Friday, March 4, 2016

Deklarasi anti Najib harapan baru rakyat

Kalau aku kata Najib penyangak, orang kata aku tidak beradab. Silap haribulan aku akan disumbat dalam lokap kerana menghina pemimpin.

Kenapa aku marah dengan Najib.

Aku tak kisah kalau cincin rosmah 24juta atau perkahwinan anaknya seperti puteri raja kayangan. Aku bengang dengan sikap Najib yang boros tapi tak pandai mencari duit. Rakyat dilembukan untuk diperah susunya.

Demi masa depan, rakyat tidak ada pilihan selain menyokong Mahathir menumbangkan Najib.

Bukan kerana seekor nyamuk kelambu dibakar. Politik kita sudah mencapai tahap perdana menteri seperti dewa. Tidak boleh dikritik atau disoal. Rakyat dipaksa menerima walaupun dalam perkara yang salah.

Mengambil contoh, kenapa tolak Najib sedangkan Mahathir juga memecat gabenor negara.

Dipendekan cerita, Mahathir pecat gabenor untuk pulihkan ekonomi sebaliknya Najib pecat gabenor kerana gabenor negara mendedahkan salahlaku.

Macam inilah. Bagi aku akal Mahathir jauh ke depan. Jambatan bengkok bukan sekadar kroni atau projek. Pada pandangan beliau projek tersebut mampu memberi impak yang besar kepada ekonomi dan menjamin keselamatan negara.

Legasi Tun Putrajaya tetapi Najib hanya berbangga dengan kejayaan 1MDB mengstruktur hutangnya.

No comments:

Post a Comment