Pemilihan CEC Dap dirancang oleh Lim Guan Eng, pemilihan Pkr dirancang oleh Anwar. Now mereka mencari salah SPR. Aku tak kata, chegubard yang kata, “ now u hilang kredibiliti bercakap pasal demokrasi. ”
Tuesday, April 30, 2013
Allah beri kita rezeki tapi kita kena usaha
Gaji kerajaan yang bayar bukan duit rakyat
Memang bukan
sahaja rezeki malah galaksi alam adalah milik Allah. Tidak ada yang menidakkan
kekuasaanNya kecuali orang kafir.
Secara total aku
tidak la kata pembangkang tidak baik dan BN itu baik. Dalam memilih parti untuk memerintah kita harus mengambil semua aspek sebelum kita mengundi.
Tidak ada
sesuatu kebaikan atau rezeki kalau kita tidak berusaha mencari atau memecahkan
ruyungnya. Begitu juga dengan rezeki. Kalau kita tidak merancang dan berusaha
maka kita tidak akan mendapat apa-apa kenikmatan yang Allah limpahk an.
Kalau kita tidak
belajar adakah Allah akan berikan kita ilmu.? Tetapi jika kita rajin belajar
dan berusaha untuk mendapat terbaik, hasil yang kita buat adalah ketentuanNYA
dan kita perlu redha dengan apa yang ALLAH berikan.
Kalau tidak
silap aku ada satu firman Allah tentang lihatlah bulan dan bintang di Langit.
Andai umat Islam menjadikan ia hanya sekadar tanda kebesaran Allah, aku rasa
itu adalah kesilapan umat Islam. Allah menyuruh kita berfikir dan beruasaha dan
bukan duduk termenung.
Begitu juga
dengan politik. Kita perlu berfikir sebelum memilih.
Ramai orang
berpandangan kejayaan kita, pendapatan kita adalah kerana usaha kita sendiri.
Tapi kita lupa, tanpa ekonomi yang baik majikan tidak mampu membayar gaji. Oleh
kerana selama ini ekonomi kita dalam keadaan yang baik, faktor ini hanya
dipandang sepi oleh kebanyakan rakyat.
Rakyat menolak umno.
Rakyat menolak umno kerana pelbagai sebab. Salah satunya ialah dari segi kenaikan kos
kehidupan sementara pakatan rakyat pula menawarkan janji untuk menyelesaikan
permasalahan tersebut.
Semua negara mengalami
masalah inflasi. Itu fakta yang kita tidak boleh tolak. Tetapi sejauh mana
inflasi itu menekan rakyat seharusnya kita membincangkanya secara jujur.
Memang duit kita
semakin ‘kecil’. Hari ini gaji, esok dah habis. Orang dulu mengamalkan beli apa
yang patut dan mengikut kemampuan. Tapi orang sekarang bukan mengikut kemampuan
tapi mengikut trend. Orang lain ada ip5, dia pun nak mengikut. Maxis ada plan
pembelian. Isi borang dapat terus telefon bersama talian. Ada telefon canggih
tapi kalau tidak ada saluran maxis atau celcom, maka ip5 tidak ubah macam nokia
3310.
Orang kata itu
keperluan mengikut zaman. Ironinya pendidikan mereka tidak mengikut zaman. Gred
gaji macam aku, kerak macam gaji seorang engineer. Begitu juga seorang engineer
baru, mana boleh pakai kereta lama. Kalau boleh mereka juga nak kereta besar
macam orang pekerja lama.
Rumah dan kereta.
Tidak dinafikan,
dua elemen ini kerajaan harus memberi tumpuan. Kereta kita ada pilihan tapi bukan pemilikan
rumah. Aku sendiri belum memiliki rumah. Tapi aku tidak salahkan kerajaan secara
total kerana aku ada sedikit pilihan.
