Wednesday, April 13, 2016

1MDB memerlukan suruhjaya siasatan diraja

Perdana menteri menggesa rakyat pandang ke hadapan dan melupakan kemelut 1MDB. Ulasan MP Kepong Tan Seng Giaw  berkenaan hasil siasatan PAC tiada bukti yang mengkaitkan Najib dalam 1MDB menjadi pilihan berita media umno.

Dalam laporan PAC, tidak ada siasatan atau tindakan lanjut selepas sesuatu masalah dikesan. Hanya diakhir laporan PAC menyarankan apa yang difikirkan perlu bagi memperbaiki kelemahan. PAC menjalankan tugas mengikut bidang kuasanya.

Oleh kerana banyak transaksi pelik dan tergantung, SPRM atau pihak polis sepatutnya mengambil tindakan susulan. Setakat ini belum ada tindakan daripada jabatan ini.

Transaksi $US700 juta tidak diketahui statusnya. Adakah rakyat tidak perlu tahu kemana perginya wang ini.

Banyak lagi perkara pelik dan urusan dibuat tanpa mengikut prosedur. Menjadi lebih pelik apabila menteri kewangan tidak mengambil tindakan

Lembaga pengarah adalah pengurusan tertinggi dalam sesebuah pentadbiran. Dalam pentadbiran 1MDB ditubuhkan lembaga penasihat. Sepanjang 1MDB ditubuhkan, tiada sebarang mesyuarat atau nasihat diminta oleh lembaga pengarah.

Ada kemungkinan menteri kewagan tidak mahu arahannya diminitkan. Perdana menteri menggunakan pengaruhnya untuk mempengaruhi keputusan ceo dan lembaga pengarah.

Menteri kewangan wajar meletak jawatan kerana dalam M&A syarikat dinyatakan secara jelas peranan menteri kewangan.

Jika dinilai pengurusan 1MDB keseluruhannya, ternyata 1MDB ditubuhkan bukan untuk membawa keuntungan tetapi akses kepada kebocoran wang negara. Penipuan yang terancang untuk menggelapkan dana awam.

Dengan penafian IPIC menerima pembayaran $US3.5 bilion, bukankah ada unsur penyelewangan.? Bagaimana 1MDB boleh membayar sejumlah wang yang besar tanpa kesahihan status syarikat.? Apa motif dua syarikat mempunyai nama yang sama tetapi didaftarkan di negara yang berbeza. Fake account untuk menimbulkan kekeliruan.?

1MDB masih berhutang RM14 bilion ditambah dengan ditipu RM14 bilion. Angka ini terlalu besar untuk rakyat memejam mata. Apa yang perlu kerajaan lakukan ialah membentuk suruhanjaya siasatan diraja.

No comments:

Post a Comment