Thursday, May 9, 2013

sudah la sudah la....

Aku setuju : sudah la sudah la. Maju ke depan dengan dasar rakyat dan bukan membuli rakyat.
Anwar Ibrahim dinasihat agar bermuhasabah kelemahan diri dan menerima keputusan Pilihan Raya UMUM ke 13, bukannya memperguna rakyat untuk agenda diri dan kerabat.
Saranan pedas ini dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam twitternya sebentar tadi. Ini merupakan tamparan keras kepada Anwar kerana kenyataan ini dibuat ketika Anwar sedang berucapa di hadapan 35 ribu penyokongnya di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini bagi membantah keputusan pilihan raya.
Anwar mendakwa Pilihan raya ini tidak adil dan terdapat banyak penyelewengan. Namun Azmin Ali yang bosan dengan tingkah laku Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak hadir ke majlis tersebut malah menulis di twitternya membantah tindakan Anwar.
Sebagai orang kanan Anwar sejak 1990-an sehingga sekarang, kenyataan Azmin sejak malam tadi yang mengkritik keras tindakan Anwar mahu mengadakan demontrasi baru tentulah sangat memalukan.
Malah Azmin secara terbuka mengingatkan Anwar supaya melakukan muhasabah diri mengapa Pakatan Rakyat kalah dalam pilihan raya kali ini. Azmin turut mengingatkan Anwar agar tidak mempergunakan rakyat untuk kepentingan diri dan keluarga. mykmu

azminali2
tumpu rakyat bukan kerabat.? 

No comments:

Post a Comment