Thursday, March 24, 2016

Rakyat semakin miskin kerana Najib

Kerajaan mengutip hasil cukai rokok RM3.66 bilion tapi kehilangan kutipan RM 4 bilion akibat aktiviti penyeludapan. Ketika ini rokok seludup hampir menguasai pasaran sehingga memaksa BAT menutup operasinya.

Kerajaan mahu rakyatnya tidak merokok lantas kabinet bersetuju untuk menaikan kadar cukai tembakau. Sebaliknya perokok menganggap kerajaan sengaja berbuat demikian hanya untuk mendapatkan untung.

Perokok memilih rokok seludup yang harganya jauh lebih murah walaupun mereka tahu rokok tersebut lebih berbahaya dengan rokok bercukai.

Dalam hal ini semua pihak rugi. Pengeluar dan penyeludup mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Kenaikan cukai dan pemotongan subsidi adalah cara utama kerajaan mendapatkan duit. Sebab itu kerajaan tergesa² melaksanakan gst.

Apabila subsidi beras ST15 dihapuskan, kerajaan dapat menjimatkan RM500 juta setahun. Baru² ini kerajaan dapat menjimatkan RM240 juta kerana menarik balik biasiswa untuk pelajar ke luar negara.

Kebanyakan rakyat tidak sedar, penghapusan subsidi atau pemotongan peruntukan untuk rakyat dan ditambah dengan perlaksanaan gst, kerajaan banyak mendapat wang. Ia jauh lebih banyak daripada pengurangan cukai yang diberikan Petronas.

Isunya kemana kerajaan membelanjakan wang tersebut..?

Subsidi.
Dianggarkan seramai 7 juta orang warga asing berada di Malaysia. Mereka bukan pembayar cukai tetapi mereka makan nasi yang bersubsidi. Oleh itu peruntukan subsidi beras semakin meningkat sehingga kerajaan tidak mampu menampung. Bayangkan jika kerajaan mahu meneruskan projek sejuta bangla.

Dasar yang dibuat oleh kerajaan amat tidak adil untuk warganegara. Sepatutnya, jika kerajaan menghapuskan subsidi minyak, beras, gula, gas memasak dan sebagainya kerajaan harus memberi nilai tambah kepada rakyat.

Mungkin kerajaan boleh menghapuskan cukai jalan, atau paling bangsat memberi lebih peruntukan untuk sekolah. Sebaliknya bulan lalu seluruh sekolah menyarankan setiap murid menyumbang 1 rim A4, terukanya kerajaan pimpinan Najib.

PR1MA
Dasar perumahan hanya indah dari rupa. Dasar hanya untuk mengkayakan kroni. Bukankah lebih adil jika kerajaan memberikan rebet tunai untuk rumah pertamaku. PR1MA putrajaya untuk warga putrajaya. Orang sekitar tidak layak membeli. PR1MA TNB berharga 400K, lebih murah ada tetapi dua bilik atau hanya seluas bilik tidur Najib.

BR1M
Kalau Najib orang yang bijak, rakyat tidak perlukan BR1M. Kerajaan menjadikan mereka miskin. Rakyat yang tidak miskin pun menjadi miskin kerana dasar ekonomi Najib.

Subsidi minyak
Rakyat tidak bising disebabkan harga minyak murah. Walhal kerajaan pernah berjanji untuk mengekalkan subsidi minyak. Semasa harga minyak mencecah $80 setong, agak² berapa banyak kerajaan dapat cukai. Sepatutnya kenaikan itu dinikmati oleh rakyat, sebaliknya kerajaan spin kerajaan tidak mampu menampung subsidi minyak.

Banyak kali kerajaan memberikan maklumat palsu untuk pengetahuan umum. Fikirkan, jika dakwaan Muhiyydin benar, apa yang diberikan oleh Najib dalam parlimen adalah tidak betul, adalah tidak pelik jika ketirisan RM100 juta terlepas pandang.

No comments:

Post a Comment