Tapi kalau anda
menolak umno kerana tidak ada rumah, anda silap. Pakatan pandai berkata tapi bukan
dari perlaksanaan. Bila diajukan soalan ada saje alasan diberikan. Tapi apa
boleh buat, majoriti sukakan pakatan, kita kena terima.
Monday, April 29, 2013
Mencari sebab mengapa Dr. Mazlan berani bertanding
| Barisan pendekar Anwar |
Dulu ramai
hubalang Anwar. Sekarang pendekar Anwar hanya, Sivarasa, Tuan Chua, Nurul, N.
Surendren dan beberapa orang lagi. Harapkan ketua AMK dah lama tak nampak muka,
dimana perginya pendekar melayu Anwar.? Kalau ada pun chegubard…
Satu perkara
yang memusyilkan aku ialah kenapa Dr. Mazlan Ismail bertanding di Permatang
Pauh. Jawatan Naib Presiden bukan kecil, dah la tu bertanding di Kubu kuat Anwar
dimana peratusan kemenangan adalah amat sukar.
Mengapa dia
keluar Pas di ketika Pakatan sedang meniti kejayaan.?
| Berani Mati |
Sunday, April 28, 2013
Giliran ustaz Pas tomoi pelajar
Ada yang menyatakan ustaz yang belasah budak ini ialah penyokong Pas kerana beliau merupakan Ahli Majlis Daerah Baling. Yang mengecewakan menghukum kesalahan tanpa ada tatasusila boleh dianggap sebagai dera.
Memalukan apabilia ustaz bersikap hilang kewarasan. Menolak sama sekali ciri-ciri orang Islam sebenar. Kalau orang kafir lihat video ini apa kata mereka.? Kopiah besar di kepala tapi perangai macam kaldai.
Harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan pihak makamah dapat menjatuhkan hukuman yang setimpal. Seperti yang dinyatakan oleh MC, ramai ustaz-ustaz di Sekolah Agama Yayasan Khairah Kampung Pisang, Kupang bersikap seperti ini malah ada yang lebih agresif.
video ni dah kene remove... takut kantoi..
ubah... ubah dan ubah lagi
Undi memang rahsia tapi tulisan dan reaksi yang ditunjukkan
kepada rakan-rakan dokongan, Dr sepatutnya akan mengundi Pakatan atau
setidak-tidaknya Dr adalah penyokong Pas. Tapi jangan pula Dr. kata hanya
menyokong Pas dan tidak pada Anwar.
Ubah… ubah dan ubah lagi.
Itu
saranan beliau untuk rakyat agar mengubah kerajaan dalam Pru akan datang. Itu
pendapat beliau dan hak dia sebagai rakyat.
Boleh ke
kita ubah.. ubah dan ubah lagi sehingga kita mendapat yang terbaik.?
Jepun,
korea atau Us dijadikan contoh oleh penyokong pembangkang bagi membuktikan
hujah mereka. Mereka hanya lihat dari fizikal kemajuan tetapi meninggalkan
aspek budaya negara yang mereka sebutkan.
Untuk
menjadi negara maju dan membina tamadun salah satu syarat wajib ialah pendidikan
dan sikap rakyat. Adakah cara hidup rakyat kita setanding dengan negara-negara
ini..?
Arab
Spring mengambil pendekatan ini, ubah dan ubah lagi tetapi apa yang kita nampak
konflik politik terus menghantui rakyat dan sehingga kini belum ada tanda ia
akan reda. Thailand, setelah melalui politik yang panjang, ubah dan ubah lagi… tetapi akhirnya adik kepada Thaksin Shinawatra juga yang dipilih sebagai perdana
menteri.
![]() |
| Simbolik kepada perjuang Pr |
“ air yang bertakung lama akan rosak dan mula
dijangkiti kuman dan nyamuk..manusia ataupun kumpulan yang terlalu lama
berkuasa akan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit politik dan penyelewengan
harta..apabila kita nampak zahirnya kerakusan dan salahguna kuasa serta harta
maka bersegeralah menukar dengan gantian yang lebih selamat..”
