Saturday, March 30, 2013

aku akan undi BN


Kalau esok pilihanraya, aku nak undi sape.?
Sebelum ini, ada ketika aku buat keputusan undi pembangkang dan ada masanya aku akan undi BN. Pada kebiasaan piliharaya, Dun aku bg BN tapi parlimen aku akan undi pembangkang. Tapi pru yang lepas semua undi aku pada pembangkang.
Untuk kali ini mungkin semua undi aku untuk BN.
Walau aku ahli Umno, pandangan tentang sesuatu isu politik aku akan hadam. Akhbar atau penulis blog ada pandangan masing-masing mengikut kiblat parti mereka. Malah ramai penulis blog ada kepentingan peribadi malah ramai dikalangan mereka tulisan mereka berbayar. Jadi tak perlu la nak tarbiyahkan aku untuk undi sape.
Mengapa aku nak undi BN..?
Susah aku nak terangkan dengan bentuk penulisan. Tapi untuk ringkasan aku tak percaya pada orang politik walaupun dia berserban panjang. Contoh, ramai penyokong Pas masih percaya bahawa Pas mahu melaksanakan hudud. Sebab apa..? sebab ramai pemimpin mereka (berserban panjang ) masih menipu bahawa Pas akan melaksanakan hudud.
Cuba kita lihat PKR..? Siapa pemimpin PKR..? Mereka semua orang BN. Jadi apa bezanya PKR dengan BN..? Itu belum cerita laki bini, anak beranak jadi pemimpin parti… aduhaii…. Sakit kepala mikir….
Cuba kita lihat politik licik Dap. Kalau pengundian parti pun boleh ditentukan, tidak terfikirkah kita bahawa mereka ini lebih diktator dari Umno..? Yang paling lawak ialah jawapan ketua menteri tentang kos terowong dasar laut. “ Salah taip..?” ia bukan lawak bodoh tapi edisi kantoi.
Kesimpulan dari contoh paling mudah ini hanya satu. Penyokong pembangkang akan merima apa sahaja pemimpin mereka buat. Kerana apa jadi camtu… aku pun tak tahu. Kalau aku fikir dan terus fikir, boleh jadi gila dibuatnya.
/me bersih sangat ke pembangkang ni.? Kalau tender 6 ribu pun disebat… takan la tak ambik komisen projek berjuta.

Thursday, March 28, 2013

betul ke nurul..?


Dari segi keluasan bilik, jenis pc, pattern bilik, jenis dan warna kerusi tetamu, meja kecil memang sama. Tak tahu la kalau kebetulan semua bilik pensyarah kat univerisiti sama. Tapi yang pasti isu ini dimulakan oleh orang PKR sendiri... hahahaha... 







Wednesday, March 27, 2013

Sape Dalang Video Nurul Izzah.?


Dr Syed Husin Ali tahu mengenai perkara ini dan beliau tentu faham maksud saya. Kita tinggalkan perkara ini dahulu, sementara waktu, melainkan jika Tian Chua mahu berterusan mengasak saya - Malaysia Today, 6 Mei 2012



alt

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail cukup TIDAK BIJAK dengan menggunakan TAKTIK JAHIL mendakwa UMNO adalah dalang disebalik pendedahan video seks yang didakwa melibatkan puteri kesayangan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah.

Cukup tidak bijak malah Saifuddin Nasution Ismail sebenarnya MELETAKKAN PISTOL betul-betul di kepala Anwar Ibrahim. 

Katanya, video tersebut memaparkan watak yang menyerupai Anwar manakala gambar statik pula seakan-akan anaknya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden parti itu. "Video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku seks," ujarnya. - KLPOS, 26 Mac 2013

Tidak perlu sebenarnya Saifuddin Nasution Ismail menuding jari terhadap UMNO kerana JAWAPAN SEBENAR SUDAH LAMA BERADA DALAM TANGAN DAN GENGGAMAN RAJA PETRA KAMARUDDIN.

Sebelum melangkau lebih jauh lagi, rakyat di ajak untuk membaca dan meneliti artikel yang ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin pada 6 Mei 2012.


Shall we talk about that Malay girl, the daughter of an opposition leader, who Tian Chua made pregnant and later had to have an abortion to get rid of the unwanted baby? I do not want to mention her name so as not to shame the girl or her father. Dr Syed Husin Ali knows about this matter so he is aware of what I am talking about. So let’s leave it at that, at least for the meantime, unless Tian Chua or Malaysia Chronicle a.k.a Suara Tian Chua wants to take this to the next level. 

