Sunday, March 27, 2016

Intenet laju syoknya tengok streaming

Apabila merasakan kerajaan berkuasa sepenuhnya maka mereka yang berkuasa tidak perlu mengikut undang².

Dah nama pun saman, kena la bayar. Mana boleh bayar saman ikut pertimbangan. Lain la kalau kenderaan bantuan kecemasan, kelajuan itu perlu untuk segera sampai ke destinasi.

Sepatunya semua kenderaan termasuk perdana menteri wajib kena saman kecuali diiring kenderaan polis. Kenyataan Nur Jazlan umpama ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul. Akhirnya semua benda jadi songsang.

Kita negara membangun, tidak boleh mengubah sesuatu dengan mengejut. Pasti ia akan dibantah. Namun jika kita tidak berubah, jika akan ketinggalan.

Ipp diwujudkan untuk menyaingi tnb, apabila pos malaysia dijual, syarikat courier tumbuh melata memberi saingan kepada pos laju. Sekaranag prestasi pos laju agak baik. Mereka terpaksa memberi kepuasan kepada pelanggan pada tahap maksimum. Jika tidak mereka akan gulung tikar.

Banyak pemain industri komunikasi, tetapi pembekal sebenar hanya Telekom dan Jaring bagi perkhidmatan intenet. Semua jenis lesen perniagaan di kawal oleh kerajaan.

Yea kerajaan harus melindungi mereka untuk mereka kekal wujud. Tapi pendapat aku sebaliknya. Kerajaan harus terbuka untuk mengeluarkan lesen kepada syarikat lain jika mereka berkemampuan.

Ini kerana kos penyedian kemudahan ini amat tinggi, bukan calang² syarikat mampu untuk menyediakan perkhidmatan ini. Sebab itu TM, Maxis, Celcom dan yang lain masih terkial² untuk membekalkan coverage yang baik.

Baru² ini Timefibre menawarkan kemudahan talian fibre dengan kadar yang murah. Namun coverage rangkaian hanya terhad di bandar² besar.

Kerajaan masih tidak membenarkan tnb untuk memasuki pasaran. Alangkah baiknya jika kerajaan memberi peluang kepada tnb untuk bersaing. Setahu aku, jajaran talian mereka sudah dibekalkan dengan kemudahan ini sejak sekian lama. Cuma mereka tidak memasuki pasaran kerana mereka bukan pemain industri ini.

Sepengetahuan aku, sudah beberapa kali permohonan mereka ditolak. Tetapi perjumpaan terakhir dengan kerajaan, keputusan agak positif. Semoga aku mendapat kemudahan intenet dengan kelajuan terbaik dan kadar bayaran yang memuaskan.

No comments:

Post a Comment