Friday, July 18, 2014

MH17 mangsa salah tembak

Igor Girkin atau dikenali sebagai Strelkov adalah dalang tragedi MH17.

Kumpulan terbabit mengumumkan bahawa mereka telah berjaya mengambil alih satu kem tentera Ukraine di mana peluru berpandu Buk milik tentera Ukraine yang menjadi simpanan tentera turut dirampas semasa proses pengambilalihan tersebut berlaku.

Kiev : Media sosial komander pemberontak Ukraine mendakwa pihaknya telah menembak jatuh sebuah pesawat pengangkut tentera tidak jauh dari lokasi pesawat Malaysia Airlines yang terhempas dekat sempadan Russia.
Komen daripada komander tertinggi "Republik Rakyat Donetsk" itu mengaku puak pemisah telah menembak jatuh pesawat MH17 yang disangkakan sebuah pesawat pengangkut Ukraine yang besar.

"Kami baru menjatuhkan sebuah (pesawat) An-26 dekat Torez. Ia jatuh dekat lombong di Progress (Ukraine)," kata laman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik oleh media Ukraine, menurut kenyataannya.

Puak pemberotak itu pernah menembak jatuh sebuah pesawat An-26 di kawasan timur Ukraine yang dikuasai mereka pada 14 Jun lalu membunuh 49 kakitangan kerajaan.

"Kami telah memberi amaran (pada tentera Ukraine) jangan terbang di 'langit kami'," kata Strelkov dalam satu pos.

"Dan ini video yang mengesahkan 'burung itu jatuh'," katanya dalam satu pos lain. - AFP

Agensi Perisikan Ukraine mendedahkan rakaman audio yang mereka dakwa sebagai militan pemisah Ukraine berkata “We have just shot down a plane”

Pegawai Perisikan membocorkan rakaman pintasan perbualan yang mereka dakwa antara puak pemisah pro-Russia, yang mengakui mereka menembak jatuh pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

Transkrip perbualan yang didedahkan oleh Ukraine’s State Security Service (SBU) dikatakan antara militant Igor Bezler dengan seorang Jeneral di Ibu Pejabat Tentera Persekutuan Russian Vasili Geranin.



ATAU 

Pesawat PUTIN menjadi sasaran utama tentera Ukraine



Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” - Menurut sumber berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang.

No comments:

Post a Comment