Thursday, May 9, 2013

Singapore pun ada tol kan ??

Aku tak pernah pergi luar negara. Tapi aku ada terbaca tol kena langgar kat negara orang putih. Kebetulan hari tu aku sembang dengan bini aku tentang isu tol. Then bini aku jawab, Singapore pun ada tol, korea pun ada tol, Australia pun ada tol. Aku tanya balik, betul ke awak cakap ni. Memandai je…. Betul la, kan hari tu saya ada pergi sana.

So… orang Malaysia, kalau negara luar pun ada tol mengapa kita sibuk menghapuskan tol sepenuhnya. Siapa tak nak tol free, tapi bagi aku biarlah sesuatu cadangan realistik. Kalau semua free, siapa nak menanggung semua kos ?

Kalau hapus tol dalam bandar seperti LDP, aku sokong. Ia amat membebankan pengguna di kawasan sekitar dan caj tol agak mahal. Jadi aku setuju sangat-sangat tol seperti ini dihapuskan.

Rasa ramai yang dah membaca komen ini. Sebab dah lama aku tengok. Ia hanya note  aku.

cerita 1.

Kita sering terdengar keluhan dan rintihan warga Islam/ orang melayu di singapura yang dikatakan tertindas dan dianak-tirikan oleh pemerintah di sana.

Ini aku nak cerita keluhan yang lahir dari warga cina Singapura pula. Kenalan aku bekerja sebagai doktor pakar di sebuah hospital kerajaan singapura dan menceritakan keluhan orang cina warga Singapura. Pekerja kerajaan Singapura dulu ada sistem pencen bila bersara, tapi akhirnya pencen dihapuskan.
Maknanya, bila cukup umur maka orang-orang cina terpaksa bekerja walau umurnya sudah mencapai 70 tahun kerana desakan hidup yang sentiasa meningkat hinggakan ada yang meminta adik ipar aku injek ubat untuk terus tidor dan tak bangun-bangun. 
Perkara yang tak dihebohkan akan tetapi kadar bunuh diri amat tinggi. Kes tertinggi 70 orang sehari. Tapi kerajaannya menutup kerana takut terdedah kelemahan sistem pemerintahannya untuk menangani masalah bunuh diri.
Dari makluman yang diterima, hospital kerajaan memang ada tapi ada consultant fee dan perlu bayar harga ubat yang mahal. Perkataan biasa yang kenalan aku dengar terutama dari golongan tua: "Lebih baik mati dari hidup di Singapura".
Moralnya di sini, tak kira semua kaum dan agama kita bersyukur sangatlah hidup di Malaysia ini.
Apa lagi sebenarnya yang kita mahukan??
Klinik 1 Malaysia bayar hanya RM1. Kat mana nak cari?
Beribu-ribu kebaikan yang kerajaan BN bawa selama ini di Malaysia amat tak ternilai dan tak terbalas oleh rakyat Malaysia.
Hargailah ia sebelum nikmat itu hilang dibawa oleh propaganda dan penipuan Pakatan Haram..

 

No comments:

Post a Comment