Wednesday, May 15, 2013

Perlukah "new politik " dalam umno

Agak menarik komen yang dilontarkan oleh Datuk Saifuddin Abdullah. Itulah realiti corak pengundian atau pola golongan pengundi yang terbahagi dengan beberapa kelompok. Walaubagimanapun aku masih tidak bersetuju dengan pandang beliau berkenaan dengan idea “new politic”.
Pru kali ini menemukan pertembungan dua ideologi  iaitu nationalisme dan sosialisme dan parti yang mendapat tempat pengundi ialah parti rasis iaitu Umno dan Dap sementara parti sosial liberal dan sosial agama jauh ke belakang.
Satu perkara yang perlu di ingat ialah, Umno rasis kerana mempertahankan hak sedangkan Dap rasis untuk merebut hak.
Oleh sebab itu aku menolak idea ‘ new politik’ yang dibawa oleh bekas MP Temerloh ini kerana ia akan merosakkan kepentingan orang melayu. Dap menolak umno bukan kerana umno korup tetapi mereka mahu umno tumbang untuk mereka berkuasa. Selagi mereka tidak menguasi kerajaan, selagi itu mereka akan menerus memburukkan umno agar rakyat memberontak.
# tsunami cina dan urban tsunami
Ada yang menyatakan pru13 dikaitkan dengan tsunami cina dan ada pula melabel sebagai urban tsunami. Sebenarnya dua elemen ini saling berkait rapat kerana penduduk bandar tidak menolak BN sepenuhnya kerana ramai orang melayu bandar masih mengundi BN.
Ramai Melayu bandar yang mendokong pakatan terdiri pengundi muda dan golongan pertengahan sementara penyokong BN terdiri dari pelbagai kelas golongan. Contoh kerusi yang paling sesuai ialah P108 Shah Alam.
Di kawasan melayu, Zulkiflee Nordin masih mendapat sokongan tetapi di kawasan penduduk cina seperti pinggiran Usj beliau langsung tidak mendapat undi. Ini menandakan orang cina telah menolak BN sama sekali. Cina menolak BN bukan sahaja di bandar tetapi di kawasan-kawasan pedalaman. Sebab itu pru kali ini lebih kepada tsunami orang cina.
Bagaimana orang cina boleh sepakat menolak BN sedangkan berita arus perdana dikawal oleh kerajaan.?
Bagi aku think tank umno tidak proaktif menangani perkembangan sekitar yang cepat berubah. Jika kita membuat perbandingan, jentera serangan pihak lawan terdiri dari golongan muda yang begitu agresif menyerang pentadbiran Najib. Mereka ini tanpa henti mencari kelemahan untuk diekspotasi secara maksimum.
Umno yang diketui oleh Ahmad Maslan yang masih menggunakan corak kempen yang primitive. Beliau masih tidak tahu membezakan kehendak bandar dan luar bandar, orang muda dan orang tua, golongan bawahan dan pertengahan atau atasan. Mereka tidak memfokuskan golongan sasaran. Akibatnya beberapa golongan keciciran. 
Yang pasti umno masih ego dengan kejayaan mereka mengekalkan kerusi pemerintah sejak 50 tahun lepas. 

No comments:

Post a Comment