Mengapa
ia terhad kepada BN sedangkan pemimpin BN silih berganti tetapi tidak pula
kepada Pakatan.? Mengapa harus ubah jika muka pemimpin Pakatan tidak berubah
dan yang lebih meloyakan, orang yang kita hendak ditabalkan sebagai ketua ialah
manusia yang sama dengan Umno?
Memang
benar, kita harus mencuba dan terus mencuba, ubah dan terus ubah untuk mendapat
yang terbaik. Tapi kita harus ingat satu perkara, tidak semua perkara atau
konsep tidak boleh diterapkan kepada semua keadaan.
Adakah
satu perkhawinan, boleh ubah dan ubah lagi untuk mendapat yang terbaik.?
Ini membuktikan
bahawa Pas berbohong kepada rakyat terutama kepada ahlinya bahawa Pas mahu
mewujudkan negara Islam. Setiap kali muktamar berlangsung, Hudud akan dijadikan
modal pemimpin mereka berucap, walhal bila mereka bersama dengan pemimpin
pakatan Hudud ditolak tepi.
Dr. Asri sengaja
mengeluarkan kenyataan sedemikian sebenarnya adalah menjaga kepentingan Pas dan
memberi kelebihan kempen kepada umno. Mereka tidak mahu Pas terbelit dengan isu
ini.
Kesimpulanya,
adakah Dr. Haron Din menyalak bukit.?
Labels:
Pru13
Kata fitnah tu dosa... tp selamba je fitnah
Kenapa sampai nak berbohong. Kalau Husam bercakap benar masakan JAWI berani membuat tindakan makamah. 6 Hari berkempen Pilihanraya tapi masih tidak nampak isu besar yang ditimbulkan. Kebanyakan isu masih berkisar pada isu lapok.
.png)
.png)
.png)
Saturday, April 27, 2013
seorang suspek berjaya ditembak mati
Seorang lagi suspek yang juga lelaki berketurunan India berjaya melepaskan diri. Walaubagaimanapun, pihak polis telah mengenalpasti identiti dan kedudukan suspek tersebut dan tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat.
Awal pagi tadi, Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam, (Perkastaman/ Cukai Dalam Negeri) telah ditembak 3 das tembakan yang menyebabkan kematian di Putrajaya.
Bila PM memberi arahan.. dalam
24 jam seorang suspek telah berjaya di tembak mati. Ini membuktikan Polis
terutama D9 tidak memberi tumpuan dalam membendung jenayah berat terutama yang
melibatkan senjata api.
Memang kegiatan kongsi
gelap sukar dibendung tetapi jenayah ini perlu dibendung demi kemajuan negara.
Kalau kita mengatakan gangter ini lebih kuat dari pihak kuasa, apa gunanya kita
membunuh askar Kiram kalau keselamatan dalam negeri pun tidak mampu dikawal.
Pas nak buat hudud, dap bantah.. anwar reject hudud.
Seperti biasa demi menarik undi melayu, Pas akan memasarkan barang daganganya, “hudud”. Aku tak berniat mempermainkan suruhan Allah, tapi aku hanya bercakap tentang hudud Pas.

SHAH ALAM, 24 April — Pelaksanaan hukum Hudud tidak sesuai untuk dilaksanakan buat masa ini, kata penyandang Menteri Besar Selangor di sini hari ini.
Sebenarnya bukan Umno, Karpal Singh sahaja yang menolak hudud, ramai pemimpin mereka termasuk Anwar Ibrahim menolak undang-undang Islam.
Banyak info yang kita boleh dapat kalau kita rajin mencari, tapi bagi penyokong Pas, yang menolak hudud ini hanya umno dan hujah orang umno tidak boleh di terima pakai.
Dap terang-terang menolak hudud, tetapi Pas tanpa segan silu mempertahankan Dap sebagai rakan yang memperjuang agama.
