Wednesday, March 23, 2016

Pas semakin kebelakang

Kalau tak silap aku, jika kerajaan gagal meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan, perdana menteri terpaksa meletak jawatan atau membubarkan parlimen. Setiap kerajaan negeri juga tertakluk perkara yang sama.

Sangkaan aku benar, ia juga terpakai kepada kerajaan negeri.

Walaupun terdapat peruntukan dalam undang² sultan boleh menggunakan budi bicara untuk melantik menteri besar dalam keadaan dun tergantung, ianya masih tidak membantu jika semua pihak tidak mahu berkompromi untuk meluluskan budget.

TGHH pernah mengusulkan negara teknokrat. Jika presiden Pas bersungguh dengan ideanya, situasi di Terengganu amat sesuai ia dieksprimentasikan.

Apabila Ahmad Said membuat usul undi tidak percaya, ia membawa erti beliau tidak menyokong kepimpinan menteri besar sediada.

Ahmad Razif  masih kekal menjadi menteri besar kerana secara umumnya majoriti kerusi masih dipegang oleh Barisan Nasional. Ini kerana Ahmad Said tidak keluar parti atau dipecat dan yang paling penting, tiada pakatan pembangkang menyatakan hilang sokongan terhadap kepimpinan menteri besar.

Aku tidak yakin pakatan pembangkang akan menolak Ahmad Razif. Halatuju politik kepimpinan tertinggi Pas sekarang tidak sehaluan.Presiden dan timbalannya mempunyai halatuju politik yang berbeza. Tuan Ibrahim berkeras menolak umno sedangkan TGHH semakin rapat dengan Najib.

Aku lebih suka jika Pas membuat pakatan untuk mengusulkan undi tidak percaya. Ia akan memaksa kerajaan negeri membubarkan dun.

Jika prk dijalankan, keputusan di Terengganu akan memberi gambaran terkini kehendak pengundi. Jika bn kalah di Terenggganu, bermakna umno ditolak oleh ahlinya dan jika sebaliknya berlaku, isu² panas hanya pelaris kepada page² alam maya.

Aku tidak berani mengatakan TGHH tidak mempunyai wawasan, tetapi politik Pas selangkah ke belakang daripada umno dan dap mahupun pkr.

No comments:

Post a Comment