Thursday, March 24, 2016

Lim Guan Eng memang pembohong

Tingkah Lim Guan Eng seperti orang mabuk. Apa perlunya membawa media melawat rumahnya dan menjemput Shabudin datang minum kopi. Bukankah sebaiknya tuduahan dijawab di dalam dewan.


Rumah belum diubahsuai sudah bernilai RM 3.6juta, Guan Eng membeli dengan harga RM 2.8 juta selepas diubahsuai.

Harga rumah murah kerana berhantu tidak boleh diterima. Sekalipun willing seller willing buyer, dalam konteks beliau seorang yang berkepentingan terma ini tidak boleh diterima. Kesalahan Guan Eng sama dengan kes Dr Khir Toyo. Cuma dalam kes Dr, Khir apakah tindakan yang dikenakan kepada syarikat penilai? Bukankah bersubahat dengan jenayah satu kesalahan.?

Akuan bersumpah yang dibacakan oleh Pee Boon Poh membuktikan Phang mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan negeri. Apatah exco itu mengaku beliau saudara jauh dengan Phang.

Untuk info, Phang dengan bos pemilik tanah KLIDC adalah rakan kongsi dalam sebuah syarikat yang sering mendapat projek kementerian pelancongan dan KDN.



Guan Eng berkata, kerajaannya telah menggantikan tapak rumah PPRT di Taman Manggis.tetapi pihak BN menyatakan tanah seluas 4.45 hektar di Jalan SP Chelliah sudah diperuntukkan sejak zaman mereka.

Perkara kedua kenapa tawaran RM22.4 juta oleh BN ditolak dan menerima tawaran KLIDC hanya sebanyak RM 11.5 juta.? Apakah sememangnya kerajaan Dap hanya mengutamakan projek mega berbanding membina membina rumah pprt?

Guan Eng habis modal. Mengaitkan isu beliau dengan semua orang termasuk TGNA adalah tidak bermoral.

Semalam dewan rakyat kecoh kerana Guan Eng diarah keluar dewan. Persoalan mudah yang tidak boleh dijawab oleh "khalifah Umar", benar atau tidak beliau yang menetapkan harga RM400K rumah mampu milik di Penang.

Kalau Rahman Dahlan mampu bersahaja dan konsisten dengan jawapannya, ternyata MP Bagan berbohong. Beliau memang mahu diusir dewan kerana orang politik pandai mengalihkan isu.

Akauntabiliti telus boleh dicampak dalam tong sampah.

Mana Ng Suee Lim adun Sekinchan.? Kenapa tidak menyondol Guan Eng.?

No comments:

Post a Comment