Wednesday, May 8, 2013

Rakyat Malaysia semua dibelakang Tuan.

Dap seperti cacing kepanasan bila utusan mempertikaikan keputusan pola pengundian orang cina. Utusan berkata benar. Apa orang cina mahu lagi. Kerajaan sudah membantu kaum mereka tapi mereka bukan sahaja tidak berterima kasih malah mereka mahu menumbangkan kerajaan yang membantu mereka.
Sekarang ini, Najib perlu membantu kaum dan tempat yang menyokong mereka. Memang ada sebilangan orang cina masih menyokong Bn, jadi Najib perlu meletakkan seorang  dua menteri cina seperti Liow Tiong Lai.  Tak perlu untuk melantik  senator kerana perkara ini telah menyebabkan sikap tidak berterima kasih kepada kerajaan.
Jika Najib meletakkan senator, sebenarnya ia telah menafikan hak rakyat yang menolak wakil tersebut dan rakyat yang mengundi BN. Kalau kita mahu MP kita menjadi menteri, sepatutnya kita mengundi beliau dan bukan menolak beliau.  Jika ia masih berterusan seperti ini, Najib sebenarnya dalam proses membunuh diri sendiri dan parti.
“apa nak kisah, kalau kalah pun masih dilantik menjadi menteri,” persepsi ini jangan dibiarkan terus berlaku.
Tindakan MCA Klang menutup pejabat khidmat masyarakat adalah tindakan yang baik dan perlu diperluaskan seperti di Gelang Patah. Ini kerana selagi ada khidmat ini maka orang cina tidak akan berterima kasih dan tidak tahu jasa MCA.  Sepatutnya tindakan ini juga dibuat oleh parti komponen BN.

Dua laporan polis dibuat terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel bertajuk Apa lagi Cina mahu? yang didakwa berbaur hasutan hari ini.

Kedua-dua laporan tersebut dibuat di Balai Polis Travers, Bangsar di sini oleh masing-masing seorang pengurus dan peguam.
Laporan pertama dibuat oleh seorang pengurus, Chok Ying San, 39, yang beralamat di Bukit Kiara di sini.
Begitu juga Najib seharusnya membantu sahaja siapa yang mengundi BN.  Sabah Sarawak masih kekal menjadi kubu BN disamping pengundi melayu johor dan Negeri Sembilan. Pembangunan di kawasan yang kalah bukan tidak boleh dibantu sebaliknya Bn perlu bersikap selektif. Hanya kawasan yang menyokong sahaja dibantu disamping penyokong setia parti.
Biarlah mereka menuduh BN bersikap rasis atau kepartian. Yang penting penyokong Bn tidak lari dari terus menyokong. Kalau Najib masih mengamalkan dasar saksama atau mementingkan negeri atau kawasan pembangkang, tidak mustahil penyokong Bn akan menolak Najib untuk Pru akan datang.
Jangan jadi kera disusukan anak dirumah kelaparan. Pru kali ini membuktikan, tanpa sokongan cina BN masih memerintah. Kalau bukan isu calon, ada kemungkinan Bn mampu menambahkan kerusi.
Jadi terpulanglah kepada Najib. Samada terus membela pembangkang atau menekan pengundi sendiri. Aku sendiri tidak teragak-agak menolak BN jika Najib masih memanjakan pembangkang. Lebih baik jadi pembangkang daripada menyokong kerajaan kalau umno sendiri tidak membela ahlinya sendiri.


Kerajaan BN Tidak Tumbang Walaupun Sebahagian Kaum Cina Pilih Pembangkang - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak tumbang walaupun sebahagian besar kaum Cina menyokong pembangkang seperti yang dilihat dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata realitinya ialah kaum Bumiputera dan masyarakat India masih memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan BN untuk terus menerajui negara berdasarkan mandat yang diperoleh dalam PRU-13, Ahad lepas.
"Kita harus sedar bahawa parti pembangkang khususnya DAP telah menggambarkan kepada masyarakat Cina (kononnya) mereka boleh mengubah kerajaan...malah slogan yang digunakan seolah-olah (kalau) orang Cina sokong pembangkang, mereka boleh ubah kerajaan.
"Hakikat dan realitinya walaupun sebahagian besar (masyarakat Cina) sokong pembangkang, tetapi kerajaan tidak tumbang, kerajaan BN masih kekal," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan anggota parlimen baharu BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.
Perjumpaan tertutup selama hampir dua jam itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Najib menarik perhatian walaupun sokongan kaum Cina terhadap DAP di sesetengah kawasan dilihat mencecah antara 85 dan 95 peratus, namun kerajaan B Nmasih kekal kerana kaum Bumiputera dan India di banyak kawasan lain masih percaya kepada gabungan itu.
Menurutnya, apa yang digambarkan pembangkang terutama DAP merupakan satu penipuan besar terhadap kaum Cina sehingga masyarakat itu yakin undi mereka dapat mengubah kerajaan sedia ada.
"(Ini) seperti janji pada 16 September (2008 untuk menawan Putrajaya). Storyline (jalan cerita) ini (untuk tukar kerajaan) tidak betul dan banyak ditokok tambah, direka cerita," katanya.
Najib berkata satu lagi penipuan yang dilakukan pembangkang pada PRU13 ialah dakwaan tidak logik BN membawa masuk lebih 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi untuk memastikan kemenangannya.
"Kalau ikut logik, nak bawa 40,000 (warga) Bangladesh (perlu) menggunakan pesawat Boeing 747 yang hanya boleh memuatkan 400 orang...bererti 100 buah pesawat terpaksa mendarat untuk membawa warga Bangladesh ini mengundi," katanya.
Namun, beliau berkata sehingga kini tiada bukti diketengahkan pembangkang kerana dakwaan itu sememangnya tidak berasas," tegasnya. Mstar

No comments:

Post a Comment