Sebelum ini, Presiden MCA telah memberi kenyataan terbuka kepada rakyat Malaysia bahawa kalau rakyat Malaysia secara majoriti mahukan Hudud ini dilaksanakan, mereka akan berpandangan terbuka. Tapi keterbukaan MCA telah dipolitikan oleh pakatan.
Sebelum ini, Presiden MCA telah memberi kenyataan terbuka kepada rakyat Malaysia bahawa kalau rakyat Malaysia secara majoriti mahukan Hudud ini dilaksanakan, mereka akan berpandangan terbuka. Tapi keterbukaan MCA telah dipolitikan oleh pakatan.
Ramai pemimpin Pas telah mengeluarkan kenyataan menolak hudud malah Nizar sendiri telah menolak hudud semasa sidang dun.
Aku nak tanya, Anwar Ibrahim menyokong hudud ke..? Manifesto Pakatan ada ke hudud..?
Aku nak tanya, Anwar Ibrahim menyokong hudud ke..? Manifesto Pakatan ada ke hudud..?

Menurut Abdul Khalid Ibrahim, walaupun Hudud diterima oleh sebagai salah satu prinsip pentadbiran Islam, Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkannya untuk dilaksanakan bagi menghormati rakyat Malaysia pelbagai kaum.
“Kita mesti menerima hakikat bahawa dalam Islam, Hudud itu dianggap sebagai salah satu cara pemerintahan Islam.
“Tetapi saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang,” kata Abdul Khalid merujuk kepada hukum Hudud dalam satu sidang akhbar di Dewan Perumahan Exco di sini.
Menurut Abdul Khalid lagi, untuk melaksanakan Hudud, persetujuan rakyat perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum ianya dapat diimplementasikan.
“Tetapi, pelaksanaan untuk masyarakat Malaysia, tidak dianggap sebagai satu ketetapan, sebab kita ada mempunyai perlembagaan, yang memberikan hak kepada semua kaum dan mengikut keadaan yang ada sekarang.
“Tapi pelaksanaan Hudud yang melebihi dari apa yang ditetapkan oleh perlembagaan, perlu mendapat kelulusan semula rakyat Malaysia,” tambah beliau yang juga merupakan pengerusi Pakatan Rakyat (PR) Selangor. Malaysiainsider.
Nik Aziz pandai putar belit. Pakatan melalui Dap melobi orang cina menolak hudud tapi pada yang sama marahkan Mca sebab menolak hudud.
Friday, April 26, 2013
Rakyat hilang keyakinan
Seperti yang
dibentangkan card report Najib, indeks jenayah dikatakan turun melalui program
National Key Result Areas (NKRA).
Mungkin indeks
jenayah turun tapi jika kita baca laporan akhar kejadian menembak semakin kerap
berlaku. Semalam seorang lelaki India mati ditembak, hari ini Timbalan
Pengarah Kastam ditembak. Tiga jam selepas itu seorang lagi mati di tembak di bulatan Cheras. Tak tahu la esok siapa
mangsa seterusnya.
Adalah lebih
baik pihak polis memberi jaminan dan membentangkan laporan awam kepada
masyarakat umum tentang isu ini. Kejadian menembak di persimpangan jalan atau
di tempat awam sudah menjadi kebiasaan. Rakyat seperti tidak ada jaminan keselamatan
oleh pihak berkuasa dan menidakkan keberhasilan indeks mengurangkan jenayah.
| Lokasi kejadian timbalan ketua pengarah di tembak (berselebelah IPD ) |
Percentage jenayah
ini disumbang dari kegiatan kongsi gelap. Senjata mereka banyak diseludup dan ada juga
kes senjata ini adalah bertuan atau sah. Yang mengecewakan ialah tindakan pihak
polis dalam membendung gejala ini.
Jika ada penjawat awam menjadi sasaran
bagaimana mereka akan menjalankan tugas dengan baik. Aku percaya, sindiket dinaungi
oleh orang besar dan ada pihak polis yang menjadi sekutu mereka.