Boleh kita berbicara tentang gadis Melayu itu, anak kepada pemimpin pembangkang, yang Tian Chua buntingkan dan kandungannya digugurkan untuk menutup malu? Saya tidak akan memberitahu nama atas dasar tidak mahu memalukan gadis tersebut dan bapanya. Dr Syed Husin Ali tahu mengenai perkara ini dan beliau tentu faham maksud saya. Kita tinggalkan perkara ini dahulu, sementara waktu, melainkan jika Tian Chua mahu berterusan mengasak saya .

Artikel penuh, klik DI SINI.



Semuanya bermula dari Cinapek Haram ini, ahli parlimen Batu ...


Raja Petra Kamaruddin menyerang peribadi Tian Chua setelah ahli Parlimen Batu ini (yang juga merupakan penilik portal Malaysian Chronicle) terlebih dahulu menyerang peribadi Raja Petra Kamaruddin dan mengisytiharkan perang secara terbuka terhadapnya.

Akibat terlalu marah, Raja Petra Kamaruddin telah menulis sebuah artikel di atas bagaimana Tian Chua telah didakwa MEMBUNTINGKAN seorang anak gadis Melayu VVIP yang juga dari kalangan pemimpin pembangkang.

Malah Raja Petra Kamaruddin juga mendakwa Tian Chua telah MENGARAHKAN anak perempuan pemimpim pembangkang ini MENGGUGURKAN KANDUNGAN. Dr Syed Husin Ali, mantan Timbalan Presiden PKR dinamakan sebagai penama yang terlibat tahu mengenai dakwaan Raja Petra Kamaruddin.

Cerita panas ini cukup kuat bermain dalam kem PKR. Ramai dalam kem PKR ingin tahu siapakah gadis Melayu, anak VVIP pemimpin pembangkang yang dimaksudkan oleh Raja Petra Kamaruddin.

Maka terpacullah satu nama gadis Melayu yang sinonim dan sentiasa bersama dengan Tuan Chua (walaupun kini tidak lagi nampak bersama akibat PENDEDAHAN PANAS Raja Petra Kamaruddin).

Guess Who ? ...


Lu memang celaka Raja Petra Kamaruddin ... Lu punya taik, UMNO yang kena.

Raja Petra Kamaruddin menjadi panik, panik tak tentu hala ... 

AKIBAT ARTIKEL BELIAU SENDIRI, nama Nurul Izzah mula dikaitkan dengan Tian Chua yang didakwa telah membuntingkan gadis Melayu malah mendesak digugurkan kandungannya.

Raja Petra Kamaruddin mula melakukan 'spin' dan pembohongan dengan menuduh UMNO sebagai dalang kononnya ada video seks membabitkan Nurul Izzah. 


Raja Nong Chik Zainal Abidin mahu bertanding di kawasan Parlimen Lembah Pantai. Walaubagaimanapun, beliau khuatir penyandang kerusi ini, Nurul Izzah Anwar, akan menewaskan beliau dengan teruk. Beliau tidak mahu bertanding menentang Nurul Izzah. Raja Nong Chik mahu Nurul Izzah keluar dan bertanding di kawasan lain. Untuk memaksa Nurul Izzah meninggalkan Lembah Pantai, Raja Nong Chik telah mengugut Nurul Izzah. Beliau akan mendedahkan gambar dan rakaman video 'salah laku seks' Nurul Izzah. Dan lelaki yang dimaksudkan adalah Tian Chua.

Artikel ini dipetik dari portal Raja Petra Kamaruddin, klik ALLOW ME TO GLOAT TODAY



Kegagalan Raja Petra Kamaruddin MEMFITNAH Raja Nong Chik Zainal Abidin dengan isu Istijuara Sdn Bhd yang telah menerima Surat Niat (Letter of Intent) dari Kementerian Belia dan Sukan(KBS) pada 18 Julai 2006 untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor mengakibatkan beliau CUBA MENGAITKAN VIDEO SEKS MEMBABITKAN NURUL IZZAH.



Raja Nong Chik hanya mula membeli saham di dalam syarikat berkenaan dan meletakkannya di bawah nama anak beliau pada tahun 2007. Pada masa ini, Raja Nong Chik masih belum dilantik menjadi Menteri dan bukan Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai.

