Thursday, March 31, 2016

Satu persatu terkait

ABC yang berpangkalan di Australia mendedahkan Najib menerima derma AS$375 juta daripada putera arab.

Wang tersebut bukan sebahagian daripada derma RM2.6 bilion. Sehingga hari ini bank negara masih membungkam berhubung jumlah yang diterima.

Najib mendapat deretan derma peribadi selepas syarikat dari timur tengah membuat pelaburan dengan 1MDB. Antara alasan pemberian derma ialah bagi pembiayaan pru, memerangi keganasan dan mengembangkan Islam.

Duit bukan berpunca daripada pendapatan ketika kita memegang kuasa boleh dianggap rasuah. Derma seharusnya dimasukan ke dalam akaun syarikat ataupun persatuan. Walaupun Najib menafikan pemberian mahukan balasan, keperibadian penderma mencerminkan sebaliknya.

Ambank.

ANZ dipercayai mahu melupuskan pegangan dalam bank ini. Mereka tidak mahu terlibat dalam skandal yang merugikan. Ketika ini beberapa negara sedang menyiasat bank² yang mempunyai kaitan dengan 1MDB kerana disyaki terlibat dengan penggubahan wang haram.

Pengasas Ambbank, Hussain Ahmad Najidi telah ditembak mati pada 29 Julai 2013. Motif pembunuhan dikaitkan dengan satu urusniaga hartanah. Tetapi dinafikan oleh anaknya kerana ayahnya tidak pernah terlibat dengan urusniaga seperti itu.

Menurut Pascal Najidi, sebelum kejadian itu ayahnya ada memberitahu tentang jenayah rasuah yang tidak masuk akal telah berlaku.

Richard Morrais.

Menariknya Datuk Richard Morrais ada kaitan dengan pembunuhan Hussain Ahmad Najidi. Dia juga dibunuh kejam tahun lepas. Mayatnya dijumpai dalam sebuah tong dram yang disimen.

Persoalan yang timbul, bagaimana dalang pembunuhan Hussain, Lim Yuen Soo dibenarkan pergi ke Australia.

Persamaan.

Hussain mahu melaporkan skandal rasuah dipercayai 1MDB kepada pihak polis. Begitu juga dengan Kevin dimana beliau sudah membuka fail untuk pendakwaan tentang jenayah tersebut. Kedua²nya mati dibunuh.

Banyak kes yang tidak baik dikaitkan dengan pentadbiran perdana menteri. Pembunuhan warga Mongolia berkenaan dengan pembelian kapal selam, pemecatan, pertukaran serta merta, kenaikan pangkat dan pelbagai lagi krisis dalaman parti.

Spekulasi, dakwaan, tuduhan ataupun cerita kedai kopi telah meruntuhkan kredbiliti Najib.

No comments:

Post a Comment