Thursday, May 9, 2013

pru tidak sah, tapi dia mengaku ahli parlimen, uhh


KELANA JAYA 9 MEI: Pakatan Rakyat meneruskan penolakan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang sarat dengan penipuan dan keraguan ke mahkamah, demi menyelamatkan hak dan masa depan rakyat Malaysia yang lebih terjamin.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, keputusan itu penting bagi memastikan segala kecurangan dalam PRU akan datang dapat dibasmi dengan lebih berkesan.
KL“Kita tidak mahu apabila kita terima keputusan PRU lepas, SPR dan kerajaan anggap rakyat tidak kisah dengan penipuan yang berlaku. Jadi kita putuskan untuk tolak keputusan ini dan akan bantah melalui mahkamah dan dalam Parlimen.
“Kalau dahulu saya mengejar pencuri lembu, sekarang saya akan kejar pencuri keputusan PRU ini kerana kerajaan haram yang ditubuhkan adalah sebuah mandat yang akan mencuri masa depan Malaysia.
“Kita tidak mahu penipuan ini berlaku lagi, lagi dan lagi. Kita mesti bangkit menolak penyelewengan yang jelas ini dan kita mesti lawan sampai ke Putrajaya,” kata Ahli Parlimen Pandan itu pada program Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13, di Stadium Kelana Jaya malam tadi.
Memang la orang politik ini kena cerita politik. Kalau salah dia akan kata betul asalkan cerita itu memihak kepada mereka.
Tapi kita rakyat, kena kerja untuk cari makan dan sara keluarga. Untuk majikan membayar gaji, ekonomi kena berkembang dengan baik. Untuk semua itu, politik kena stabil bagi kerajaan membuat dasar pembangunan. Oleh sebab itu wujudnya pembangkang  untuk memantau aktiviti kerajaan. Tapi kalau 24 jam menyuruh rakyat berpolitik, ini sudah tidak betul. Kalau rakyat susah, orang politik tidak susah.
Rafizi kata BN menipu dan Pru tidak sah. Fikir la secara logik, kalau pilihanraya tidak sah dan kerajaan Malaysia sekarang haram maka kerajaan Kelantan, Penang dan Selangor sekarang pun kerajaan haram la.?
Tuan punya badan menang bertanding dan sekarang dia bergelar MP Pandan, macam mana dia boleh jadi MP Pandan kalau pru haram.? Penipuan akan dibawa ke makamah..? bawa je la Spr ke makamah. Apa hal mengajak rakyat berdemo.?
Dah  la, aku naik muak dengan politikus seperti ini. Sebelum berdemo, fikirkan dulu periuk nasi kita. Kalau apa-apa terjadi pada negara kita, orang politik tidak susah. Kita sendiri yang merasa peritnya.


No comments:

Post a Comment