Thursday, March 3, 2016

Langkah politik Muhyiddin sumbang

Langkah Muhyiddin sebagai seorang politik gagal. Sebagai seorang berpengalaman sepatutnya beliau lebih cermat dalam mengatur langkah menumbangkan Najib.

Beliau sepatutnya tidak ke depan, cukup dengan kuncu²nya menjadi anai² merobohkan kredibiliti Najib. Muhyiddin cuba menarik Zahid, walhal Zahid dan Najib dalam proses menyingkirkan beliau. Bukankah Tan Sri tahu Zahid budak Najib sejak sekian lama.

Tiada protes semasa digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, sunyi sepi semasa perhimpunan. Ia membuktikan sokongan parti kepada Najib amat kuat. Sebab itu Najib berani menyingkirkan Muhyiddin sebagai timbalan presiden parti.

Najib akan meletak jawatan jika kedudukan beliau dalam parti tergugat. Syarat kedua, ia tetap bergantung kepada akujanji kepada penggantinya agar tidak mengheretnya ke Sungai Buloh. Ada kemungkinan Najib akan terus kekal jika BN mendapat majoriti mudah.

Pas seperti menyokong Najib. Jika pru akan datang Pas berkerjasama dengan umno, sukar bagi pembangkang mengambil putrajaya. Dan akhirnya rakyat terus sengsara.

Bukan mudah menumbangkan bn. Tiang umno di Johor, kekuatan BN di Sabah dan Sarawak.

Walaupun Bn tidak mendapat sokongan rakyat, ia tetap menjadi parti pemerintah. Mungkin hanya demontrasi jalanan menjadi cara terbaik menukar pemerintah.

Di Thailand, raja siam amat dihormati. Di Malaysia raja² hanya pelengkap perlembangaan. Penggubalan MKN tempohari telah memberi super power kepada perdana menteri menjadi ditaktor. Dan akhirnya perdana menteri akan terus kekal selama²nya.

Di mata aku, pemimpin umno lebih hina dari penjajah apabila pengkritik dilabel pengganas.

No comments:

Post a Comment