Adakah rakyat sudah nampak kaitan VIDEO SEKS KONONNYA MEMBABITKAN NURUL IZZAH dengan RAJA PETRA KAMARUDDIN ?

Raja Petra Kamaruddin yang telah memulakan dahulu dakwaan seorang gadis Melayu, anak kepada pemimpin pembangkang VVIP, yang Tian Chua BUNTINGKAN dan KANDUNGANNYA DIGUGURKAN untuk menutup malu akibat fitnah yang dilemparkan.

Raja Petra Kamaruddin timbulkan pula isu video seks kononnya membabitkan Nurul Izzah.



Rasanya Anwar Ibrahim tidak perlu pergi terlalu jauh untuk membabitkan UMNO keranaJAWAPAN SEBENAR SUDAH LAMA BERADA DALAM TANGAN DAN GENGGAMAN RAJA PETRA KAMARUDDIN.

Jika benar sekalipun ada video seks kononnya membabitkan Nurul Izzah, Anwar Ibrahim hanya perlu menelefon Raja Petra Kamaruddin kerana beliaulah yang memulakan propaganda dan fitnah ini.

Tidak perlulah menuding jari terhadap UMNO ...

Dan untuk Anwar Ibrahim ... tidak perlulah menggunakan anak sendiri untuk MENGALIH PERHATIAN dari sindrom MENTAL TORTURE dari Papa Gomo



Sesiapa pun tidak boleh menafikan Anwar Ibrahim adalah manusia di dalam video tersebut. Anwar Ibrahim pun TIDAK PERNAH menafikan bukan beliau dalam video tersebut.

Anwar, Lu taliponlah Raja Petra Kamaruddin minta video seks Nurul Izzah ... tutup cerita. 


Gelombang Wangsa Maju

Seribu Janji


Cerita Khalid Ibrahim nak bubar Dun Selangor bukan baru. Kata nak bubar tapi tak bubar pun. Kalau nak bubar Dun pun macam koling, apa la jaminan mereka akan melaksanakan manifesto pilihanraya ? Kata nak hapuskan tol tapi buat terowong ada tol. Kalau janji nak hapuskan tol pun tak betul… ini kan pula, janji belajar percuma, semua cukai turun dan seribu macam janji yang mereka tawarkan.
Cuba check balik apa janji manifesto Pakatan rakyat pada Pru12. Dah bagi elaun suri rumah.? RM50 setiap anak yang dihantar ke taska.? Itu belum janji yang dijaja dalam setiap ceramah… seribu janji mereka ada.
Disebabkan Dun Negeri Sembilan akan terbubar pada tengah malam esok, jadi aku rasa esok Najib akan membubarkan parlimen. Sebab itu hari ini Khalid Ibrahim membuat kenyataan Dun Selangor akan dibubarkan hari ini atau esok. Gimik politik entah apa-apa..
Isu terkini ialah isu video Nurul Izzah. Tidak ada angin tiba-tiba kem mereka dilanda ribut. Aku tak faham, semua benda kesilapan mereka dilemparkan kepada umno. Kalau Anwar tu suci sangat tak mungkin timbul keraguan terhadap beliau.
Setahu aku, semasa Nurul Izzah belajar, memang ada cerita ‘panas’ tapi tidak la sampai ada video. Kontrak seorang Dr. tidak disambung dan pihak universiti memang ada membuat arahan kepada semua staff tentang peraturan-peraturan apabila berurusan dengan pelajar.
Kesimpulanya, jika video tu keluar kepada tatapan umum biar rakyat yang tentukan kesahihanya. Bukan main tuduh sana sini.
Untuk Saifuddin…. Suruh Anwar saman Datuk Trio dulu dan jangan lupa bersumpah bahawa beliau bukan gay dan bukan beliau yang sondol pantat cina doll tu.


Friday, March 22, 2013

Papa Homo Vs Papa Gomo


Tanya sama Anwar
Apa sebab runsing
Nanti jawab Anwar
Gomo bikin pening



Hik Hik Hik…. Ketika ini, semua jentera pakatan menyerang PapaGomo. Ibarat kata Rbf, PapaGomo setaraf calon PM. Low class punya pembangkang….. kata media tak adil... tapi bila diajukan soalan tak berani nak jawab..... ho ala.....




Thursday, March 21, 2013

berundur laa....


