Thursday, May 16, 2013

Siaran media wanita umno


Ketika umno memerlukan keutuhan sebaliknya dua tunjang wanita umno saling memukul gendang perang. Inilah gara-gara kemaruk kuasa, provokasi diadu dombakan agar perpecahan terjadi dan memberi peluang untuk kuasa kembali ke tangan. Itulah sikap Rafidah Aziz yang tidak pernah rasa dirinya di hujung usia.
Memang aku akui, Rafidah antara orang yang berkaliber, beliau antara tulang belakang kejayaan Tun, tapi sayang sekali hatinya tidak bersih. Reaksi beliau semasa kemenangan Dr. Siti Zaharah adalah tidak sihat. Begitu juga semasa kekalahan beliau dengan Sharizat. Dia seakan tidak menerima kenyataan bahawa dia sudah tidak menjadi pilihan sayap wanita .
Dendam beliau terhadap Sharizat tidak pernah pudar. Dia mengambil kesempatan diatas kesulitan Sharizat dengan mendesak beliau berundur. Dan yang terbaru, dia sengaja membuat provokasi agar barisan wanita menukar pucuk kepimpinan baru dan muda walhal beliau sengaja untuk membuka peluang untuk beliau kembali menerajui wanita. Ada kemungkinan Kamalia terhasut dengan hasutan beliau.
Rafidah sebenarnya tidak sunyi dari isu. Aku tidak mahu menuduh Rafidah berniaga AP, tapi aku sekadar ingin membuat perbandingan. Feedlot bukan dibawah kementerian Sharizat  maka  beliau tidak boleh dikatakan menyalahgunakan kuasa apatalagi dikaitkan dengan rasuah. Sebaliknya pengedaran AP adalah dibawah bidang kuasanya, jadi sebelum menuding kesalahan orang, adalah lebih baik muhasabah diri.

Sebelum Rafidah menyelak kain orang, sepatutnya beliau menjaga kain sendiri. Dia pengerusi Air Asia sedangkan hari ini CEO Air Asia berlagak rasis menghina kaum sendiri. Kalau dia sayangkan umno, sepatutnya beliau mendesak Azran Osman meletak jawatan atau dia sendiri meletak jawatan.
Demi pangkat, tidak mungkin orang seperti Rafidah Aziz meletak jawatan.  


SIARAN MEDIA
Minaq jinggo

Y.BHG DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

SOALAN BUAT TAN SRI RAFIDAH AZIZ,
PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH AIRASIA X

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2013 – Saya mewakili Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini ingin melontarkan pertanyaan kepada YBhg Tan Sri Rafidah Aziz selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Airasia X di atas kenyataan oleh Ketua Pengarah Eksekutif beliau dari Airasia X, Azran Omar-Rani terhadap Utusan Malaysia dan tindakan menarik balik iklan di dalam akhbar tersebut.

Saya yakin Tan Sri Rafidah Aziz yang telah menerajui kepimpinan Wanita UMNO selama 22 tahun dan berusia 66 tahun semasa meninggalkan pucuk pimpinan Wanita UMNO Malaysia, cukup matang untuk menjelaskan isu ini berdasarkan perjuangan Wanita Melayu yang turut didukung oleh beliau semasa memimpin Wanita UMNO. Malah, saya harap beliau memahami perjuangan Utusan Malaysia sebagai satu-satunya lidah rasmi orang Melayu.
Beliau seharusnya tampil kehadapan untuk memberikan pandangan, pendirian dan pendapat beliau untuk menyelesaikan isu ini, bukan terus berdiam diri walaupun beberapa desakan telah dikemukakan oleh badan-badan NGO Melayu dan beberapa pihak yang lain.

Wanita UMNO amat kecewa dan meminta Tan Sri Rafidah sebagai Pengerusi yang bertanggungjawab untuk Airasia X memberikan penjelasan secepat mungkin kerana terlalu ramai orang Melayu berasa amat tersinggung dengan pandangan yang tidak bertanggungjawab oleh Azran Osman-Rani.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL

No comments:

Post a Comment