Bashar adalah ditaktor seperti Saddam Hussein. Bezanya Saddam adalah puak sunni dan Bashar puak syiah. Kejatuhan Saddam adalah kerana pertolongan puak syiah kerana puak ini merupakan majoriti rakyat Iraq.
Kekejaman Bashar boleh cari sendiri dalam intenet. Walaupun sesama Islam tetapi kekejaman puak ini mengalahkan Israel.
Mengapa hubungan Arab Saudi amat rapat dengan Malaysia. Mungkin kerana kedua-dua negara ini dari Islam Sunni walaupun berlainan mazhab. Aku agak je… Aku ada membaca yang mengatakan Imam Mahdi akan lahir di asia pasifik iaitu dikalangan negara asean. Mengapa.? Kebanyakan negara Islam di Asean ialah sunni dan bermazhabkan Syafie.
Dikatakan (aku tak pasti) Imam Shafie (Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.) adalah pintu perantara mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie adalah antara yang dilihat lembut dan sederhana berbanding dengan mazhab yang lain. Oleh yang demikian, aku rasa orang yang bermazhab ini agak sesuai untuk menjadi pendamai, pencetus kebangkitan dan menjadi ketua umat Islam.
Aku tidak katakan apa yang aku kata benar. Ini rekaan aku je. Tapi jika baca kisah Nabi, Nabi Muhammad ialah seorang yang lembut tetapi tegas, seorang yang penyayang dan oleh kerana keperibadian beliau yang maksum maka umat Islam berjaya dalam perjanjian Hudaibiyah.
Syiah dilarang Malaysia. Tetapi negara tidak bebas dari fahaman ini. Dulu orang syiah tidak begitu menonjol, tetapi sekarang mereka sudah berani memperlihatkan diri. Mat Sabu Syiah.? Aku no komen. Tapi yang pasti Timbalan Presiden Pas ini begitu teruja dengan negara-negara syiah atau.. baca persoalan ini.
Kalau Mesia dalam OIC leh iktiraf Syiah bagaimana pulak dalam Mesia mereka anggap Syiah adalah haram!?
Ayat ini aku petik dari satu blog pembangkang. Persoalan ini sebenarnya agak kompleks dijawab. Ini bukan persoalan agama tetapi lebih menjurus kepada persoalan politik. Malaysia mengiktiraf OIC kerana apa jua mazhab atau puak mereka tetap negara Islam. Tetapi di Malaysia dalam konteks dalam negara, syiah adalah dilarang kerana untuk keselamatan dari segi keharmonian agama dan perpaduan sesama umat. Kedua, ulama Malaysia sudah menetapkan bahawa kita bermazhabkan sunni dan mengikut imam syafie. Para ulama sudah sepakat dalam hal ini, maka tidak timbul polimik ini.
Mengapa Syiah sesat..?google sendiri.
Kalau aku katakan syiah semakin berkembang kerana Pas, ada orang Pas marah. Tapi lihatlah bagaimana pemimpin mahasewel ini yang mengaku dirinya syiah. Banyak perhimpunan yang dibuat oleh pembangkang gambar Ayatollah Khomeini dibawa dan disanjung. Anehnya mengapa Pas berdiam diri dalam polimik ini.?
PUTRAJAYA 18 Jun - Kementerian Dalam Negeri
(KDN) sedia membantu Kerajaan Persekutuan dan negeri menghalang penularan
ajaran Syiah daripada mempengaruhi masyarakat Islam di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
berkata, pihaknya akan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan
perintah yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Hal Ehwal
Agama Islam Negeri bagi mengekang fahaman tersebut.

No comments:
Post a Comment