Thursday, October 5, 2017

AL-MarhammahKubra

Lelaki itu berkata lagi : “Beritahukan kepadaku bila terjadi Kiamat?”
Nabi menjawab,”Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.”

Ini perbualan antara Nabi Muhamad saw dengan para sahabat. Datang Malaikat Jibrail bertanyakan tentang bila hari kiamat.

Sebagai panduan, Nabi saw memberi tanda-tanda kiamat. Bermula dengan kelahiran, kenabian dan kewafatan baginda Rasulullah, tanda kiamat akan berterusan sehingga tiupan sangkakala.

Setelah 1400 tahun berlalu, hanya beberapa tanda kecil kiamat belum berlaku. Antara hadis yang sedang berlaku ialah susutnya air tasik tiberias dan ladang kurma di baysan tidak lagi berbuah.

Ada pendapat menyatakan air sungai tasik ini tidak kering tapi sekadar menyusut. Air sungai itu akan dikeringkan oleh yakjuj makjuj apabila kaum ini melalui sungai tersebut.

Antara hadis kecil yang berlaku pada abad ini ialah sabda Nabi:

وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ.

“Dan bila engkau menyaksikan mereka yang berjalan tanpa alas kaki, tidak berpakaian, fakir, dan penggembala kambing, (kemudian) berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi.” (HR. Muslim).

Akhir zaman tanah arab kembali subur dan kaya dengan sumber alam sehingga mereka mampu membina bangunan tinggi. Hari ini, negara arab pesat membangun sehingga bukit yang digelar bukit dajjal (kingdom palace) sudah dibangunkan.


Dari bukit dajjal (bukit bergaram), dajjal akan menunjukkan Masjid Nabawi kepada pengikutnya. Itu “Itu istana putih Ahmad, itu masjid Ahmad, kita harus sampai kesana”.

Walaupun perang akhir zaman belum berlaku, yahudi sudah bersedia dengan keluarnya dajjal. Kiamat akan lebih cepat berlaku seperti cepatnya masa berlalu. Orang yahudi sudah menanam puluhan ribu pokok yahudi (gharqad).

Mungkin semasa perang salib umat Islam ketika itu menyatakan kiamat sudah hampir, tetapi sehingga hari ini manusia masih menjalani kehidupan seperti biasa.

Perang salib bukan perang akhir zaman atau dipanggil Al-Malhamah Kubra. Ini kerana banyak lagi petanda kecil kiamat belum muncul pada ketika itu. Antara tanda kiamat yang belum terjadi ialah perebutan merebut tahta kerajaan arab saudi.
Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaanmu. Mereka semua adalah putera khalifah. Tetapi tidak seorang pun diantara mereka yang berjaya menguasainya. Kemudian muncullah bendera-bendera hitam dari arah timur lantas mereka membunuh kamu dengan satu pembunuhan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu. "
Kemudian baginda s.a.w menyebutkan sesuatu yang aku tidak hafal lalu bersabda; "Maka jika kamu melihatnya berbai'atlah walaupun dengan merangkak di atas salji kerana ia adalah khalifah Allah al-Mahdi"
Perebutatan tahta mungkin berlaku kerana Raja Salman telah melantik anaknya Mohammed sebagai putera mahkota. Tindakan ini tidak direstui oleh waris tahta terutama Muhammad Bin Nayef dan Muqrin bin Abdulaziz.

Negara Khalifah

Perang dan huru-hara sedang berlaku serata dunia. Kemungkinan perang di Syria adalah perang yang akan ditamatkan oleh pemimpin akhir zaman. Mengikut hadis, Imam Mahdi akan berperang di Syam (syria) dan menjadikan negara tersebut sebagai kota pentadbirannya.

Jika mengikut keadaan semasa, Imam Mahdi bersama pengikutnya akan memerangi Iran dan menawan Baitul Maqdis seterusnya menjadikan tanah arab bebas daripada cengkaman barat.

Imam Mahdi dan membentuk negara khalifah di seluruh tanah arab. Jika ia berlaku, barat sudah tidak ada sekutu dan keadaan ini memaksa eropah berkerjasama dengan muslimin.

Geopolitik dunia kini.

Islam akan memerangi bangsa khuz, kulitnya kemerahan dan hidungnya pesek. Hadis ini juga boleh ditafsir bahawa muslimin dan eropah akan memerangi China, Rusia, korea utara.

Kerjasama diantara muslimin dan barat akan terputus lalu kaum muslimin dibawah 80 bendera akan memerangi eropah dan beroleh kemenangan.

Ada pendapat, kemenangan umat Islam telah membangkitkan kemarahan dajjal. Dajjal akan keluar selama 40 hari sebelum dibunuh oleh Nabi Isa a,s.

Sehari dajjal keluar umpama setahun, sehari dajjal keluar umpama sebulan, sehari dajjal keluar umpama seminggu dah baki 37 hari dajjal keluar menyesatkan umat Islam adalah seperti hari-hari biasa.

Gempa bumi di Madinah bukanlah petanda kiamat kecil. Gempa berlaku sebanyak tiga kali apabila dajjal datang ke Madinah. Gempa tersebut akan menyebabkan kafir dan munafik akan lari meninggalkan Madinah.

#Kesimpulan,

Pola politik sekarang menjurus kepada kebenaran hadis Nabi. Iran, China, Russia dan Korea Utara adalah mereka yang akan diperangi oleh muslimin dan kaum romawi. Ramai pendapat ulama menyatakan "romawi' adalah eropah.

MUNGKIN Amerika tidak akan menyerang Korea Utara sehingga imam mahdi di bai'ah di Mekah. Perang di semenanjung korea boleh menjadi trigger perang dunia ketiga. Jika Amerika menyerang korea utara, sudah pasti Korea Selatan dan Jepun akan turut serta membantai korea utara.

Korea Utara akan dibantu oleh China dan Rusia. Mereka tidak mahu sekutunya tewas dan blok mereka semakin lemah selepas ketiadaan Iran.

China dijangka menguasai dunia pada tahun 2018.Banyak negara sudah menjalin perdagangan dengan China dalam skala besar. Kepesatan ekonomi China menyebabkan dunia kurang menghormati Amerika.  Hal ini menyebabkan Amerika tidak senang duduk.

China telah membuat pulau tentera di laut china selatan. Hal ini tidak disenangi oleh negara asia tenggara seperti Malaysia, Brunei, Indonesia. Selain merebut kepulauan spartly yang kaya dengan minyak, China menganggap Indonesia adalah rakan yang tidak dipercayai

Sekarang ini, sebarang percikan api boleh membakar dunia. Al-Marhammah Kubra mungkin tidak terjadi hari ini atau esok. Tetapi siapa yang mampu menolak peperangan jika sampai waktunya Islam ditegakkan.

Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment