Wednesday, June 19, 2013

jana pendapatan melalui blog


Semalam semasa di dalam kereta, menyembang dengan orang rumah berkenaan dengan pendapatan online. Dia kata sekarang jual ‘like’ facebook pun boleh dapat duit.

Menurut sumber ada orang jual like mengikut kuantiti. Aku kata ‘iyeke, setahu abang, memang ada group facebook jual artikel dan pendapatan mengikut like. Maksudnya, jika artikel itu banyak like maka pendapatan pun banyak la. Tak, member tu kata, boleh beli like mengikut berapa kita nak.”

Ermmm.. aku no komen sebab aku tak pasti. Tahun lepas memang ada satu syarikat yang datang ofis aku. Satu like satu payung. So aku ada 2 akaun, dapat 2 payung.

Tadi aku, klik pada ranking blog yang ada pada penggempur mutiara. Then aku cari kat google, terklik posting berkenaan dengan Affiliate di denai hati. “ 14,082 klik boleh menjana pendapatan sebanyak RM2,430.” Bagi aku ia cukup banyak.

Pada tahun 1999, aku ada tanya pada seorang student. Apa biz online.? Dia pun terkebil-kebil. Tapi kerana menjaga status mahasiswa, dia pun gebang aku. Camni, contoh kalau kita dah guna www.sydney.com tapi pihak penganjur mahukan domain itu gak maka kita boleh menjual dengan mereka.

Penjelasan ini aku tak boleh terima sebab masa itu aku nampak intenet so powerful walaupun intenet kat Malaysia masih merangkak. Masa tu belum ada blogger, yang ada cuma geocities. Tahun 2002 aku mengikut satu kelas di TPM. Bayar RM 200 kot semata-mata ingin tahu cara nak buat paypall. Tapi, semuanya hangat-hangat tahi hidung. Walaupun penganjur kata, affiliate akan menggantikan google adsense.

Bayangkan berapa banyak pendapatan blogger jika blognya antara blog yang terhebat.? Itu pendapatan dari iklan, jika blogger peliharaan orang politik, maka mereka mendapat dua sumber duit. Wow… tak perlu jual unta mau kaya.

/me nasib baik aku tidak pandai menulis

1 comment:

  1. utk buat duit melalui blog bukan smudah yg kite sangka.terlalu byk kerja yg kite perlu lakukan.bukan setakat buat blog kite sudah menjana pendapatan malahan ianya lebih dr itu.utk buat duit melalui blog kite harus mempuyai sifat tidak berputus asa.kata org putih don't easy to give up when you challenge facing you.kental jiwa and then barula boleh berjaya

    ReplyDelete