Sunday, May 12, 2013

Mad Said lebih jantan dari Najib

Hahhahaha…. Aku gelak sakan membaca komen penyokong pakatan apabila Mad Said memberikan kenyataan “ Terengganu tidak bercadang teruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan BN kalah”
Kenapa mereka harus melompat.? Bukankah semua kawasan mempunyai adun sendiri. Mohon la bantuan kepada mereka. Jangan pandai cakap di warung kopi tapi satu kerja pun tak jalan. Selama ini kawasan yang kalah BN amat memanjakan. Mereka ditatang seperti menimang minyak yang penuh.

Sebagai contoh kawasan aku. Pada pru12,  3 daripada 4 kerusi Dun dan parlimen di menangi oleh pembangkang. Kerajaan negeri tidak menganaktirikan. Pembangunan dibuat bantuan dan diberi namun mereka semua masih mencemuh. Keputusan pru13 juga kerusi tidak berubah. Sebab apa..? sebab bantuan kerajaan masih disalurkan dan mereka masih beranggapan kerajaan Bn adalah kerajaan bodoh. Ingat rakyat boleh digula-gulakan dengan bantuan.
Kalau ini pandangan masyarakat,  sewajarnya BN melaksanakan konsep yang dilakukan oleh Mad Said agar rakyat dapat menilai atau melihat kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan.

Semasa Pru yang lepas, aku minum dengan sepupu aku dan beliau adalah ketua pemuda dan ajk bahagian. Kebetulan kami didatangi oleh seorang yang aku rasa dia penyokong tegar Pkr. Dia datang memohon bantuan. Sebenarnya bukan sekali, tapi banyak kali dia memohon bantuan daripada sepupu aku berkaitan dengan masalah-masalah dia.
Bantuan sering diberi tapi yang membuatkan aku jengkel, depan rumah dia tersergam bilik gerakan Pkr. Maksudnya dia tidak berterima kasih dengan semua bantuan tersebut. Kalau kita tidak memberi pengajaran kepada golongan ini, mereka  tidak tahu betapa getirnya umno mencari peruntukan bagi  membantu dan menjalankan aktiviti masyarakat.

Mereka tahu ke sepupu aku terkontang-kanting mencari dana bagi membantu belia bergerak aktif. Mohon bantuan sana sini sampai kekadang periuk nasi sendiri pun tergadai. Malah lebih malang, isterinya guru di sekolah cina tidak mendapat layanan yang sempurna. Mesti orang tak percaya guru disekolah cina di anak tirikan oleh pentadbiran sekolah. Sebab apa.? sebab ramai guru di sekolah SK tidak merasai sendiri pengalaman seperti itu.
Bayangkan di tempat aku YB pkr, ahli parlimen pkr kepada siapa pemimpin bawahan untuk mencari modal aktiviti.? Ahli parlimen entah kemana, Adun menghilang dan semua kerja dipikul oleh umno. Penyokong mereka pula sibuk bergossip di kedai kopi memfitnah kerajaan. Satu benda pun mereka tak buat.
Orang kalau asyik dibantu mereka tidak akan mensyukuri nikmat yang diberi. Jadi umno kena lebih bijak membantu. Tidak semua orang perlu dibantu walaupun orang itu susah. Sebab ada orang susah juga tidak sedar diri.
Jadi Mad Said rupanya lagi jantan dari Najib.

No comments:

Post a Comment