Wednesday, January 27, 2016

Tiada kes tutup cerita.

Orang ramai sudah menduga keputusan yang sudah diumumkan. Jangan ragu² dengan hasil siasatan SPRM. Pru akan datang, jangan ragu² untuk tumbangkan umno.

Remeh sangat alasan untuk menggugurkan Mukhriz. Susah nak jumpa atau tak dapat projek.?

Kalau tiada pembangunan sebagai penyebab, jangan salahkan Mukhriz. Najib yang sabotaj ekonomi Kedah.

Kemelesatan ekonomi dunia sering berlaku. Setiap negara ada masalah masing². Kegusaran rakyat bukan hanya kemesatan ekonomi, tetapi ketirisan menjolok mata.

Ekonomi negara kurang berkembang disebabkan kurangnya minat pelabur. Jangan kata pelabur, rakyat sendiri tidak yakin dengan kepimpinan kerajaan. Apa yang ditakuti, pelabur sediada menarik pelaburan.

Rakyat tak mahu bising², dinding tandas boleh lepaskan geram. Cukup masa pasti kerajaan tumbang.

Kalau dulu Khalid simpan duit dalam bank, Azmin pula dari rakyat kembali kepada rakyat. Jalan semakin baik, pemandangan semakin bersih, rumah flat bertambah seri. Orang Selangor semakin berpuas hati.

Aku tak kisah kalau Azmin naik ferari asal rakyat terbela.


No comments:

Post a Comment