Aku tidak ada pengalaman atau pengetahuan
politik. Jadi semestinya aku tidak layak untuk menulis startegi politik. Tapi aku
bukan blogger, aku cuma mencatat diari politik dan menulis blog hanya untuk
melepaskan geram.
Persoalan
dalam kepala aku ialah, mengapa prestasi BN hanya dikaitkan 5 orang setpol PM.?
Besar mana kuasa 5 orang ini sehingga hanya mereka sahaja yang dipersalahkan.?
Dimana pemikir umno dan semua ahli MT.? dan dimana suara ahli umno.?
Kalau
halatuju umno@ dasar kerajaan dikepalai oleh mereka berlima, memang umno ini
giler.
Kalau aku
Presiden umno dan PM, sudah semestinya ahli MT menjadi badan penasihat. Pertama
aku harus mendengar cadangan daripada MT dan juga akan membincangkan usul yang
dibawa oleh badan startegik. Sebagai contoh 5 orang setpol ini.
Tetapi
dasar atau tindakan politik aku tidak terhad kepada mereka. Aku harus mendengar
suara rakyat aka suara kedai kopi dan juga pakar-pakar dari akademik dan juga
golongan profosional. Akhirnya aku akan membuat keputusan jika aku dapati ada
satu garis lurus pada satu pendapat dan aku fikir ia logik untuk dilaksanakan
maka aku akan lakukan.
Bulan
lalu Tun Daim ada mengeluarkan kenyataan menempelak cara politik Najib yang
membazir atau bodoh. Secara peribadi aku setuju sangat dengan kenyataan beliau.
Dalam
pertandingan masterchef celebriti musim kedua, cuba perhatikan startegi Celina
dalam pertandingan tersebut. Beliau hanya memfokuskan cara untuk memenangi
sesuatu tugasan agar masakan atau cara beliau memasak tidak lari tajuk.
Begitulah yang diperkatakan oleh Tun Daim tempoh hari.
Fokus
pada pengundi sendiri dan kawasan yang kalah dalam majoriti tipis.Sebagai
contoh, apa nak buang duit dengan membuat ‘pelaburan’ di Penang dan “Kelantan”
dan di kerusi yang mustahil untuk menang. Kan lebih baik kerajaan memfokuskan membantu
kawasan yang dimenangi oleh BN dan bukan mengabaikan seperti sekarang ini.
Jika
Najib terus menggunakan startegi ini, aku yakin sangat, Umno akan mendapat
padah pada pru14. Dikatakan KJ telah
melantik Regina Lee iaitu bekas wartawan Malasysiakini sebagai setiausaha akbar
beliau. Adakah ini politik yang bijak atau new politic ala2 bekas MP Temerloh.?
Jika gaya politik Saifuddin Abdullah betul, sudah pasti beliau mengekalkan
kerusi tersebut. Sebaliknya beliau tewas. Jadi maksudnya gaya politik yang
dibawa oleh beliau adalah songsang.
Selama
ini kerajaan pusat mencuci najis yang dibuat oleh kerajaan Selangor. Najib
fikir dengan projek yang tertera lambang dacing maka rakyat akan menyokong. Ini
pendapat yang dikeluarkan di atas kertas. Orang Selangor tahu pengutan sampah
tidak terurus tetapi mengapa rakyat Selangor masih mengekalkan pembangkang
sebagai kerajaan.
Kerana
mereka tahu, jika negeri ini diperintah oleh pembangkang, maka rakyat Selangor
akan mendapat limpahan projek dari kerajaan BN. Umno akan hidung tak mancung
pipi tersorong-sorong mengemis undi dengan memberikan pelbagai imbuhan. Kalau
tidak percaya, cubalah sembang kedai kopi.
Isu air
di Selangor. Rakyat Selangor percaya cerita versi kerajaan persekutuan atau
kerajaan pusat.? Mengapa umno menggunakan isu ini sedangkan rakyat Selangor
amat menyampah dengan cerita umno. Kebanyakkan rakyat Selangor tidak tahu
kerajaan negeri ada syer dan kuasa untuk membekukan budget capex. Dengan
manipulasi ceramah pembangkang, rakyat Selangor telah beranggapan bahawa
kerajaan pusat cuba untuk menganiaya rakyat Selangor dengan projek Langat 2.
Walauapapun,
aku rasa jika orang cina mengundi dengan rasional, BN sebenarnya mampu untuk
mendapat majority 2/3. Tetapi apakandaya, kerana orang cina yakin mampu menumbangkan
melayu maka mereka sebulat suara telah menolak BN.
Apapun,
Najib juga perlu bertanggungjawab ke atas kelemahan-kelemahan yang nyata.
Beliau lebih percayakan orang yang bersikap gunting dalam lipatan dalam politik
beliau. Kalau kita sebagai rakyat boleh merasai adanya musang berbulu ayam ini,
mengapa beliau tidak dapat menghidu musang ini.
Jadi,
terpulanglah kepada Najib samada beliau hendak berubah atau tidak. Aku sebagai
rakyat hanya ada kuasa 5 tahun sekali.

No comments:
Post a Comment