Keluasan Singapura dan Brunei adalah jauh lebih kecil dari Malaysia dan Indonesia. Tapi dari segi nilai kekayaan negara, mereka adalah negara terkaya di dunia. Umum mengetahui kekayaan Brunei dihasilkan dari minyak yang banyak dan faktor rakyatnya yang sedikit. Tapi kekayaan Singapura agak menarik kerana kekayaan negara itu bukan dari hasil bumi tetapi ia dihasilkan melalui perdagangan.
Oleh kerana aku tidak pernah membaca ekonomi, secara jujurnya mungkin kejayaan Singapura adalah kerana pemimpinya. 

Singapura ini ialah negara interport. Mereka bukan pengeluar tapi mampu menjual barangan. Singapura ini boleh diumpamakan sebagai sebuah perniagaan trading  iaitu import dan eksport kembali barangan tersebut. Bahasa mudah, Singapura ini ialah lintah darat. ( harap kefahaman aku tentang basic ekonomi tak silap).
Jika Singapura berjaya dalam perdagangan enterport mengapa Malaysia bersusah payah belajar membuat kereta sedangkan pendekatan perniagaan ini terbukti berjaya ?
Untuk aku tidak jawapan tapi jika ditanya akal, Singapura ini ialah anak Israel. Senat Amerika boleh beri kelulusan penjualan senjata penting kepada Singapura tetapi tidak kepada Malaysia. Mungkin sebab itu pesawat pejuang kita (Mig29 dan MKM) dibeli dari Rusia. Oleh kerana Malaysia ini pandai bermuka-muka, senjata Malaysia diwarnai dari pelbagai negara termasuk Hornet yang mengembom lanun sulu. Yea kalau ada duit semua benda kita boleh beli tapi kita jangan lupa, pembelian melibatkan senjata ketenteraan, ada istilah embargo.
Semua negara, Allah berikan kelebihan. Gurun dianugerahkan minyak, bukit bukau penuh dengan hasil balak, pantai yang cantik boleh menjana ekonomi. Hakikatnya maju atau mundurnya sesebuah negara bermula dari kebijaksanaan rakyatnya untuk memilih pemimpin.
Indonesia mundur bukan kerana perut buminya kosong tapi mundurnya negara itu kerana korupsi yang berleluasa. Walau rasuah di Malaysia tidak seteruk negara tersebut, tapi elemen itu tetap ada.
Jika orang umno rasuah adakah pembangkang bersih.? Kalau pemimpin PKR adalah sisa Umno, adakah tok lebai Pas tidak mendapat projek-projek kerajaan.?
Sepatutnya selepas pilihanraya negeri yang lalu, ketua menteri Sarawak bertukar tangan. Tapi malangnya Abdul Taib Mahmud masih berkuasa. Politik di Sabah dan Sarawak bukan seperti di Semenanjung, jadi adalah lebih baik rakyat Sarawak sendiri yang menentukan apakah yang sepatutnya mereka lakukan.
Mungkin clip video ini memberi sedikit inspirasi untuk rakyat Sarawak.




Wednesday, March 20, 2013

wajah



Walau air mata ini hampir tertumpah, hati ini sering berbisik. Jangan dikenang kisah yang sudah berlalu. Allah menguji kita dengan pelbagai dugaan untuk kita menjadi manusia yang tabah dan lebih beriman. Yang penting jangan sesekali kita berputus asa untuk keluar dari keperitan itu.

Kehidupan sekarang sudah jauh berubah. Secara peribadi aku amat kagum dengan Tun Mahathir. Bukan kerana dia membuat KLCC atau putrajaya, tapi kesungguhan beliau dalam menghapuskan airmata kesusahan rakyat terdahulu.

Pernah menyarankan kepada pakcik aku untuk mengundi pembangkang. Sambil membancuh kopi, pakcik aku menasihati “ kau tak tahu macam mana susahnya dahulu. Kalau kau ada hati, lihat belakang, lihat sekarang dan cuba lihat masa depan.”

Aku sedar, ramai yang membenci beliau terutama penyokong pembangkang. Walau dilabel mahafiraun, mahazalim tapi beliau tidak pernah patah semangat. Ada suara nakal yang menyatakan beliau masih aktif kerana anaknya atau takut dengan Anwar akan membongkarkaan kezaliman beliau selama ini.