Indeks
ragut, pecah rumah dan jenayah lain memang ada penurunan tetapi jenayah
menggunakan senjata api yang berunsurkan kepada kegiatan pembunuh upahan amat
menakutkan. Apakah D9 sudah tidak mampu menumpaskan sindiket ini..?
Kalau dulu cetak
rompak boleh dibendung dan dihapuskan kenapa bukan jenayah ini.? Bagi aku segalanya
terpulang kepada pihak polis. Kalau terlebih kenyang, mata yang terang pun jadi
buta.
Labels:
kerajaan
Thursday, April 25, 2013
Patah tulang Wan Azizah kena pelok.
Khairuddin Sabri Begitu jugalah yg berlaku ketika kita mengerjakan Tawaf... bersesak2...berhimpit2... malah ketika sembahyang diMasjidil haram pon bersesak2 sampai ada kalanya sujud pon diponggong permpuan, sujud dicelah kangkang perempuan(waktu puncak)... ketika naik bas bersesak dan berhimpit2 sampai nak bernafas pon susah(siap ada yg meraba plak), begitu juga bila Raja2 perempuan atau sultanah2 ketika bertemu dan bersalam dgn rakyatnya...maka bersesak dan berhimpit adalah sesuatu yg lumrah.... BerFB biar utk dptkan pahala..
Gambar di Fesbuk
Mazidul. Untuk menghalalkan, seorang pengomen menyaman situasi di Mekah. Ikut
kau la labu… Yang pasti aku tak tahu kenapa bodyguard dia peluk. Walhal semua
yang datang penyokong mereka sendiri. Takan penyokong mereka ganas2 sampai
presiden mereka pun nak belasah.
Yang pasti aku
suka pengomen sorang ni…
“ dah bang non x nak peluk.... bg
bodigad peluk.... tp sapa bodigad tu.... kot la madu dia.... “
Tarbiyah orang Pas berjaya menghindukan India
“ saya menjadi seorang hindu yang lebih baik selepas berkawan dengan orang Pas”.
![]() |
| Artikel dari greenboc |
Uh
lala…. Kalau dia cakap manusia atau warganegara lebih baik, maksudnya Pas
berjaya mendidik dia menjadi manusia tetapi sebaliknya dia cakap HINDU, apa
dakwah Islam yang diterapkan. Dakwah sepatutnya memberi kesedaran tentang
indahnya Islam.. tapi India ini lebih kuat kepada Hindu. Kan lebih baik hindu
dia longgar dan menerima Islam.
Hindu
itu agama bukannya bangsa. Ramai orang India tapi muslim.
Apa yang
tertarik bukan disini.. tapi seorang pengomen artikel ini. So fikir-fikirkan….
Pakcu Rantau Panjang. said...
Baguslah tu..tapi Pakcu nak cakap yang di kampung Pakcu pulak puak-puak Cina hampir 100% peratus sokong Pas nak tahu sebabnya..kerana senang nak dapat tanah dan kedai dibawah PAS kerana mereka mudah jual untuk dapat pitis.....tak percaya datang ke Pekan Rantau Panjang Pakcu sedia tunjuk bukti.....
Labels:
Pas
Kenapa PAS bekerjasama dengan Dap, kenapa tidak mahu kerjasama dengan Umno?
Antara news feed pakatan di FB. Aku rasa semua dah baca apa yang mereka hujahkan.
![]() |
| Kedudukan bendera pun lebih tinggi apatah lagi kedudukan dalam Pakatan
Mungkin ramai yang
belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum
tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:
1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat. 2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam. 3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa? 4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan. 5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri. 6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian. 7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.? 8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI? 9) DAP tidak pernah meramPAS dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu. 10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1978 kini Umno gila talak dan hendak rujuk kepada PAS. 11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung 12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula? 13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah. 14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya. 15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat ....... 16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia...kbt |
Ini jawapan aku
kenapa aku menolak Pakatan.
