Aku tekankan bahawa umno ditolak oleh orang cina bukan kerana rasuah tetapi mereka menolak umno adalah kerana mereka mahukan hak orang melayu seperti penghapusan dasar DEB sementara orang Melayu menolak umno kerana mereka dibohongi dengan perlbagai dakyah.
Mereka berpendapat umno itu sekular dan ada juga dikalangan mereka terpedaya dengan erotica Anwar dan ada juga sebahagian daripada mereka tidak ada jati diri atau terpesong dengan budaya kebaratan.
Walaupun melayu di pembangkang mempunyai pemikiran yang berbeza-beza namun mereka mempunyai natijah yang sama iaitu menumbangkan kerajaan umno dengan slogan Asal Bukan Umno (ABU).
#pemikiran melayu pembangkang.
Pada asasnya terdapat dua golongan melayu dalam pembangkang iaitu penyokong Pas dan Keadilan. Penyokong Pas menyokong parti tersebut kerana parti itu dikatakan mendokong Islam. Berbeza pula dengan penyokong PKR yang terdiri dari pelbagai kelompok ideologi. Ada golongan professional yang mahukan perubahan, ada juga yang berfikiran kebaratan seperti LGBT dan ada juga dikalangan mereka suka pada kegiatan ekstrimes.
Melayu Dap…. apa nak dikata pada melayu Dap ini kalau terang-terang parti ini menolak Islam dan mempergunakan bangsa lain untuk kepentingan kaumnya.
Agak unik, mereka mempunyai pendirian dan pemikiran yang berbeza namun mereka boleh duduk bersama. Umpama air dan minyak namun mereka boleh bersama. Bila aku fikir bagaimana situasi ini boleh terjadi, fikiran aku menjadi confuse sehingga tulisan aku menjadi caca merba. ( tak confuse pun bahasa berterabur )
Fikirkan – Pas menolak umno kerana parti ini nasionalis tetapi pada masa yang sama mereka boleh berkerjasama dengan parti yang berteraskan sekular. Sama seperti kenyataan Azhar Idrus 'haram menjatuhkan kerajaan Islam'. Memang betul hadith tersebut tetapi kita harus bertanya kepada diri, tidak haramkah menumbangkan kerajaan sekarang.? kerajaan sekarang bukan Islam.? Islam bagaimana mereka mahukan jika pakatan sendiri tidak ada Islam dalam manifesto mereka. Malah dalam manifesto mereka terang-terang mendokong pandangan pluralisma.
#singkong dan keju
Golongan melayu keju sebenarnya yang memberi jalan kepada orang cina merintis untuk memberontak. Melayu keju tidak ada jati diri atau bahasa mudah mereka seperti kacang melupakan kulit. Tidak timbul isu orang melayu atau kakitangan awam membalas budi kepada kerajaan tetapi sepatutnya mereka perlu bersyukur. Kalau kita seorang yang kaya atau sudah berjaya dengan dasar sedia ada, mengapa kita harus merobohkan "tangga kejayaan" itu..?
"tangga atau tongkat " adalah nikmat yang ada pada kaum kita. Ramai lagi orang yang memerlukan tangga itu untuk mengubah masa depan mereka. Mengapa kita begitu hasad dengan bangsa sendiri.? Jika dasar DEB menyebabkan orang melayu mundur, berapa ramai melayu mundur dengan teknologi yang dibeli atas kemampuan mereka berserta kepakaran yang dimiliki.
Adakah melayu seperti Nazir Razak berhak untuk mengatakan dasar DEB ini mengongkong kejayaan orang melayu.? Memang orang melayu manja kerana dasar ini tetapi fikirkan risiko akan tindakan gelojoh kita. Tanpa kita sedari, risikonya terlalu besar dan kesannya amat mendalam. Itu sahaja yang mampu aku simpulkan.
Perlu ke aku senaraikan kejayaan DEB.?
Kakitangan awam, guru atau melayu di GLC jangan fikir anda bekerja di tempat anda kerana anda bagus atau pandai. Kalau bukan kerana DEB mungkin anda bekerja di kilang kicap atau syarikat yap ah peng yang mendiskriminasikan gaji mengikut kaum. Dan kalau bukan kerana DEB anda tidak belajar di Uitm, UKM atau UM.. Poly atau Mara. Dan kalau bukan kerana Ptptn mungkin ibu ayah juga tidak mampu membiayai pendidikan anda. Seharusnya bersyukur itu adalah lebih baik dari mencemuh.

No comments:
Post a Comment