Tuesday, May 21, 2013

Mampu ke kita boikot barangan cina

Agak sukar memboikot barangan cina kerana kebanyakan barang keperluan harian kita dikeluarkan oleh orang cina. Ini kerana produk yang dihasilkan oleh orang melayu di pasaran adalah terhad. Maksudnya suka atau tidak kita terpaksa membeli juga.

Tapi kita ada 
sedikit pilihan . Sebagai contoh, daripada membeli barang keperluan di kedai cina, adalah lebih baik membeli di kedai melayu atau India Muslim. Walau pun produk yang dihasilkan oleh orang cina, namun sekurang-kurangnya kita memberi tekanan kepada peruncit cina.

Begitu juga kita ada pilihan untuk terbang, daripada menggunakan Air Asia lebih baik kita menggunakan Mas. Ada pendapat, Air Asia lebih murah. Suka atau tidak, terpaksa juga kita menggunakan perkhidmatan Air Asia. Tapi jika kita berkemampuan, adalah lebih baik kita memboikot syarikat tambang murah ini.

Tapi tanpa sokongan kerajaan, boikot Air Asia kurang memberikan kesan. Sebaliknya jika semua agensi kerajaan membuat tindakan memboikot, maka Air Asia akan merasa kesannya. Malangnya, kerajaan tidak akan berbuat sedemikian. Alasan penjimatan perbelanjaan adalah sekadar alasan. Oleh sebab itu Air Asia X melantik Rafidah sebagai pengerusi. Beliau bertindak sebagai pelobi untuk mendapatkan keuntungan dari kerajaan. Beliau antara kitol melayu.

Orang melayu banyak belajar dari pru yang lalu. Dimana kaum cina yang tegar cuba untuk menjatuhkan kepimpinan melayu yang selama ini memberi peluang mereka kaya. Jadi, suka atau tidak, orang melayu kena mengorak langkah walaupun langkah itu hanya setapak.


#sikap 

Sebenarnya melayu juga pandai meniaga, cuma perasaan hasad atau sikap tamak membuatkan perniagaan melayu menjadi layu. Satu ketika dulu, produk zaitun hampir melengkapi keperluan harian. Tapi kini, zaitun sudah dilarikan oleh orang cina. Inilah kelemahan orang melayu dan kekuatan orang cina untuk membunuh produk keluaran bumiputera.

Kalau tidak silap aku, dulu petronas sebelah LLM (jalan menghala putrajaya ) adalah milik persatuan melayu tetapi kini dimiliki oleh orang cina. Begitu juga dengan Ramly burger, dikahabar orang cina sudah membeli syarikat itu dan jenama tersebut. Ayat mudah, melayu dapat untung seketika, tapi cina kaya selamanya. 

#Tekanan

Untuk menyalahkan peniaga melayu 100% juga tidak boleh. Ini kerana peniaga melayu sebenarnya mendapat tekanan dari orang cina. Mengambil contoh tempoh pembayaran barangan. Pengeluar cina memberikan tempoh bayaran lebih lama berbanding dengan peniaga melayu. Begitu juga dengan harga yang dibekalkan adalah berbeza mengikut kaum.

#Boikot

Tindakan memboikot sebenarnya perlukan kerja keras dan tersusun. Boikot bukan sekadar publish bagi blogger atau membuat sidang media bagi para NGO. Mereka perlu membuat tindakan yang konkrit. Kelemahan yang nyata dalam kempen memboikot ini ialah tidak ada laman web yang mesra pengguna. Penganjur perlu membina laman sendiri seperti mudah.com atau satu portal yang menyenaraikan kedai mengikut kriteria dan tempat. Maka dengan itu para pengunjung atau orang melayu senang untuk bertindak membeli produk orang Islam.

# Produk

Sebenarnya orang melayu ada produk mereka sendiri. Aku mengambil contoh, orang melayu sedikit demi sedikit telah menceburi jualan kain dan tudung di dalam talian. Walaupun dalam skala yang kecil, namun bilangannya semakin bertambah. Kalau dulu kita membeli di kedai cina atau Gulatis, tapi sekarang banyak jenama baru dalam pasaran milik bumiputera menjadi pilihan para wanita.

Kita juga tidak lupa bahawa barangan kecantikan dan kosmetik keluaran bumiputera sudah mendapat tempat. Nama seperti Kak Ton sudah tidak asing, produk sendayu tinggi juga sudah lama di pasaran. Bukankah Arwah Sosilawati juga merupakan penguasaha produk kecantikan yang berjaya.?

#produk keperluan harian

Kebanyakan produk ini dikeluarkan oleh orang cina. Dari sekecil-kecil ikan masin sehinggalah ke pengedar kereta mewah. Kalau hendak diikutkan hati memang kita ingin berjaya seperti orang cina. Tapi kita kena ingat, jangan tamak. Bila tamak, Allah tidak akan membantu kita. Kita belajar dulu walaupun terpaksa merangkak.

Ok. Aku mengambil contoh sos cili. Berapa banyak sos cili dikeluarkan oleh bumiputera.? Mungkin ada satu atau dua. Jadi mengapa tidak ada orang melayu memasuki pasaran ini sedangkan pasaranya amat luas.

Kita ada ramai yang mampu membuat resepi. Mengapa kita tidak berkrompomi untuk menjadi jutawan. Aku mengambil contoh, mamee chef ini adalah resepi Chef Ismail. Maksudnya kita boleh menghasilkan produk yang bermutu. 

Ramai sudah maklum, kebanyakkan tauhu yang berada di pasaran adalah industri orang cina di belakang rumah. Adakah kualiti tauhu yang kita makan itu bersih.? 

Kesimpulanya, memang kempen boikot memberi kesan walaupun sedikit, tetapi sebenarnya ia hanya bersikap sementara. Ini kerana selagi melayu tidak mencapai ekuiti 30% daripada kek ekonomi, maka boikot ini hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

No comments:

Post a Comment