Friday, May 10, 2013

menanti barisan kabinet najib


Secara peribadi aku menanti beberapa perkara apa yang hendak dibuat oleh Najib selaku ketua segala pentdbiran. Pertama ialah barisan kabinet, seterusnya program perpaduan kaum yang dikatakan menjadi intipati pentadbiran beliau dan yang penting ialah agenda membangunkan negara disamping beberapa perkara seperti hala tuju BN dan perubahan dasar badan pemikir, 

# Barisan Kabinet
Barisan kabinet Najib haruslah berpaksi kepada perkara pokok iaitu kewibawaan atau karisma seseorang menjadi menjadi menteri. Perkara ini amat penting demi masa depan umno atau barisan nasional. Aku mengambil contoh, siapakah layak memegang menteri belia dan sukan.?
Tunjang Pru akan datang ialah belia sekarang dimana mereka ini akan dipanggil pengundi muda. Jika pentadbiran Najib mempunyai menteri seperti Hishammuddin maka kerajaan Najib akan menghadapi masalah akan datang.
Walaupun Anuar Musa dikatakan akan diangkat sebagai menteri di kementerian ini, bagi aku beliau juga kurang sesuai. Kejayaan membawa bola sepak Kelantan bukan ukuran kewibawaan beliau kerana kementerian ini bukan kementerian sukan tapi ia juga meliputi kemajuan belia negara.
KJ adalah calon paling layak memegang portfolio ini. Beliau bukan sahaja berketerampilan malah beliau mempunyai idea dan memahami jiwa seorang belia. Banyak program yang dibawa oleh KJ sehingga kita boleh melihat kebangkitan anak muda di Pru 13 ini.
Timbalan bagi KJ ialah MP Hulu Selangor, Kamalanathan. Beliau boleh menjaga belia India agar kaum ini tidak terpinggir dari arus kemodenan dan mungkin ia dapat mengurangkan masalah berbangkit yang sering dikaitkan dengan kaum ini. Dari persoaniliti MP Kamal, aku yakin beliau boleh menyumbang kepada pembangunan negara.
Tak salah jika Najib menubuhkan semua kementerian keusahawanan. Timbalan menteri boleh terdiri dikalangan pemuda agar kesinambungan belia diantara Khairy dan kementerian ini lebih mampan.
Ini pendapat aku je. Tapi jika melihat siri kegagalan sokongan orang muda kepada BN adalah disebabkan kementerian ini. Biasanya ia akan diterajui oleh orang tua yang tidak dapat memahami kehendak orang muda disamping komunikasi diantara orang tua dan muda adalah sukar.
Kalau orang tanya, Hishammuddin nak taruk mana.? Ada satu kementerian yang sesuai dengan beliau iaitu kementerian wanita dan pembangunan masyarakat. Hehhehe….. 

No comments:

Post a Comment