beliau hendak bermegah dengan jawatan. Apa yang beliau lakukan adalah tanggungjawab. Kalau selama ini menteri KDN hanya memberi amaran, sebaliknya Zahid membuat pendekatan yang berbeza. No warning action only. 
Kerana tindakan Zahid yang tegas, maka pakatan telah mengubah startegi politik. Kalau selama ini mereka secara terbuka mencabar undang-undang, Sekarang ini ada dikalangan mereka sudah mula menikus. Mereka tidak mahu apa yang berlaku terhadap Nik Nazmi berulang. 

Zahid sudah menunjukkan kewibawaan, bagaimana dengan Najib.? Terbukti polisi politik Najib yang sederhana tidak memberi kesan, sebaliknya pakatan semakin mengukuhkan kedudukan termasuk di Selangor. Ini memberi tamparan kepada beliau kerana beliau ialah pengerusi badan perhubungan Selangor.

Sekarang ini apa yang kurang memuaskan ialah kekerapan kekalahan kerajaan dalam pendakwaan atau tidak membuat pendakwaan terhadap mereka yang selalu mencabar undang-undang. Najib perlu membuat rombakan sedikit pada Jabatan Peguan Negara agar ia selari dengan kehendak KDN.

Sebenarnya Anwar kini dalam keadaan sukar. Projek Malaysia spring tidak mendapat kata sepakat dari semua pemimpin Pakatan. Pas awal lagi menolak projek ini tetapi ada segelintir pemimpin mereka masih memberikan sokongan terbuka.

Hikmah disebalik keputusan Sultan tidak melanjutkan khidmat Nik Aziz sebagai MB Kelantan memberikan kelebihan kepada umno. Legasi Nik Aziz sedikit demi sedikit dihakis oleh kepimpinan baru Pas Kelantan. Jika ia berlarutan, tidak mustahil Nik Aziz tidak relevan dalam politik kebangsaan.

Sentimen rakyat sekarang mahukan kedamaian. Kebanyakan masyarakat melayu menolak politik jalanan. Hanya sebahagian rakyat cina masih dalam keadaan terpengaruh manakala sebilangan lagi sudah mula terasa tindak balas dari masyarakat melayu. 


Kempen boikot yang dilancarkan oleh blogger dan beberapa Ngo membuatkan orang cina mula berfikir dua kali untuk menyerang orang melayu. Memang, mungkin pengeluar barangan tidak terjejas, tapi peruncit cina sudah mula terasa kesannya. Ini kerana orang melayu ada pilihan untuk membeli.

Survival umno adalah bergantung kepada gerak kerja menteri kabinet Najib. Jika ramai menteri gagal memainkan peranan maka umno akan terkubur. Kalau dulu Najib memilih orang cina sebagai anak emas, adakah Najib akan beralih arah kepada orang India..?

/me Jika melayu merajuk, umno tidak lagi relevan

No comments:

Post a Comment