Sebagai negarawan, tidak mungkin Anwar akan berjaya menyelongkar laci pentadbiran Tun. Hanya orang yang taksub dengan omongan politik sahaja yang terpedaya dengan pandangan seperti itu.

Memang benar, pengalaman kehidupan aku lebih muda dari sebilangan besar penyokong pembangkang dan kehidupan aku tidaklah seperit mereka. Sebab itu aku tidak layak menasihati orang yang lebih tua dari aku tentang kehidupan.

Setiap orang ada pendirian dan kita wajar mendengar setiap pandangan walaupun ia berbeza dengan pendapat kita. Pebezaan itu sebenarnya bergantung dari sudut mana kita lihat. Sebagai contoh, ada seekor gajah dan 3 orang yang matanya tertutup. Sahabat pertama memegang kaki gajah, dia akan rasa gajah itu sebatang pokok. Sahabat kedua jika kita memegang telinga gajah akan merasakan gajah itu kipas begitu juga dengan sahabat yang ketiga yang memegang belali, dia akan menyatakan gajah itu tali kapal.

Apa yang aku harapkan hanya satu, kedamaian dan nilai kemakmuran akan kekal. Biar kita berbeza pandangan tapi jangan sampai kerana politik negara kita musnah. Biarlah derita yang lalu tidak berulang kembali. Biarkan ia menjadi sejarah orang-orang terdahulu.

Tuesday, March 19, 2013

anwar.. anwar



Hahahaha… tak tahu nak cakap apa. Kalau lah orang yang tanya tu repoter utusan.. sure “ u ulang i saman. ” wakakakka….


Nik Aziz Tak Kisah Anwar Gay boy..?

Aku tak tahu nak bermula dimana. Tapi perkara pelik ini yang membuatkan aku menolak pembangkang.

Aku cuma boleh ringkaskan, penyokong pembangkang adalah manusia yang pelik. Lebih pelik dari hairan bin ajaib. Nak kata bodoh, mereka belajar tinggi. Kalau lepasan master aku tak pelik lagi… tapi kalau prof pun lebih kurang sama dengan penulis blog suarapakatanrakyat… aku tepuk dahi. Hujahnya sekadar hujah tepi jalan. Nasib baik dorang bos2… pengurus, pengurus kanan, professor, engineer.

Sekarang aku lebih suka lepak dengan bekas2 sarjan… armor ada, arteleri ada, pegawai waran I,II atau CBO ( klu tak silap aku satu pangkat dalam TLDM tahun 60an atau 70an) atau pegawai simpanan TLDM ( klu negara ada kecemasan beliau boleh menjadi komander kapal ) malah ramai lagi staff pejabat aku adalah pegawai askar wataniah.

Tak percayakan, dalam satu syarikat staff mempunyai pelbagai latar belakang, tentera ada, juara sukan peringkat dunia ada…. Malah pada satu hari raya, aku diberitahu oleh sepupu ipar isteri ( baru kenal ),  Encik Hasnan sakit parkinson adalah salah seorang panel/jawatankuasa elekrtonik kebangsaan.

Tutup cerita itu… apa yang aku nak notakan ialah… hairan bin ajaib.

AGAMA.
  • Penyokong Pas kata mereka memperjuangkan Hudud tapi pada masa yang sama PKR menolak agenda Pas. Macam mana orang Pas boleh mengkafirkan umno tapi tidak mengkafirkan orang PKR atau penyokong Dap..?
  • Kenapa prof yang bijak pandai masih yakin dengan Pas untuk menubuhkan negara Islam atau hudud sedangkan kerusi yang ditandingi tidak cukup syarat untuk menjadi parti dominan..?
  • Bayangkan, kalau pilihanraya masih terjadi pertandingan sesama mereka, mampukah Pas membentuk negara Islam..?
Aku pernah tanya seorang penyokong Nik Aziz…. ( Pegawai HR Kumpulan ).

Kenapa Islam tu nampak kat Kelantan je…. Selangor ni macam tak je.. Dia jawab, Selangor tu PKR. Then aku tanya balik…. Bukankah PKR tu pun pakatan…. Takan la Islam hanya di Kelantan, bukan di Selangor, Penang atau Kedah..? 

Pelik bukan…. Kata nak buat negara Islam… tapi Islam hanya di Kelantan.

Ok aku merajinkan diri copy paste dari kenyataan penyokong mereka.


