Monday, February 22, 2016

Daftar blog untuk kunci mulut rakyat

Kerajaan mahu menggubal undang² agar penulis blog wajib mendaftar. Kadar hukuman juga ditingkatkan daripada RM50K kepada RM500K.

Sebelum ini peguam negara mahu meminda akta rasmi bagi membolehkan wartawan yang tidak mahu mendedahkan sumbernya dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan.

Pindaan ini dibuat semata² untuk menutup kekorupan kerajaan. Setakat ini semua maklumat kerajaan yang bocor adalah bercirikan skandal bukan maklumat yang mampu menganggu gugat keselamatan negara.

Kerajaan menjawab 'fitnah' dengan fakta putar belit. Sebab itu 1MDB tidak berani menyaman WSJ sebaliknya penafian dan menyalahkan orang yang mengkritik.

Kerana seorang pemimpin, rosak satu negara.

No comments:

Post a Comment