Friday, May 24, 2013

Norashikin Sahat antara anai-anai kerajaan

Kita jarang mendengar makamah menolak permohonan tahanan reman tapi hari ini kita dikejutkan makamah menolak perintah tahanan reman ketiga-tiga penghasut.

Perintah tahanan reman dipohon bagi pihak polis menjalankan siasatan. Apabila majistret menolak permohonan, menandakan polis menahan mereka tanpa asas yang kukuh dan boleh menyabitkan pihak polis telah salah guna kuasa.

" Majistret Norashikin Sahat telah memutuskan untuk menolak permohonan itu dan mengarahkan ketiga-tiga mereka dibebaskan."

Kita tidak mempertikaikan keputusan makamah kerana itu hak majistret setelah prosiding dijalankan. Perkara yang menyebabkan rakyat keliru ialah bukti apa yang diperlukan oleh makamah untuk pihak polis memohon perintah reman.? Adakah pihak polis perlu mengemukakan bukti seperti dalam prosiding pendakwaan?

Alasan pihak polis tidak menyatakan individu khusus yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam ceramah berkenaan adalah tidak boleh diterima. 



Apa maksud kita tidak boleh menunggu pru14..?  bukankah Haris dengan jelas menggesa orang ramai turun ke jalan raya untuk membuat demontrasi.? Demontrasi tidak salah jika caranya betul tapi jika demontrasi untuk menggulingkan kerajaan adakah itu tidak salah.?

Semua orang tahu, Anwar mempunyai pengikut di segenap lapisan masyarakat. Jadi tidak mustahil majistret yang memerintahkan tahanan dilepaskan adalah salah seorang tali barut pakatan. Terlalu ramai gunting dalam lipatan dalam agensi kerajaan. Jadi tidak mustahil, Norashikin Sahat antara tali barut yang perlu di ambil tindakan.

Secara peribadi tidak salah seseorang untuk menyokong mana-mana parti, tetapi kita harus telus dalam kerja yang diamanahkan. Tetapi malangnya penjawat awam yang anti kerajaan telah memburukkan kerajaan hanya berdasarkan perbezaan ideologi mereka tanpa memikirkan amanah tugas yang dipikul.

Terpulang kepada kerajaan bagaimana harus menangani masalah ini.  Jika kerajaan masih membiarkan anai-anai ini bebas, tidak mustahil pru14 kerajaan akan bertukar tangan,

No comments:

Post a Comment