Monday, March 28, 2016

Aku bukan bahalol -xpdc

Untung orang Sarawak. Highway PanBorneo bernilai RM27 bilion tanpa bayaran tol. Alasan kerajaan tidak mengenakan tol ialah ia merupakan jalan utama berbanding di semenanjung ada jalan pilihan selain plus.

Jika kerajaan ada justifikasinya sendiri, aku sebagai rakyat semenjung berhak menolak kerajaan tanpa alasan. Jika kerana untuk menarik undi, kerajaan sanggup mengeluarkan berpuluh bilion untuk sebuah negeri, aku sebagai warga negeri lain ada sebab mengapa aku berkecil hati.

Dianggarkan aset AbuBekir Abdul Taib bernilai bilion. Samada beliau mendapat harta melalui salahguna kuasa ayahnya, terpulang kepada rakyat Sarawak untuk menghakiminya.

Ia memberi gambaran bahawa Saarawak bukan negeri miskin. Majoriti rakyatnya miskin dan kemudahan tidak sebaik yang diharapkan adalah kerana rasuah dan salahlaku pemimpin.

Najib suka datang Sarawak juga ada makna. Proksinya amat bagus menjalankan kerja. Cerita dia berjumpa dengan siapa aku tidak ambil peduli. Kalau aku tulis mau aku ke dalam.

Wargakota tidak kisah kl atau sekitarnya, kita perlu membayar tol untuk cepat sampai ke destinasi. Adakah kita suka² membayar tol.? Kalau ikut kata Najib, kita memang suka bayar tol.

Hakikatnya hanya orang bahalol menyokong kerajaan sekarang.

No comments:

Post a Comment