Friday, March 25, 2016

Dia digelar Mahafiraun, Mahazalim

Ini muka orang yang mahazalim, kuku besi, mahafiraun, mamak kutty atau orang yang menolak Islam, dah tua bangga nak masuk kubur pun masih nak berpolitik.

Kekebalan sultan dan raja
Beliau orang yang bertanggungjawab mengurangkan kuasa raja². Tindakannya itu diselar sehingga hari ini.

Minggu lepas melalui tulisannya, TMJ mengenang kisah tersebut. Lalu berkoyan² makin hamun dilemparkan kepada beliau. Sehari selepas itu, sinar harian memuat naik status anak kepada seorang guru jasmani berkenaan dengan kisah mata lebam ayahnya. Isu itu terus lenyap.

Sebelum undang² digubal, kerabat raja juga mempunyai kekebalan. Banyak cerita tidak sedap didengar. Mereka mempergunakan kekebalan itu dengan perkara yang tidak baik.

Selepas undang² digubal, Almarhum Tuanku Ja'afar, Yamtuan Besar Negeri Sembilan telah diperintah untuk membayar gantirugi kepada Bank Standard Chartered.

Adakah si mahazalim perlu dipersalahkan kerana Almarhum diperintah membayar saman.?

Adakah kita mahu melihat raja yang kita hormati dan sayangi seperti firaun. Buat sahaja apa yang baginda mahukan. Memukul rakyat sesuka hati atau mengganggu kerajaan hanya dengan isu remeh temeh. Atau mahu anak² raja bermaharajalela berbuat apa saja yang dia suka.?

Apa akan jadi jika rakyat tidak menyanjung institusi kesultanan? Apa akan jadi jika rakyat menolak sistem monarki.?

Jangan sampai kisah dongeng Sultan Mahmud mangkat dijulang terjadi. Kita mahukan raja yang adil disembah {hormati} raja yang zalim disanggah.

Jambatan Bengkok.
Mahafiraun menyelar Pak Lah kerana memungkiri janji berkenaan isu jambatan bengkok. Akibatnya kerajaan terpaksa membayar ratusan juta akibat pembatalan projek tersebut.

Walaupun dituduh nyanyuk, beliau masih menuntut tambak johor digantikan dengan jambatan yang lebih moden. Najib menolak atas alasan Singapore tidak bersetuju. Tun kata, apalah bangang perdana menteri aku. Nak buat jambatan perlu mohon izin pada orang.

Walaupun dikritik, Najib tetap berkeras tidak mahu meneruskan projek tersebut. Sebaliknya, Najib memberikan tanah milik KTM di Singapore kepada kerajaan Singopore.

Dua hari lepas Sultan Johor mahu kerajaan mempertimbangkan pembinaan tersebut. Melalui kerajaan negeri, Najib didesak untuk merealisasikan projek tersebut.

Dalam hal ini siapa yang bangang.?

Hudud.
Mahafiraun kata, dia tidak melaksanakan hudud kerana sukar untuk membuat keadilan. Beliau berpendapat, adil disebut berkali dalam Al-Quran. Untuk melaksanakan hudud, kerajaan harus menyediakan segala keperluan rakyat untuk menghakimi perilaku rakyat. Selagi kerajaan masih miskin, tidak mampu menyediakan keperluan rakyat adalah sukar untuk mengadili rakyat.

Curi susu untuk anak yang kelaparan. Aku tak tahu apa hukuman dalam undang² Islam. Tapi jika tertuduh orang Islam, adilkah untuk beliau.? Dimana duit zakat.? Zakat diniagakan.?

Mahafiraun menolak hudud.
Selepas Pas mendapat kerusi menteri besar, apa kata Ir.Nizar.? "Berikan kepada saya dalam perlembagaan Pas yang menyatakan Pas mahu melaksanakan negara Islam." 

Negara Islam menjadi negara berkebajikan. Bukankah ini slogan Pas selepas berkahwin dengan pakatan rakyat.?

Awal bulan lepas selepas Pas bercerai dengan Pakatan rakyat, Presiden Pas menyatakan Pas mahu memperkuatkan institusi makamah syariah terlebih dahulu, bukan hudud. Selanjutnya, hujahnya lebih kurang seperti mahafiraun.

Pernah dengar Pas mahu melaksanakan hudud di Selangor.?

Semasa mahazalim, tidak ada orang murtad. Tiada siapa yang berani menginjak Islam. Pernah dengar cerita seorang doktor yang mengkristian orang di Kedah.?

Ini akibat semua orang mahu berpolitik. lagak orang sekarang, mereka seperti profesor serba tahu.

Aku bukan penyokong tegar Tun, tapi kita harus pandang dari semua sudut untuk memberikan pendapat. Saddam Hussien kejam kerana membunuh 10,000 puak kurdis. Tahu puak ini buat apa.? Siapa disebalik pemberontakan puak ini.?

Kenapa dulu kita berperang dengan orang kafir tidak dikatakan kejam.? Musuh Islam bukan orang kafir. Akhir zaman orang Islam boleh menjadi musuh kepada agamanya sendiri.

Mahafiraun menyokong Palestin bukan hanya dengan kata² atau mahu dipuji berbakul² seperti pemimpin sekarang. Dia disanjung oleh orang Islam luar kerana jasanya tanpa diketahui oleh rakyatnya sendiri. Ini hakikat.

No comments:

Post a Comment