Monday, January 25, 2016

Gua sokong Datuk Vida.

Antara sentuhan Datuk Vida dengan TMJ, aku memilih primadona kecantikan ini. Walau dia tidak mempunyai pengalaman bola sepak, dia layak menduduki kerusi presiden FAM.

Orang yang berfikiran ke depan biasanya akan ditentang oleh orang. Orang yang berjaya biasanya tidak peduli dengan cemuhan.

Kalau aku Sultan, aku mahu beliau menjadi memanda menteri aku. Jauh sangat kepintaran beliau dengan Salleh Keruak.

Orang kaya wajib sedekah. Beliau tidak bersedekah bukan hanya untuk menjaga kekayaannya, tapi beliau memang orang yang baik. Orang yang bijak dan baik apabila menjadi pemimpin, maka beruntunglah orang yang dipimpin.

Satu peluru sekawan burung tertembak. Itu gambaran hasil setiap tindakan beliau. Bayangkan kalau dia menjadi perdana menteri.

TMJ buat iklan ciplak, warna stadium Datuk Vida adalah terunik di dunia.

Kebobrokan umno.

Kutipan gst sepatutnya boleh mengimbangi kejatuhan hasil minyak. Tapi disebabkan keborosan yang tidak ada kesudahan, duit tak pernah cukup dibawah pentadbiran Najib.

Habis semua cukai untuk bayar hutang. Itu tidak termasuk pemansuhan subsidi kerajaan. Sepatutnya kerajaan banyak duit. Memang sekarang harga minyak jatuh, masa harga minyak naik, apa yang rakyat dapat.? Harga petrol naik, harga barang naik.

Sekarang rakyat seperti tidak memerlukan bantuan kerajaan. Memang benar kalau mahu berjaya kita kena usaha sendiri. Tetapi adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melahirkan suasana yang kondusif untuk semua peringkat lapisan rakyat.

Sekarang rakyat terbeban, peniaga pun semakin sukar mengawal harga. Kalau dulu berkerja sambilan untuk mendapat duit lebih, sekarang untuk hidup kena buat dua kerja. Ini realiti.

Ekonomi Najib atau kerajaan nak dapat duit senang sahaja. Potong subsidi dan jual harta seperti 1MDB. Tapi sebab dah terlebih makan, rakyat terpalit kesusahan.

Bukan Mukhriz yang berundur, Najib sepatutnya yang berundur. Kalau dia nak makan daging paling mahal di dunia pon, orang tak peduli.

Tolong la datuk Najib letak jawatan.

No comments:

Post a Comment