Banyakan
membaca. Jangan jadikan harakah sumber media agung. Then kita gunakan akal kita
sendiri. Aku tak berniat membalas hujah2 mereka. Tapi kalau ini hujah mereka,
aku memang tak silap menolak mereka.
Sebagai contoh,
hujah ke 16. Umno tak pernah mempertikaikan malah umno telah mengumumkan melalui dua Perdana
Menteri bahawa Islam adalah agama rasmi negara selaras dengan kehendak
penubuhan negara.
Ironinya mengapa
DAP dan PKR menerima dan mementari perjanjian bersama bahawa tetap Islam menjadi
agama rasmi. Bukankah ini membuktikan bahawa merekalah puak yang cuba untuk
menggugurkan Islam sebagai rasmi.
Kerakusan mereka dijadikan isu. Lepas itu spin umno yang ditomah. Bengongg.. buta-buta rakyat dipermainkan.
Nizar hebat sebab serbu markas Bn..
Aku boleh update blog setengah jam sekali kalau aku nak. Tapi sebab aku bukan bloggersejati jadi apa yang post ialah sekadar nota-nota peribadi.
Satu pendekatan yang bersahaja dari mantan MB Perak Dato Sri Nizar semasa kempen PRU pada kali ini.
Dengan selamber beliau menberanikan diri berkempen di dikubu kuat BN dun Changkat Jering dengan memasuki bilik gerakan BN sambil berkempen serta beramah mesra dengan penyokong kuat lawan .
Yang menariknya beliau disantun serta dilayan dengan ramah oleh penyokong BN di situ.Senaroi ini boleh menyebabkan Calon BN di situ boleh sesak nafas jika melihat gaya nizar berkempen. Grenboc
Yang bestnya,
empunya blog mengaku Nizar dilayan dengan baik. Jadi yang baik ni Nizar ke
penyokong BN.? Kalau setakat pi bilik gerakan orang, Tok Pa pun pi gak markas
Pas. Apa ada hal.

Mengapa blogger
pembangkang ini menyeru agar calon melakukan seperti Nizar.?
Ini disebabkan
kebanyakkan orang Pas hanya bergaul dengan masyarakat bila nak dapat undi.
Kehidupan penyokong Pas hanya terhad dengan rakan-rakan parti. Penyokong tegar, mereka tidak akan berkawan dengan orang umno. Ini doktrin Pas.
Berbeza pula dengan orang umno yang
mengamalkan sikap terbuka dalam etika bermasyarakat. Perbezaan pendapat atau
berlainan parti tidak menjadi halangan untuk bermasyarakat. Sebab itu dulu
aku memilih umno. Islam tidak begitu.
![]() |
| Aku tak faham apa Nizar nak buat. Teringin nak masuk Umno ke.? |
Labels:
Pru13
Wednesday, April 24, 2013
air naik lagi.....
"Opah, banjir tu rahmat juga ke opah,? iyea.. sebab ia mengingatkan kita untuk mencuci longkang. " ini ayat Opah kepada upin dan ipin.
Air naik lagi di depan sekolah Sri Serdang walaupun tidak seteruk banjir tahun lepas yang mengakibatkan highway plus ditutup untuk beberapa jam. Pemerhatian aku selepas banjir sampai sekarang longkang di tepi highway masih tidak dicuci. Pihak majlis@kerajaan Selangor hanya membaiki pagar yang roboh dan jalan di tengah persimpangan traffic light UPM. Itu pun sebab jalan rosak teruk sampai kereta tak boleh nak lalu.
Memang kalau sudah ketentuan untuk banjir, kita tidak dapat menghalang. Hampir 30 tahun tidak berlaku banjir di kawasan ini. Tapi disebabkan longkang tidak diselenggara dengan baik, maka akibatnya rakyat yang mendapat bencana. Yang membuatkan aku jengkel, sepatutnya selepas banjir buat la tindakan susulan yang konkrit dan bukan buat sikap tak acuh.
