Thursday, May 2, 2013

Pendapat aku je



Aku ambik rawak salah satu video Anwar. Aku perhati cara dia berucap. Secara overall berhati-hati orang yang mempunyai ciri-ciri seperti dia. Cara percakapan dari lengguk ayat dan mimik muka. Video ini tak nampak apa yang aku cuba katakan. Cuba cari video kampung buah pala semasa dia menipu orang india. 
Lupakan la… mesti tak faham apa yang aku cuba katakan.
Kekuatan Anwar ialah pertama, dia petah berucap. Itu semua tahu. Kedua, suara dia jelas@baku seperti ezam. Suara seperti ini menunjukkan karisma kepimpinan yang mempunyai nilai ketegasan dan kematangan yang mendatangkan perasaan ingin mendengar apa yang beliau ingin ucapkan. Teknik ini biasanya digunakan dalam perbahasan.
Ketiga, cara intonasi atau tune suara dia berucap. Dia sememangnya pandai guna punch line. Sebab itu sesuatu lagu chorus amat penting. Keempat, bahasa yang digunakan amat kritis atau mempersonakan. Dia guna banyak menggunakan bahasa Indonesia atau jawa. Contoh, zaman edan yang bermaksud zaman gila. Syok ke kalau kita dengar ayat zaman gila berbanding dengan zaman edan..? 
Kelima, dan yang paling penting dia pandai membawa penonton bersama dengan ceramah beliau. Berinteraksi secara langsung dengan penonton. Bukan senang nak bawa penonton menjiwai ceramah kita. Orang nak dengar Tun Mahathir berucap pun sebab dia berkarisma dari pengalaman dan jasa beliau. Kehebatan Mahathir, setiap apa yang dia ucapkan adalah idea yang bernas dan bukan auta seperti Anwar. Tun Mahathir tidak membaca teks dan jarang tersasul. Najib pun tersasul semasa mengumumkan pembubaran parlimen.
Mengapa Anwar berjaya mengawal penonton.? Perasan tak dia tidak menggunakan rostrum dalam ceramah politik beliau. Dia lebih suka berjalan-jalan  membawa mic disamping gerak badan termasuk tangan beliau berkerja. Ini yang membuatkan orang akan terus memandang beliau untuk memberi tumpuan. Sebab itu bila Najib kata 1 apa..? hanya suara Najib je yang kedengaran tetapi penonton lena.
Apapun… Anwar memang petah berucap. Allah kurniakan beliau package yang jarang ada pada seorang pemimpin. Sayangnya… kelebihan itu digunakan hanya untuk menemberang orang.

Selain itu, dimana kekuatan Anwar..? Adakahnya di anunya atau dilututnya.? Jawapan aku kekuatan Anwar ialah dia serba boleh. Depan boleh, belakang boleh, laki atau perempuan pun semua dia boleh.

No comments:

Post a Comment