Tapi pada masa yang sama


Nampak tak..? Satu tak kisah tapi pada yang sama terdapat penyokong mereka mengkafirkan umno. Dan yang lebih hebat lagi........ apa yang dimaksudkan "tempang" oleh Nik Aziz..? Kalau Anwar itu gay sekalipun tapi sebab dia cerdik, kita terima dia la.

Monday, March 18, 2013

Rabbighfirli



                                                                       Rabbighfirli
                                                         Tuhanku, ampunilah daku

                                                                        Warhamni
                                                      rahmatilah daku (sayangilah daku)

                                                                        Wajburnii

                                                        tutupkanlah keaiban diriku

                                                                         Warfa'nii
                                                       Tinggikanlah darjat hambamu ini

                                                                         Warzuqnii

                                                               berikanlah daku rezeki

                                                                         Wahdinii
                                                             berikanlah daku petunjuk

                                                                         Wa'Aafinii
                                                                   sihatkanlah diriku

                                                                        Wa'fuannii 
                                                         maafkanlah hambaMu ini



Ya Allah..begitu dalam maksudnya..itu hanya baru dibeberapa patah kalimah...sedangkan hambamu ini terkadang solat pun dihujung waktu, membaca kalimah dlam solat pun macam orang nak masuk pertandingan lumba lari..sedangkan makna yg tersirat di sebaliknya begitu tinggi nilainya..

Astaghrafirullhala'zim

Saturday, March 16, 2013

Friday, March 15, 2013

Aisehh.. Lanun sulu roger Bambang..

Sultan Sulu Muizul Lail Kiram mengaku sangat frustasi terhadap konflik perebutan Sabah dan Serawak dengan Malaysia. Sebab itu, dia meminta bantuan Indonesia buat merebut kembali wilayah di utara Pulau Kalimantan itu. 

"Saya akan menyerahkan kedaulatan Sulu kepada Indonesia asal Indonesia mau membantu mengembalikan Sabah dan Serawak kepada kami," kata Sultan Muizul. Dia mengoreksi namanya bukan Sultan Mudarasulail Kiram. 

Menurut dia, Mudarasulail adalah orang mengklaim sultan Sulu. Aslinya dia bernama Faizal Abdul Naim, warga negara Malaysia asal Malaka. 

Berikut penuturan Sultan Muizul Lail Kiram saat dihubungi Faisal Assegaf darimerdeka.com melalui telepon selulernya, Kamis (14/3). 

Jadi apa rencana Anda selanjutnya?

Saya hari ini ada di Ibu Kota Manila. Mungkin besok saya akan bertemu Presiden Benigno Aquino III. Saya akan minta kepada dia untuk segera mengakhiri konflik di Sabah Saya yakin Presiden Aquino akan menanggapi permintaan itu karena orang Sulu warga Filipina. 

Anda jadi minta bantuan kepada pemerintah Indonesia?

Saya tidak punya akses ke sana, tapi saya mendesak saudara kami di Indonesia untuk segera membantu kami. Saya memohon kepada Yang Mulia Presiden Indonesia (Soesilo Bambang Yudhoyono) untuk menolong kami. 

Kenapa Anda minta bantuan kepada Indonesia?

Saya kemarin (dua hari lalu) melihat dokumen perjanjian Mafilindo, isinya pemerintah Indonesia berkomitmen terhadap Sabah dan Serawak. 

Lalu apa tawaran Anda buat pemerintah Indonesia?

Saya ingin bergabung dengan Indonesia. Saya akan menyerahkan kedaulatan Sulu kepada Indonesia asal Indonesia mau membantu mengembalikan Sabah dan Serawak kepada kami. 

Bukankah lebih baik bergabung dengan Malaysia?

Malaysia munafik, sedangkan Indonesia berkomitmen terhadap nilai-nilai Islam. 

Bukankah Islam agama resmi di Malaysia, sedangkan di Indonesia ada lima agama lain selain Islam diakui?

Islam di Malaysia hanya sekadar kata-kata tapi perbuatan mereka tidak Islam. 

Anda kedengarannya frustasi?

Saya memang frustasi karena itu saya sangat mengharapkan bantuan dari Indonesia.

merdeka.com

Wednesday, March 13, 2013

Al Fatihah


Al FATIHAH untuk Allahyarham Ahmad Hurairah Bin Ismail.