Sungai Chua kajang di bawah MPKJ. Ada seorang mekanik, tanya aku nak undi siapa. Pendekkan cerita, disebabkan banjir sikit dia nak undi Dap sebab MCA tak nak tolong. Then aku tanya, Majlis ada cuci longkang tak..? dia jawab tak… then… kenapa nak salahkan MCA tak datang tolong kalau majlis tak cuci longkang. Ini negeri bukan bawah MCA. Kalau saya YB pun, saya tak berani nak datang kalau banyak masalah.
Kalau betul la kerajaan Selangor efisen takde sebab aku menolak pakatan. 2 Billion dalam bank bukan bermakna kerajaan bagus. Bagus sesebuah kerajaan bagi aku ialah ada duit walau sedikit tapi rakyat sejahtera.
Berbaloi ke kalau air free RM 12 tapi kadangkala air dicatu? Aku sanggup tidak ada air percuma asalkan paip di rumah sentiasa mengeluarkan air. Aku sanggup tidak ada TAWAS kalau kawasan sekitar diselenggara dengan baik. Aku nak tanya , berbaloi ke kalau rumah kita dilanda banjir.? Berapa kita rugi kalau harta benda kita musnah..?
Cakap macam dialah kerajaan yang terbaik walhal banjir sana sini. Tempat yang tak pernah banjir pun banjir…. Uhh…
![]() |
| Banjir di kawasan yang sama |
![]() |
| Sebab area Sri Serdang banjir highway plus tutup |
Labels:
PKR
AB RAPAR AWANG
Aku pernah baca hasil
kajian sebuah research centre yang diterbitkan samada harakah atau Malaysiakini
berkaitan kekerapan sama nama atau no ic. Aku check kat spr online memang sahih
tuduhan AB RAPAR AWANG ada 3 ic. Nama sama ok, tahun sama pun ok… tapi tarikh
lahir macam kembar 3 plak.

Hari ini SPR
telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan isu tersebut. Caya atau tidak terpulang la.....
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin merujuk kepada penyebaran maklumat melalui laman sosial kononnya ada seorang pengundi bernama Ab Rapar bin Awang yang memiliki tiga nombor kad pengenalan (MyKad) yang berbeza. Menurut laman sosial itu, oleh kerana individu ini mempunyai tiga nombor kad pengenalan yang berbeza, maka individu ini akan dapat mengundi di tiga tempat yang berbeza. Laman sosial itu juga telah memaparkan paparan semakan Maklumat Pengundian individu itu yang menunjukkan bahawa individu itu adalah seorang pengundi berdaftar dan akan mengundi di tiga Pusat Mengundi yang berbeza, iaitu di Sek. Keb. Balok, Sek. Keb. Bukit Setongkol dan Sek. Keb. LKTP Bukit Kuantan. Kesemua Pusat Mengundi itu adalah di Pahang.
2. Untuk makluman semua, pengenalan diri kepada pengundi atau identifier yang digunakan untuk merekod senarai pengundi di dalam Daftar Pemilih ialah nombor kad pengenalan dan bukannya nama. Ini kerana SPR menyedari bahawa, jika menggnakan nama sebagai identifier pengundi dalam Daftar Pemilih akan menyebabkan kekeliruan kerana memang ada nama-nama pengundi yang ejaannya sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza. Sebagai contoh, bagi ejaan nama Ismail bin Ibrahim terdapat 1,507 nama dalam Daftar Pemilih, Fatimah binti Abdullah (1,401 nama), Fatimah binti Ismail (1,377 nama), Fatimah binti Ahmad (1,377 nama) Ismail bin Ahmad (1,368 nama), Azizah binti Ahmad (1,039 nama).
