Wednesday, June 19, 2013

Ah jibbor ke Aahh Jub..

Aku setuju dan tidak setuju dengan pendapat RBF tentang Najib. Setuju 10 sebab mengapa BN gagal dalam mendapat 2/3 majoriti, tetapi aku tidak setuju jika beliau menyatakan umno menang kerana Najib. Walaupun dia tidak menyatakan pendirianya, namun penulisannya menyokong dasar Najib.

Umno mendapat undi besar dari orang melayu bukan kerana dasar Najib tetapi orang melayu dalam keadaan tiada pilihan untuk mengundi untuk melindungi negara ini dari kehancuran.

Mengapa sekali lagi Mahathir menyatakan “kita tidak perlu layan pembangkang”.?

Najib mengikut rentak atau tunduk dengan desakan pembangkang. Aku tidak nampak sebarang sebab mengapa SPR perlu diletakkan di bawah jawatankuasa parlimen. Jika Najib ingin melaksanakan, bermaksud kerajaan mengakui pilihanraya yang lepas dijalankan dengan cara penipuan.

Daripada melayan pembangkang, adalah lebih baik Najib mencipta reformasi pentadbiran kerajaan. Ubah kerajaan ini agar lebih dinamik. Pentadbiran kerajaan penuh birokrasi. Banyak masa dibuang jika berurusan dengan jabatan kerajaan. Ada juga jabatan kerajaan yang pantas, tetapi ia hanya sebilangan kecil.

Sebagai contoh kata paneh miang. IC kita dikatakan diantara yang terbaik. Dikatakan IC kita mempunyai cip yang berkeupayaan menyimpan semua maklumat diri. Terbaru, Hishamuddin melancarkan lesen baru ala-ala ic. Secara peribadi, IC biru itu lebih baik kerana tidak mudah rosak jika dibandingkan dengan ic sekarang. Bukankah sepatutnya kita maju ke depan dan bukan undur ke belakang.

Dari segi dasar, Najib juga lebih mengutamakan bangsa asing daripada bangsa sendiri. Mungkin sebab itu Nazir melabelkan Azran sebagai hero kerana mengutuk utusan dan orang melayu. Itu belum lagi orang kepercayaan Najib yang tidak ada jiwa melayu. Kepentingan peribadi tak usah cakap la. Penuh poket mereka dek makan suap.

Najib juga tidak memperbaiki lompong di jabatan kerajaan dan GLC. Sebagai contoh, banyak jabatan dan GLC terutama Khazanah yang aku rasa hanya memihak kepada kroni dan bukan dasar membantu bumiputera. Dah la tu, ramai pengarah atau pegawai kanan daripada jabatan bukan kerajaan ini adalah pembangkang.

Lihat Nur Jazlan, apa dia buat pada UDA? Ada dia kisah.? Perkara seperti ini yang membuatkan orang melayu muak dengan umno. 
Dengan barisan orang kuat Najib, aku percaya PM melayu ini tidak akan mementingkan orang melayu daripada orang cina. Sebab itu dia bangga bilamana anaknya mampu bercakap dalam bahasa cina. Ah Jibbor la katakan……

No comments:

Post a Comment