Monday, May 13, 2013

Mad Said Betul Betul Jantan

Sebelum Pembangkang menyalahkan Mad Said, cuba tanya Khalid, Nik Aziz, Guan Eng atau Azizan. Ada ke peruntukkan disalurkan kepada Adun-adun BN.? Yang menyedihkan, ada penyokong mereka memohon bantuan daripada pemimpin mereka. Nak tau apa jawapan mereka.?

"itu bukan saya punya kawasan. You tanya u punya YB".
KUALA TERENGGANU, 13 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said Isnin membidas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Ariffin Deraman yang mahu wakil rakyat PAS di negeri ini diberi peruntukan sama seperti wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Ini kerana katanya PAS yang pernah memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 juga tidak menyalurkan peruntukan itu kepada wakil rakyat BN.

Ariffin dalam sidang akhbarnya semalam berkata peruntukan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) sepatutnya diberi kepada wakil rakyat daripada PAS, sama seperti yang disalur kepada Pegawai Pembangunan DUN (PPD) sebelum ini.

"Bukanlah bermakna kami akan mengabaikan rakyat cuma kami akan gunakan kaedah pendekatan lain untuk membantu rakyat seperti melalui pemimpin setempat, pegawai daerah dan agensi kerajaan yang lain.

"Agenda merakyatkan pentadbiran dan pembangunan akan diteruskan kerana kita mahu semua rakyat menerima limpahan hasil kemajuan Terengganu yang semakin pesat untuk tempoh beberapa tahun akan datang dengan kualiti perkhidmatan awam yang terbaik," katanya.

Sementara itu, Ahmad menafikan spekulasi kononnya beliau akan menjawat jawatan menteri besar untuk tempoh tertentu sahaja sambil memberitahu bahawa spekulasi seumpama itu telah tersebar sejak beliau dilantik menteri besar pada tahun 2008.

Ahmad memulakan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Terengganu untuk penggal kedua di pejabatnya di Wisma Darul Iman pagi ini setelah BN memenangi 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri pada pilihan raya umum lepas.

Beliau turut memegang tiga lagi portfolio iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Kewangan dan Pelaburan; Tanah, Petroleum dan Sumber Asli serta Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment