Tuesday, March 22, 2016

KJ wajar meletak jawatan

Setiausaha KBS yang dituduh menggelapkan peruntukan RM100 juta hanya melibatkan kelulusannya sendiri.

Aku kurang arif prosedur kelulusan kewangan dalam pentadbiran kerajaan. Kalau benar ia hanya memerlukan kelulusannya sendiri tanpa melibatkan sebuah jawatankuasa, patutlah  banyak sangat ketirisan berlaku.

KJ selaku menteri bertanggungjawab, saya tidak tahu. Jawapan mudah dan menyakitkan hati.

Ada satu cerita di sebuah ipta, seorang NC juga dikatakan melakukan seperti setiausaha ini. Beliau hanya perlu mengekspoitasi prosedur sedia ada. Daripada penceritaan yang diberikan, ia nampak mudah untuk melakukan penyelewangan.

Dalam pentadbiran kewangan syarikat aku, bukan sukar melakukan rasuah, tetapi agak leceh. Pemula terdiri daripada ramai orang dan kelulusan tender atau sebutharga perlu dibuat melalui jawatankuasa mengikut jenis tender.

Apa yang aku nampak, jika berlaku rasuah adalah kesilapan jawatankuasa. Kesilapan adalah sesuatu tanpa disengajakan tetapi ia berlaku bukan kerana kesilapan tetapi etika.

Kenapa.?

Biasanya jika ketua atau ahlijawatankankuasa setaraf dengan jawatan pemula atau mengenali rapat si pemula maka tidak mungkin seorang kawan akan mempertikaikan kerja kawan. Jadi kelulusan itu tidak diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Oleh kerana aku juga seorang pemula, jadi aku tahu serba sedikit macam mana pelaku mahu melakukan jenayah ini.

Kesimpulannya, rasuah ada dimana² hanya keimanan mampu mencegah.

No comments:

Post a Comment