Saturday, May 11, 2013

Apa startegi Najib


Banyak homework yang perlu dilakukan oleh Ds Najib. Masalah dalaman dan luaran terutama cabaran ekonomi yang masih tidak menentu akan menguji ketokohan beliau sebagai perdana menteri.
Isu dalaman boleh ditangani seandainya Najib memilih barisan pentadbir yang cekap dan inovatif dari segi idea dan mampu menyerap persekitaran yang semakin cepat berubah dan berkembang. Seandainya Najib masih mengekalkan muka lama dan tidak membuat perubahan terhadap jabatan yang dilihat gagal memainkan peranan, Najib akan mendapat masalah.
Ketika ini ramai Ceo, ketua jabatan dan orang besar samada dari jabatan kerajaan atau syarikat Glc dipenuhi oleh penyokong pembangkang. Najib perlu membuat sesuatu agar musuh dalam selimut dapat ditangani sebaiknya.
 Sekarang ini ramai kakitangan awam menyokong ideologi pembangkang terutama gugu-guru yang sekarang ini tanpa segan silu memberi sokongan terbuka kepada mereka. Ini adalah situasi yang tidak sihat kerana profesion perguruan dipandang tinggi di mata masyarakat.
Begitu juga dengan pengambilan penjawat awam. Dasar membantu orang timur yang dipelopori Pak Lah diteruskan oleh Najib dan kini ia kesan yang sangat signifikan. Ia agak rasis tetapi kita perlu menerima kenyataan bahawa mereka ini menjadi agen parti pembangkang dalam menyebarkan ideologi mereka.
Ia boleh dibuktikan dengan mengambil kira sokongan setempat kepada umno tetapi keputusan Pru yang lepas tidak menggambarkan semangat itu. Penduduk luar merasai nikmat  kemajuan tetapi pada yang sama mereka menjadikan Kelantan sebagai negeri kubu kuat Pas tanpa menghiraukan kehendak penduduk yang menetap di sana. Ia tidak sejajar dengan kehendak kerajaan yang beranggapan mereka ini akan memberi sokongan setelah mereka menerima nikmat yang baik.
Kemajuan di negeri Kedah dan Kelantan adalah hampir sama sementara Penang dan Selangor dalam kelompok yang sama.
Mengapa BN menawan semula Kedah tetapi tidak di Kelantan. Bagi aku yang membezakan ialah, Najib berlembut atau tergila-gilakan Kelantan tapi bukan Kedah. Mungkin Najib mengambil kesempatan di atas keterbukaan Ustaz Azizan maka beliau tidak  memberikan bantuan yang sewajarnya jika dibandingkan dengan Kelantan.
Peranan Tok Pa juga sebenarnya telah menyumbang kepada kekalahan umno Kelantan dan mungkin jika post mortem yang jujur akan kelihatan peranan beliau telah memberi tekanan kepada sokongan melayu di seluruh negara.
Tok Pa banyak membantu Kelantan dan rakyatnya mendapat kerja. Orang Kelantan merayau dan dibantu secara dalaman oleh Tok Pa melalui proxy2 yang diletakkan sebagai peneraju sesebuah jabatan atau syarikat.
Jika dibandingkan dari segi bantuan diantara negeri pembangkang, , kerajaan pusat sebenarnya  tidak memberi bantuan yang sewajarnya dan membiarkan Kedah tertekan dari segi pembangunan dan ekonomi. Keadaan ini berterusan dan mengakibatkan rakyat negeri itu tidak sabar untuk menukar kerajaan yang sedia ada pada pru yang lepas.
Jika situasi ini diambil kira, maka tidak hairanlah mengapa orang Kelantan tidak mahu mengundi umno. Bagi aku, hanya orang bodoh sahaja mahu mengundi BN. Mungkin badan pemikir Pak Lah dan Najib adalah orang yang sama dan ada berkemungkinan beliau berasal dari Kelantan.
Oleh itu, jika Najib mengambil pendekatan yang sama, memanjakan mereka yang menyokong pembangkang, aku harap sekarang ini penyokong BN harus berubah menyokong pembangkang.
Situasi ini aku juga boleh dibuat di Lembah Pantai. Nurul Izzah jarang membantu, kalau ia melawat kawasan sekalipun, beliau tidak berbuat apa-apa kerana beliau secara terbuka menyatakan Pkr tidak ada kemampuan.
Tetapi bagaimana Nurul Izzah boleh mengalahkan Nong Chik.? Rata-rata mereka simpati dengan keadaan Nurul Izzah dan mereka percaya dengan menjadi pembangkang mereka akan mendapat bantuan dari kerajaan seperti mana yang dilakukan oleh Nong Chik.
Lihat perbezaan bantuan Negeri Sembilan dan Kelantan secara luaran. Kelantan dibantu dengan pelbagai bantuan infrastruktur malah pusat pendidikan mereka juga berkembang. Kerajaan pusat membantu tanpa ada limit sedangkan di Negeri Sembilan sebuah Universiti awam pun tidak ada. MARA ada di Serting sedangkan di Kelantan, pelbagai prasarana didirikan oleh kerajaan pusat.
Semasa kempen Pru yang lepas, Najib berjanji untuk membuka kampus universiti di negeri utara. Begitu juga sebelum-sebelum ini kerajaan telah banyak membuka peluang dan bantuan kepada orang cina. Sebaliknya pengundian mereka tidak menyokong pentadbiran Najib.
Maka kesimpulannya, menjadi pembangkang lebih baik dari menyokong kerajaan BN jika pendekatan seperti ini masih digunakan. Terus terang aku cakap, seandainya Najib tunduk dengan desakan orang cina dan pembangkang, aku pun nak jadi pembangkang.

No comments:

Post a Comment