Thursday, June 20, 2013

Kalau Pakatan Semuanya Baik

Sebelum ini PA Najib dihentam teruk kerana keputusan pilihanraya yang kurang memberangsangkan. Biasanya PA kepada PM atau MB akan mendapat laba yang besar berbanding dengan ketua bahagian. PA seperti seorang PTD. Kerjanya mudah tetapi kuasanya besar dan ia bebas dikaitkan dengan sebarang kesalahan.
Berbanding dengan ketua bahagian. Labanya kecil tetapi tanggungjawabnya besar. Umum menuding ketua bahagian ialah peragut duit kerajaan. Tapi PA seorang MB jarang dipalitkan dengan isu makan duit rakyat.
Kalah pilihanraya tetapi masih mendapat gaji lumayan

Persepsi ini hanya terhad kepada umno sementara politik pembangkang adalah bersih.
Tujuan utama Saifuddin Nasution dilantik sebagai penasihat MB Selangor adalah kerana untuk menstabilkan politik. Jawatan ini sama taraf dengan Faekah Husin sebagai setiausaha politik menteri besar. Gajinya dikatakan RM 15K sebulan.
“Jambatan antara Pejabat MB dan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri. Tak perlu ada pun sebenarnya. Tapi mana nak bantu Saifuddin dengan RM15k sebulan kalau tidak diwujudkan jawatan yang khusus.
“Memantau program politik YAB Dato’ Menteri Besar Selangor (antara yang disebutkan di dalam Kongres PKR; MB tidak ada strategi politik). Saifuddin akan bantu,”dakwanya.
Selain itu, Saifuddin juga berfungsi memperkukuhkan PKR di seluruh Selangor dengan menjalankan program kaderisasi kepada tenaga muda AMK dan melaksanakan projek khas, melemahkan pengaruh UMNO Selangor yang dinamakan sebagai ‘Ops Selam UMNO Selangor – PRU14′
“Mengatur serangan politik di Selangor. Mencari kelemahan-kelemahan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di seluruh Selangor. Bagi memastikan UMNO Selangor tidak akan ada upaya bangkit semula. Projek khas ini dipanggil sebagai ‘Ops Selam UMNO Selangor – PRU14′.
“Infiltrate beberapa bahagian di Selangor dari dalam. Beberapa pertandingan di peringkat UMNO Bahagian akan turut disusun oleh Saifuddin. Target awal – 5 bahagian. Dibantu oleh dana PKR (dan kalangan orang UMNO yang simpati kepada PKR). Lima bahagian tumpuan: Gombak, Shah Alam, Sabak Bernam, Ampang dan Selayang,”dakwanya lagi. Aidc.
Mengapa umno sahaja yang dituding bobrok sedangkan pembangkang juga sama. Malah secara keseluruhan intipati kongress pkr ialah untuk merompak duit rakyat. Kesimpulanya, wajarkah pembangkang dilabel sebagai parti yang bersih untuk rakyat memilih menggantikan umno.?

No comments:

Post a Comment