Hanya termenung bila mendengar seorang lagi anggota keselamatan kita gugur dalam serang hendap tentera penceroboh pagi tadi. Tak tergambar, kesedihan seorang ibu bapa atau keluarga yang kehilangan seorang anggota keluarganya. Mudah untuk kita mengucapkan tapi hakikat untuk menerima dugaan Ilahi, ia perlukan iman yang kukuh untuk kita lebih sabar dan tabah.
Bayangkan kita ayah kepada perwira tersebut.? Bayangkan suami kita yang gugur..? Bayangkan kita sendiri di medan pertempuran. Bayangkan la…  jangan asyik tekan keyboard dan menghentam mereka yang berjuang mempertahankan keamanan.
Aku amat-amat-amat kecewa dengan sebilangan sikap rakyat Malaysia yang tidak pernah rasa bersyukur. Mereka bukan sahaja memperkecilkan keupayaan tentera kita malah ada yang memperlekehkan tentera kita di medan pertempuran.
Lebih  malang bila ada anggota keselamatan kita sendiri juga tergolong dari golongan orang yang tidak mengsyukuri nikmat keamanan. Sepatutnya orang-orang seperti ini diletakkan barisan hadapan. Biar mereka merasai sendiri  nikmat‘sandiwara’ pencerobohan pengganas sulu ini.
Politik ada batasnya, tapi sekarang kita terlalu berpolitik sehingga semua perkara hendak dipolitikan. Tentera kita bukan robot atau autobot… tapi tentera kita adalah manusia seperti kita yang mati dan tidak akan kembali. Mengapa kita harus memperlekehkan mereka.?
Kalau negara kita berperang, bukan Najib sorang je yang melarikan diri… Anwar Ibrahim pun cabut lari laaa….. tolong la jangan jadi bebal sangat.
Apapun, kita sebagai seoran Islam wajib redha dengan pemergiannya sebagai seorang perwira yang mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Thursday, March 7, 2013

suarapakatakanrakyat


Aku memang suka sembang politik tapi tidak sampai bebal sehingga semua benda hendak dipolitikan semata-mata untuk memenangkan sesuatu parti. Aku rakyat yang tidak ada kepentingan politik jadi aku menyembang pun sebagai rakyat.
Aku akui aku tertarik dengan suarapakatanrakyat. Walaupun blog tu baru setahun jagung tapi blog itu menggamit aku untuk membacanya. Aku dapat rasakan, penulis bersungguh2 untuk menaikan ranking traffic dengan pelbagai hujah walaupun bila aku baca hujahnya tidaklah sehebat blog2 yang ternama.
           Untuk nota, blog ini bukan blog untuk orang membaca jauh sekali mencari ranking… tapi sekadar nota aku untuk hari2 akan datang. Jadi bila ada yang sesat membaca, tak perlu komen.
Tertarik bukan dengan isi kandungannya tapi tertarik dengan…… cuba nilaikan sendiri..
  1.      Kecil hati kerana tuduhan UMNO/BN bahawa Anwar adalah orang yang terlibat dalam hal ini melalui kerjasama dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari.
  2.  Gesaan supaya perbincangan meja bulat antara pemimpin kerajaan dan Pakatan Rakyat bagi membincangkan perkara ini ditolak mentah-mentah.  Sedangkan ramai melihat kejadian pertumpahan darah dapat dielakkan kalau pemimpin Pakatan Rakyat dilibatkan dalam perbincangan dengan pihak Kesultanan Sulu.
  3.     Untuk menjaga hubungan akrab antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan pihak-pihak berkaitan di Filipina, antaranya Nur Misuari sendiri memandangkan isteri Nur Misuari juga adalah antara yang menuntut hak Kesultanan Sulu ini. 

Kecil hati..? hujah bertaraf lawak antarabangsa. Sebagai pemimpin yang dikatakan bakal memimpin negara dan pemimpin yang dikatakan pemimpin agung, pemimpin yang baik, pemimpin yang jauh lebih baik dari pemimpin umno sepatutnya mereka bersama rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk memberi penghormatan. Tapi… heran bin ajaib.. mengapa hanya Khalid Ibrahim yang datang memberi penghormatan. Dimana Hadi Awang.? Dimana Anwar..?
Aku nak kata penulis ini bebal… kang dia marah. Tapi cuba kita kaitkan hujah pertama dan ketiga. Nampak sangat bebalnya. Anwar kecil hati kerana dikaitkan dengan pencerobohan yang didalangi Nur Misuari. Tapi pada masa yang sama mengakui Anwar mempunyai hubungan yang akrab dengan Nur Maisuri. Lol….
Jadi tidak salah kalau ada yang menyakat Anwar adalah dalang yang mendalangi pencerobohan di Sabah. Kalau kita baca AIDC, Anwar menafikan lawatan Tian Chua ke Filipina 2 hari sebelum pencerobohan ada kaitan tentang isu tersebut..? hehhehe… boleh percaya ke cakap orang politik..? keh keh…. kena lak Tian Chua... sume orang tahu siapa Tian Chua

