Sunday, May 19, 2013

Taniah Zahid

Undang-undang boleh digubal begitu juga dengan perlembagaan negara tapi cara penggubalannya adalah berbeza. Undang-undang boleh digubal di dewan rakyat dan perlu mendapat 2/3 daripada parlimen. Penggubalan perlembagaan negara berbeza sedikit, walaupun ia sudah diluluskan di parlimen ia juga perlu mendapat kelulusan mesyuarat raja-raja.
Undang-undang ialah akta untuk melaksanakan peraturan manakala perlembagaan lebih tertumpu sebagai panduan terhadap dasar kerajaan atau  lebih tepat perlembagaan negara adalah perkara-perkara yang telah dipersetujui oleh rakyat terdahului bagi membentuk negara yang dipanggil Malaya.
Perlembagaan dibentuk adalah bagi menjaga kepentingan bukan sahaja bangsa melayu tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum. Antara perkara penting yang termaktub didalam perlembagaan ialah keistimewaan orang melayu dan Agama Islam.
Perlembagaan negara boleh dihayati oleh rakyat jika mereka memahami intipati rukun negara. Tetapi malangnya rakyat hari ini secara jelas melanggar undang-undang malah ada yang berani mempertikaikan perlembagaan negara tanpa rasa takut. Hal sedemikian harus dibendung jika kita mahukan negara ini terus makmur.
Semalam Ngeh Koo Ham mempertikaikan tindakan Mca dan menghasut rakyat membenci sultan Johor. Sebenarnya beliau tahu kuasa raja tetapi beliau mengambil kesempatan untuk menguji kesetian rakyat. Biasanya Singapore yang membuat provakasi sedemikian, kini tugas itu telah diambil alih oleh barua mereka.
Mengambil perumpamaan lama, pokok tidak akan roboh hanya kerana beliung tapi kerana hulu beliung itu ialah kayu, maka akhirnya pokok akan roboh. Begitulah dengan bangsa kita. Kalau bukan kerana sebilangan melayu menjadi kitol tidak mungkin bangsa kita akan lemah dan roboh.

Tindakan polis menahan seorang, Adam Aidil dipertikaikan oleh sesetangah pihak adalah kerana beliau adalah sekutu mereka. Kelompok ini amat berbahaya kepada negara kerana mereka membawa revolusi menjatuhkan institusi raja kerana selagi sultan masih di singgahsana, maka adalah sukar untuk mengubah perlembagaan.
Tindakan pihak berkuasa wajar dipuji kerana anak melayu ini secara terang mencabar kerajaan untuk menangkap beliau setelah beliau menghasut peserta perhimpunan agar menggulingkan kerajaan. Tidak adalah istilah kerajaan zalim atau Zahid menunjukkan taring, tapi apa yang dibuat oleh pihak polis adalah selaras dengan undang-undang negara.
Bagi memelihara dan menghormati perlembagaan, rakyat seharusnya berfikir secara rasional dan menolak agenda sesetengah ahli politik yang mahu  kuasa asing campur tangan atau menggulingkan kerajaan melalui simbol tangan yang dipelopori oleh Gene Sharp.

No comments:

Post a Comment