3. Berdasarkan nama-nama ini, semakan SPR mendapati nombor kad pengenalan 12 angka mereka adalah berbeza dan gambar pada kad pengenalan mereka juga berbeza yang menunjukkan bahawa mereka adalah individu yang berbeza, hanya ejaan nama sahaja yang sama. Oleh itu, jika ada ada pihak-pihak yang mendakwa nama yang sama ini adalah merujuk kepada individu yang sama, maka dakwaan itu TIDAK BENAR. Ini kerana adalah mustahil bagi seorang individu bernama Ismail bin Ibrahim ini memiliki 1,507 kad pengenalan kerana nombor kad pengenalan atas nama itu adalah berbeza-beza. Begitu juga jika ada yang mendakwa bahawa individu ini boleh mengundi lebih daripada sekali juga adalah TIDAK BENAR.
4. Bagi kes Ab Rapar bin Awang, semakan SPR mendapati hanya ada tiga nama yang ejaan nama yang sama dalam Daftar Pemilih SPR. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga nama itu mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza, gambar dan cap jari mereka juga berbeza. Begitu juga dalam kes Jarmiah binti Abu Talib, pengundi adik beradik yang mempunyai nama yang sama yang pernah dilaporkan oleh media sebelum ini. Dua adik beradik yang tinggal di satu alamat itu mempunyai dua tarikh lahir yang berbeza, nombor kad pengenalan lama yang berbeza, cap jari yang berbeza dan nombor kad pengenalan 12 angka yang berbeza. Oleh itu, SPR menyeru kepada mana-mana pihak yang menjumpai perkara-perkara yang mencurigakan dalam Daftar Pemilih supaya menghubungi SPR di Call Centre 03-8885 6565 supaya SPR dapat membuat semakan dan memberikan penjelasan.
5. SPR juga ingin memaklumkan bahawa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, Dakwat kekal akan digunakan dan setiap pengundi wajib dicalit pada jari telunjuk sebelah kirinya dengan dakwat itu. Jika ada pengundi yang enggan jarinya dicalit, maka kertas undi tidak akan diberikan. Tujuan penggunaan Dakwat Kekal ini adalah untuk mencegah cubaan mana-mana individu yang hendak mengundi lebih daripada sekali. Dakwat Kekal yang digunakan bagi Pengundian Awal adalah berbeza warnanya dengan Pengundian Biasa. Oleh itu, SPR menegaskan bahawa untuk PRU Ke-13, tidak akan ada mana-mana individu yang boleh mengundi lebih daripada sekali kerana Dakwat Kekal akan digunakan. Bagi pengundi-pengundi yang telah mengundi, nama mereka akan dipotong dalam buku Daftar Pemilih yang digunakan oleh Kerani SPR semasa proses pengundian. SPR.
Dah main bom bom
Pagi
masuk kerja baca utusan : Nibong Tebal, letupan di ceramah BN. Balik minum pagi
baca utusan : Bilik Gerakan Sungai Leman dilempar bom petrol.
Cerita bergambar dari pejuang bangsa.
update - Bom kedua siap berwayar ditemui unit pemusnah bom dan ia telah diletupkan .Kekuatan letupannya lebih kuat daripada bom pertama.
Ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) Parlimen Nibong Tebal di Jawi di sini gempar apabila berlaku letupan misteri mengakibatkan seorang petugas parti cedera.
Letupan pada kira-kira pukul 10.15 malam itu berlaku di longgokan sampah, terletak kira-kira 10 meter dari pentas utama.
Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap di depan hampir 3,000 hadirin.
Antara yang hadir ialah calon BN bagi Parlimen Nibong Tebal, Datuk Zainal Abidin Osman dan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.
Macam-macam
boleh berlaku dalam pilihanraya. Tapi biarlah yang terjadi itu berpada-pada.
Jangan sampai anak beranak, adik beradik bergaduh atau ada nyawa yang tergadai.
Mengapa
semua ini terjadi pada negara kita. Kita nak negara kita anak kita seperti ini
kah.?


Labels:
Pru13
Subscribe to:
Posts (Atom)


