Wednesday, March 6, 2013

ATM melampau..?

Aku tidak berminat mencampuradukkan isu keselamatan dengan politik. Untuk sekarang biarlah pihak keselamatan yang menyelesaikan misinya terlebih dahalu. Selepas itu,  baru kita hukum siapa sebenarnya dalang disebalik pencerobohan ini.
Aku kecewa dengan dua penulisan yang dangkal pemikiranya. Artikel pertama ialah dari suarapakatanrakyat.
Adakah ia wajar?  Inikah yang dinamakan ‘jantan’?
Laman ini melihat, penggunaan semua persenjataan berkuasa tinggi ini sekadar membuktikan kerajaan Malaysia ini pengecut kerana menggunakan kekuatan udara yang tidak dimiliki tentera diraja Sulu untuk menghapuskan mereka.

Peperangan ini bukan pertandingan seperti tinju yang mengikut kategori untuk menjadikan sesuatu pertanding itu adil. Semua negara memang tidak mahu askarnya terbunuh. Jadi tidak salah ATM menggunakan jet untuk memusnahkan penempatan musuh. 
Jika dia berhujah mengapa tidak sahaja menggunakan PT91.?
Semua orang tahu pihak ATM sudah mengkaji sedalam2nya tentang sesuatu operasi. Mungkin pihak ATM tidak mahu mengambil sebarang risiko kerana penceroboh memiliki RPG yang mampu memusnahkan kereta perisai ataupun MBT. Disamping itu, penceroboh bukan sebarangan penjenayah. Mereka bukan perompak kedai emas, tetapi penceroboh adalah militan yang terlatih dan berkemungkinan mempunyai senjata berat.
Kalau serangan kita dikatakan melampau kerana menggunakan senjata berat, nak tanya… satu je soalan… dah tau tebuan itu boleh menyengat kenapa sarang tebuan itu nak dijolok..? Kalau aku panglima perang… bukan 5 batalion.. aku hantar 10 batalion terus….. sebab aku mampu.
Nak runding apa lagi kalau dah 8 orang anggota polis dah mati..? Kita yang clik2 depan komputer menulis macam bagus sangat. Suruh masuk askar tak nak…. Tapi berlagak macam bagus. Sibuk mengira  kos sana sini.
Artikel kedua ialah dari greenboc. Dia seperti menyokong penunjuk perasaan di Filipina hanya kerana mereka membakar poster Najib. Orang macam ini pun ada. Kalau yea pun tak sokong Najib tapi takan la sampai nak sokong penceroboh plak…
Terbukti ke Najib dalang dalam serangan ini..? Keluar hadis berjela2… tapi hati itu langsung tak bersih. Cet….
Kenapa aku menulis…? Sebab ini luahan perasaan aku. Aku baru je menyembang dengan 3 orang yang mengatakan pencerobohan ini konsipirasi Najib. Brother itu hanya clik2 telefon… baca Malaysiakini harakah dan blog2 pembangkang. Dia dah rasa macam dia tau semua tentang perjalanan pencerobohan ini. Malah kalau menyembang, ibaratnya dia lebih tau dari orang lain. Macam la orang lain tak membaca. Hua hua….
Aku takde la infomer bukit aman… tapi aku tau gak misi2 polis kat sana. Untuk apa kita dedahkan kepada umum kalau pendedahan itu boleh menjadi senjata musuh. Memang aku ada la kenal beberapa SB...tapi untuk apa kita dedahkan rahsia yang sepatutnya rahsia tetap rahsia..
/me kekadang kita rasa kita lebih tahu dari orang lain… kekadang kita rasa kita lebih hebat dari orang lain sehinggakan kita selalu lupa bahawa manusia ini tidak ada yang sempurna. Allah jadikan manusia ini punya kelebihan masing2.